KAJANG: Polis menahan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) selepas tular sebuah rakaman memaparkan anak perempuannya yang juga kanak-kanak OKU melakukan aksi berbahaya dengan duduk di tingkap terbuka ketika kenderaan sedang bergerak.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, wanita berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.50 petang, pada Jumaat.
Selain itu ujarnya, polis turut merampas kenderaan itu untuk siasatan lanjut.
Berdasarkan video tular itu, beliau berkata, kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Suadamai Bandar Tun Hussein Onn, di sini kira-kira pukul 1.15 petang, 21 Jun lalu.
"Kita menerima laporan pada hari ini (Jumaat) kira-kira pukul 11.15 pagi berhubung video berdurasi 28 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun TikTok," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Naazron memberitahu, berdasarkan siasatan lanjut, polis mendapati wanita itu OKU buta sebelah mata sementara kanak-kanak itu OKU psikiatri.
Katanya, kertas siasatan sudah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Beliau menambah, siasatan ke atas wanita itu juga dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan tersebut membahayakan nyawa dan keselematan orang lain.
Jika sabit kesalahan, jelasnya, wanita itu boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan atau dendan maksimum RM500 atau kedua-duanya sekali
"Kita menasihati ibu bapa dan masyarakat tidak melakukan sebarang perkara yang boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak atau mana-mana pengguna jalan raya," ujarnya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai Inspektor Afiq Rifdi Mohd Azmi di talian 011-29667474 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Umavathi Ramayah
Fri Jun 28 2024

Naazron berkata, siasatan ke atas wanita itu juga dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan tersebut membahayakan nyawa dan keselematan orang lain.. - Foto tular

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

PDRM siasat video hina agama Islam
Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.

Tindakan persenda upacara agama lain tidak boleh diterima - Teo Nie Ching
Teo berkata dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, semangat saling menghormati harus terus dipupuk dan sebarang perbuatan yang menyinggung perasaan agama lain tidak boleh diterima.

Video tular: Suami isteri ditahan kes langgar lari pemandu trak tunda
Pasangan suami isteri ditahan bagi membantu siasatan kes langgar dan cubaan bunuh seorang lelaki di Bandar Teknologi Kajang, di sini.

Buka aib pasangan di media sosial bawa fitnah, perpecahan dalam keluarga - Mohd Na'im
Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat.

Kes tular: Pemuda OKU mengaku bersalah cabul kanak-kanak di masjid
OKU yang tular mencabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di masjid minggu lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis, atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal.

"Yulia bukan pembantu rumah, dia sebahagian daripada keluarga kami"
Rafidah Partiman dan Ahmad Hakimi Tajuk Arus antara majikan bertuah yang pernah menerima kehadiran pembantu rumah yang bertanggungjawab.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Pengantin perempuan ditampar mentua ketika salam minta restu
HARI bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.