KUALA LUMPUR: Pendaftaran bagi program insentif MamaKerja, inisiatif di bawah Kerajaan Negeri Selangor bagi meringankan beban ibu berkerjaya, kini dibuka.
Permohonan dibuka hari ini bermula jam 3 petang.
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, masih ada 1,000 slot lagi yang dibuka untuk permohonan.
Inisiatif MamaKerja merupakan antara aku janji yang ditawarkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat semasa PRN Selangor, Ogos tahun lepas.
Setakat ini, 4,042 permohonan telah diluluskan sejak dibuka bermula 1 Nov tahun lalu.
MamaKerja merupakan antara janji 100 hari Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program 5 Tekad untuk 5 Tahun, untuk meringankan beban penjagaan anak wanita bekerja.
Ia dibuka kepada 5,000 wanita bekerja yang akan menerima insentif RM1,000 seorang, dengan peruntukan keseluruhan RM5 juta.
Insentif berkenaan akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima.
Setakat November hingga Mei, kerajaan negeri telah menerima sebanyak 6,094 permohonan.
Bagaimanapun, 2,052 permohonan ditolak kerana tidak mematuhi kriteria kelayakan atau terlepas tarikh akhir permohonan.
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi SELangkah atau melalui laman web mamakerja.selangkah.my mulai hari ini.
Permohonan akan diproses atas dasar 'siapa cepat, dia dapat'.
Wanita yang bekerja di Selangor atau menetap di negeri itu melebihi 10 tahun, mempunyai tiga anak berumur 12 tahun ke bawah dan berpendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah, layak untuk memohon.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 1-800-22-6600 atau e-mel [email protected].
Astro Awani
Fri Jul 12 2024
![Ibu-ibu berkerjaya di Selangor, jangan lepas peluang mohon insentif MamaKerja! Ibu-ibu berkerjaya di Selangor, jangan lepas peluang mohon insentif MamaKerja!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720755757_mamakerja.jpg)
Insentif MamaKerja dibuka kepada 5,000 wanita bekerja yang akan menerima insentif berjumlah RM1,000 dengan peruntukan keseluruhan RM5 juta.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Ibu-ibu berkerjaya di Selangor, jangan lepas peluang mohon insentif MamaKerja! Ibu-ibu berkerjaya di Selangor, jangan lepas peluang mohon insentif MamaKerja!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720755757_mamakerja.jpg)
Ibu-ibu berkerjaya di Selangor, jangan lepas peluang mohon insentif MamaKerja!
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata masih ada 1,000 slot lagi dibuka untuk permohonan.
![3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000 3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711088263_AmirudinShari.jpg)
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
![MamaKerja: Selangor beri insentif RM1,000 kepada ibu bekerja MamaKerja: Selangor beri insentif RM1,000 kepada ibu bekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698303672_ParentsHandKids.jpg)
MamaKerja: Selangor beri insentif RM1,000 kepada ibu bekerja
Seramai 5,000 ibu bekerja yang layak di Selangor boleh memohon Insentif Penjagaan Anak Bagi Wanita Bekerja (MamaKerja) mulai 1 Nov ini untuk menikmati RM1,000 secara sekali bayar.