KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) telah memeterai perjanjian penyewaan selama 21 tahun dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB) untuk memindahkan ibu pejabat korporatnya dari Menara Maybank ke ikon terbaharu negara, Menara Merdeka 118 menjelang suku pertama 2025.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Khairussaleh Ramli berkata keputusan untuk berpindah dibuat selepas perbincangan menyeluruh dan mendalam di peringkat tertinggi Maybank sejak 2019.
"Kami telah membuat banyak pertimbangan yang merangkumi keperluan ruang kerja yang menyokong norma baharu serta memenuhi cita-cita kemampanan bank.
"Memandangkan kami secara progresif sedang menerima pengaturan kerja hibrid termasuk pejabat maya, kami mahu menduduki ruang kerja yang optimum dalam bangunan yang disokong oleh infrastruktur teknologi moden dan progresif alam sekitar, sejajar dengan piawaian global baharu kelestarian dalam bangunan," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian itu di sini hari ini.
Perjanjian itu dimeterai Khairussaleh dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn. Pengerusi Maybank Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa serta Pengerusi Kumpulan PNB Tun Arifin Zakaria turut hadir pada majlis tersebut.
Menurut Khairussaleh lagi, Maybank akan menyewa secara keseluruhan 33 tingkat bagi menempatkan kira-kira 5,900 pekerjanya. Ia akan menduduki 650,000 kaki persegi, kurang daripada kawasan yang boleh disewa bersih semasa di Menara Maybank iaitu 1.09 juta kaki persegi.
Turut dipindahkan ke Menara 118 ialah anak syarikat Maybank terpilih yang sekarang ini berpejabat di Dataran Maybank termasuk Maybank Islamic, Maybank Investment Bank dan Maybank Asset Management.
Sebagai penyewa utama, katanya, Maybank ditawarkan hak penamaan serta papan tanda ke atas bangunan itu, ini akan meningkatkan keterlihatan jenamanya di salah satu bangunan yang tertinggi di dunia.
Sebagai permulaan, Maybank akan membayar sewa kasar bulanan sebanyak RM10.60 setiap kaki persegi bagi enam tahun pertama, dengan pelarasan seterusnya untuk kos inflasi. Ini diterjemahkan kepada kadar sewa efektif sebanyak RM8.92 kaki persegi iaitu lebih rendah daripada sewa kasar serta dalam kadar pasaran saksama sebanyak RM8.48 kaki persegi dan RM8.93 kaki persegi seperti yang dinilai oleh penilai bebas. Kadar sewa efektif bersih biasanya digunakan sebagai jangkaan ukuran pendapatan daripada penyewa.
Sementara itu, memandangkan langkah itu akan menyebabkan kekosongan di Menara Maybank yang dimilikinya, kedua-dua pihak juga telah memeterai perjanjian pajakan untuk tempoh 10 tahun secara bersih tiga kali ganda, serentak dengan perjanjian penyewaan untuk Menara Merdeka 118.
"Perjanjian pajakan bagi Menara Maybank akan bermula pada suku terakhir 2025. Di bawah asas bersih tiga kali ganda itu, PNB akan menjadi pemberi pajak induk selain, menanggung semua perbelanjaan yang berkaitan dengan bangunan termasuk penyelenggaraan, insurans dan cukai.
"Pengaturan ini akan membolehkan Maybank merealisasikan pendapatan sewa sambil menangguhkan pelupusan bangunan ke tarikh kemudian apabila pasaran hartanah pulih selanjutnya, membolehkan bank memaksimumkan nilai bangunan," katanya.
Ahmad Zulqarnain ketika mengulas mengenai perjanjian itu menjelaskan Menara Merdeka 118 akan siap menjelang akhir tahun ini dan ia akan menjadi bangunan pertama di Malaysia yang disasarkan untuk mencapai pensijilan platinum hijau tiga kali ganda dalam Kepimpinan dalam Tenaga dan Reka Bentuk Alam Sekitar (LEED), Indeks Bangunan Hijau (GBI) serta Hartanah Hijau (GreenRE).
"Penyewaan Menara Maybank adalah penyelesaian menang-menang bagi kedua-dua pihak. Yang mana, Maybank akan beralih daripada tuan tanah dan berpindah ke Merdeka118 manakala PNB akan menguruskan aset Menara Maybank sebagai sebahagian daripada portfolio hartanah teras domestiknya, yang kini berjumlah 40 aset dan 13 aset lagi di peringkat antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2022
![Ibu Pejabat Maybank dipindahkan ke Menara Merdeka 118 pada 2025 Ibu Pejabat Maybank dipindahkan ke Menara Merdeka 118 pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662980995_MenaraMerdeka.jpg)
Maybank akan menyewa secara keseluruhan 33 tingkat bagi menempatkan kira-kira 5,900 pekerjanya. - Gambar/ Wikipedia
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Maybank tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia Maybank tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/61584424236_maybank.jpg)
Maybank tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia
Malayan Banking Bhd (Maybank) sekali lagi tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia dengan meraih kedudukan baharu di tangga ke-472.
![Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738359780_TBMaybank.jpg)
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
![BNM kenakan penalti berjumlah RM1.66 juta pada empat institusi kewangan BNM kenakan penalti berjumlah RM1.66 juta pada empat institusi kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732803096_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM kenakan penalti berjumlah RM1.66 juta pada empat institusi kewangan
BNM mengenakan AMP berjumlah RM1.66 juta terhadap empat institusi kewangan kerana tidak mematuhi FSA dan/atau IFSA.
![Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731988419_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Aktiviti pengambilan untung yang berterusan untuk hari kedua berturut-turut mengasak Bursa Malaysia untuk ditutup rendah hari ini.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
![Maybank laksana penyelenggaraan sistem berjadual 8 & 15 Februari ini Maybank laksana penyelenggaraan sistem berjadual 8 & 15 Februari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736998555_Maybankakaun.jpg)
Maybank laksana penyelenggaraan sistem berjadual 8 & 15 Februari ini
Platform yang terjejas pula meliputi Maybank2u Web, MAE App, Maybank2u Biz (Web & App), serta ATM & SRM (sebelum ini dikenali sebagai CDM).
![Bursa Malaysia dibuka tinggi Bursa Malaysia dibuka tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704944594_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,628.54, naik 3.07 mata daripada 1,625.47 semalam.
![Maybank perkenal ciri 'Money Lock', bolehkan anda kunci dana dalam akaun Maybank perkenal ciri 'Money Lock', bolehkan anda kunci dana dalam akaun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736144444_MoneyLock.jpg)
Maybank perkenal ciri 'Money Lock', bolehkan anda kunci dana dalam akaun
Dana yang dikunci tidak boleh digunakan untuk transaksi dalam talian, pengeluaran ATM, penggunaan kad debit, pembayaran bil, dan lain-lain.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi meskipun pasaran semalaman AS alami penurunan Bursa Malaysia dibuka tinggi meskipun pasaran semalaman AS alami penurunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi meskipun pasaran semalaman AS alami penurunan
Pada pukul 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.22 mata kepada 1,635.09 daripada 1,632.87 ketika ditutup pada Khamis.
![Bursa Malaysia alami prestasi rendah ketika awal dagangan hari terakhir 2024 Bursa Malaysia alami prestasi rendah ketika awal dagangan hari terakhir 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722601689_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia alami prestasi rendah ketika awal dagangan hari terakhir 2024
Pada pukul 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.39 mata kepada 1,637.29 daripada 1,637.68 ketika ditutup semalam.