Dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan empat tahun dipercayai dibunuh oleh ibu mereka di Kampung Baru di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Lee Chong Chern berkata ibu berkenaan yang berusia 37 tahun didapati menggantung diri di dalam tandas di rumah tersebut.
Beliau berkata pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai penemuan dua kanak-kanak tersebut dalam keadaan mencurigakan kira-kira 7.55 malam.
"Polis menjumpai dua kanak-kanak tersebut di bilik tidur dengan yang berusia tujuh tahun sudah meninggal dunia, manakala yang berusia empat tahun ditemui dalam keadaan kritikal.
"Dia dibawa ke Hospital Jantung, Kota Samarahan sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi pagi ini.
Lee berkata di dalam bilik tidur itu turut ditemukan sejenis cecair peluntur yang disyaki diberikan kepada kanak-kanak berkenaan.
Beliau berkata setakat ini kes tersebut disiasat sebagai mati mengejut.
Bernama
Wed Jul 20 2016

Menurut polis, setakat ini kes tersebut disiasat sebagai mati mengejut. - Gambar hiasan
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Tiga lelaki disyaki terlibat kes letupan mesin ATM di Setia Alam ditahan
Tangkapan ketiga-tiga suspek dibuat pada 28 Feb di tiga lokasi berasingan di sekitar Kuang dan Meru dan kini direman selama tujuh hari bermula semalam.

Bunuh dua anak angkat guna cecair peluntur, 'Bleach Mum' dijatuhi hukuman mati
Seorang wanita yang diberi gelaran "Bleach Mum" dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah meracun dua anaknya.

Ibu suntik cecair peluntur, sabun ke tubuh bayi 18 bulan
Seorang wanita warganegara Turki tergamak menyuntik bayinya yang berusia 18 bulan dengan cecair peluntur dengan alasan dia 'tidak sayang anaknya'.

Ibu ditemui gantung diri selepas dipercayai bunuh dua anak di Samarahan
Dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan empat tahun dipercayai dibunuh oleh ibu mereka di Kampung Baru, Samarahan.

Mangsa minum cecair peluntur terima MyKad
Kanak-kanak yang cuba bunuh diri dengan meminum cecair peluntur S. Mahalachime menerima MyKad yang dipohonnya.