KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan ibu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Mohd Jarjis untuk memasukkan tiga juta unit saham syarikat Rantai Wawasan Sdn Bhd dalam senarai harta pusaka peninggalan anaknya.
Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril membuat keputusan itu selepas membenarkan sebahagian tuntutan Aminah Abdullah, 87, dan mengarahkan kedua-dua defendan yang juga cucu wanita itu, Nur Anis Jamaludin, 36, dan Ikwan Hafiz Jamaludin, 34, membayar kos sebanyak RM80,000 kepada nenek mereka.
Bagaimanapun, Mohd Firuz menolak permohonan Aminah untuk mengisytiharkan bahawa enam juta unit saham dalam syarikat Alpine Motion Sdn Bhd dan dua unit saham dalam syarikat Ivory Insight Sdn Bhd adalah sebahagian daripada harta pusaka peninggalan Allahyarham.
Permohonan itu adalah berkaitan dengan saman yang difailkan Aminah terhadap kedua-dua cucunya atas kegagalan mereka memasukkan saham tiga syarikat terbabit, bernilai RM1.3 bilion, dalam senarai harta pusaka Jamaluddin.
Dalam penghakiman setebal 26 muka surat, Mohd Firuz berkata berdasarkan keterangan yang diberikan oleh saksi defendan, mahkamah sedia menerima hakikat bahawa saham dalam syarikat Alpine dan Ivory telah dibeli untuk manfaat mereka.
Beliau berkata dari 2011 hingga 2012, kedua-dua defendan sememangnya terlibat dalam operasi dan pengurusan dua daripada syarikat terbabit di bawah bimbingan bapa mereka dan situasi ini tidak sama dengan saham dalam Rantai Wawasan yang merupakan pembabitan pertama mereka dalam perniagaan itu secara rasmi selepas Jamaludin meninggal dunia.
Katanya mahkamah berpuas hati bahawa Aminah telah berjaya membuktikan tuntutannya berhubung saham dalam Rantai Wawasan.
Aminah diwakili peguam Pawancheek Merican dan Kamar Ainiah Kamaruzaman manakala peguam S. Suhendran dan Frank Wong mewakili Nur Anis dan Ikhwan.
Dalam saman yang difailkan pada 3 Jan 2019, Aminah mendakwa Nur Anis dan Ikwan Hafiz sebagai pentadbir bersama harta pusaka peninggalan Jamaludin, telah gagal memasukkan saham ketiga-tiga syarikat sebagai harta pusaka dalam senarai aset di dalam surat kuasa mentadbir selepas Allahyarham meninggal dunia pada 4 April 2015, dan juga gagal memasukkan saham itu sebagai liabiliti sejak 6 Julai 2017.
Penyataan tuntutan Aminah mendakwa bahawa kedua-dua defendan berbuat demikian dengan niat untuk menafikan hak dan kepentingannya sebagai waris.
Aminah mendakwa kedua-dua cucunya juga gagal menyatakan anggaran nilai saham terbabit yang berjumlah RM1,384,312,154 selepas dua setengah tahun Jamaludin meninggal dunia.
BACA: Adik Jamaludin Jarjis saksi pertama bicara harta pusaka
BACA: Ibu Allahyarham Jamaludin Jarjis fail afidavit balasan
Jamaludin, yang juga bekas Ahli Parlimen Rompin, terkorban dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor pada 4 April 2015 tanpa meninggalkan wasiat.
Aminah juga mendakwa Nur Anis dan Ikwan Hafiz gagal memasukkan sebuah pangsapuri bernilai RM10 juta di Amerika Syarikat dalam senarai aset Jamaludin selain tidak memaklumkan beliau bahawa Mahkamah Tinggi Syariah telah mengeluarkan sijil faraid kepadanya berhubung harta pusaka Allahyarham pada 6 Okt 2016.
Justeru, beliau memohon mahkamah mengeluarkan perintah agar namanya dimasukkan sebagai pentadbir bersama harta pusaka peninggalan Jamaludin kerana beliau adalah ibu Allahyarham dan agar kedua-dua defendan membayar dividen, bonus serta keuntungan daripada saham dalam ketiga-tiga syarikat.
Sementara itu, kedua-dua defendan menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan pada 2019 mendakwa mereka adalah pemilik sah saham di ketiga-tiga syarikat bersama adik-beradik mereka yang lain.
Menurut defendan, ia adalah niat bapa mereka bahawa anak-anaknya akan mengambil alih, menjalankan dan menguruskan perniagaan-perniagaannya dan niat itu disampaikan semasa beliau masih hidup.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 13 2021

Hakim berkata, mahkamah berpuas hati bahawa Aminah telah berjaya membuktikan tuntutannya berhubung saham dalam Rantai Wawasan. - Gambar fail

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Ibu Zayn Rayyan jerit "ini salah mommy" - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin menjerit, "Zayn, ini salah mommy".

Tragedi ‘water rafting’: Ikram sempat hantar video kepada ibu sebelum lemas
Seorang mangsa tragedi 'water rafting' di Sungai Jahang, Gopeng, sempat menghantar rakaman video kepada ibunya menunjukkan keadaan paras air sungai yang tinggi.

Ibu hubungi sekolah sebelum serangan tembakan di Georgia
Ibu kepada suspek Colt Gray yang berusia 14 tahun, meminta kaunselor sekolah untuk segera mencari anaknya.

'Arwah mak selalu pesan supaya kerap ziarah orang susah' - Sanusi
"Arwah mak pesan selalu ziarah orang susah," demikian kongsi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengenai pesanan ibunya Meriam Ahmad, 74, yang meninggal dunia hari ini.

Ibu simbah anak air panas kerana tonton video lucah dipenjara 3 tahun
Seorang wanita dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana menyimbah air panas pada anak lelakinya yang menonton video lucah di telefon bimbit.

Ibu kanak-kanak tembak guru mengaku bersalah
Pendakwa raya bersetuju untuk menggugurkan pertuduhan salah laku menyimpan senjata api secara cuai terhadap Deja Taylor.

Wanita, teman lelaki didakwa bunuh anak berusia 9 tahun
Kedua-dua mereka didakwa secara bersama melakukan bunuh menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun.

Ibu meraung lihat CCTV anak dipukul di taska
Satu video rakaman litar tertutup (CCTV) tular di aplikasi WhatsApp sejak Rabu memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai didera di sebuah taska di sekitar Kota Kinabalu.

Hari Ibu: Jagalah ibu dengan penuh kasih sayang - PM Anwar
Anwar mengajak rakyat supaya sentiasa menghargai pengorbanan serta jasa yang dicurahkan insan bergelar ibu.

'Genap seminggu pemergian mama' - Irma Hasmie kehilangan ibu tercinta
Pelakon itu menyatakan telah genap seminggu pemergian Allahyarham ibu kesayangannya.