KUALA LUMPUR: Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
Peniaga makanan berusia 33 tahun itu didakwa sebagai ibu kepada mangsa telah dengan sengaja menganiaya kanak-kanak itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara 9 malam hingga 9.30 malam pada 9 Nov 2022.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran serta dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan.
Peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM5,000 dengan alasan anak guamnya sedang hamil dua bulan dan memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan polis.
"Pihak pembelaan tidak membantah syarat tambahan yang dipohon pendakwaan dan anak guam juga akan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah," kata peguam itu.
Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pendakwaan dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 2 Mei ini untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024

Hakim membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pendakwaan dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah. - Gambar hiasan
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.

Keputusan representasi gadis tekap sudu panas pada kanak-kanak tangguh lagi
Keputusan representasi gadis yang didakwa menekap sudu panas pada kanak-kanak ditangguh lagi.

Ibu mengaku salah dera anak kandung didenda RM8,000
Wanita yang mendera anaknya didenda RM8,000 dan bon berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen Kluang pada Ahad.

Siti Bainun tarik balik permohonan gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali menarik balik permohonan untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun terhadapnya.

Ibu kandung, rakan dipenjara tiga tahun letak anak dalam sangkar kucing
Tindakan seorang ibu dan rakannya mengurung seorang budak lelaki tiga tahun dalam sangkar kucing, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi mereka hukuman penjara tiga tahun.

Bapa kandung, ibu tiri mengaku bersalah dera anak enam tahun
Bapa kandung, ibu tiri mengaku bersalah dera anak enam tahun

Ibu tunggal, teman lelaki dera anak dipenjara dua tahun
Ibu tunggal dan teman lelakinya dijatuhkan hukuman penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mendera anak kandung perempuan berusia lima tahun sejak Ogos lalu.

Bayi maut: Mindef akan bantu proses perubahan penempatan anggota
Kementerian Pertahanan akan membantu mempercepat permohonan perubahan penempatan tugas bagi anggotanya yang kematian anak berusia lapan bulan di sebuah taska.

Dua pengasuh disyaki dera dua beradik direman
Dua pengasuh di taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Kampung Raja di sini yang disyaki terbabit kes penderaan dua beradik direman enam hari bermula hari ini.

Budak lima tahun didera: Ibu ditahan, teman lelaki diburu
Polis giat mengesan teman lelaki kepada seorang wanita yang dipercayai turut terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jalan Desiran Malawati dekat sini.