Seorang ibu merayu agar anak gadisnya berusia 13 tahun dipulangkan semula kepada keluarganya selepas didakwa dilarikan oleh dua wanita sejak 25 Februari lalu di Pangsapuri Seri Kepayang, di sini.
Norlila Ahmad, 47, berkata, anaknya Nur Natassya Fazilla Entaban telah dibawa lari oleh sepasang wanita dikenali sebagai “mummy” dan “mama” masing-masing berusia 30an yang juga dipercayai merupakan ibu angkat kepada anaknya tersebut.
“Sekitar jam 5 petang hari kejadian anak saya cakap hendak keluar ke kedai di hadapan rumah tetapi sehingga jam 8 malam dia tidak balik-balik. Saya turun tanya orang kedai katanya dia dah naik teksi dengan ibu angkat.
“Saya kemudian ke rumah ibu angkat itu di Taman Cempaka rupa-rupanya rumah itu dah dikosongkan dan difahamkan ibu angkat itu hendak berpindah ke Melaka, esok itu juga saya buat laporan polis,” katanya beliau ketika ditemui Astro AWANI di rumahnya dekat Pangsapuri Seri Kepayang hari ini.
Tambahnya, selepas tiga hari laporan polis dibuat, salah seorang ibu angkat terbabit telah memaklumkan kepada pihak polis akan memulangkan Natassya kepada keluarga pada hari sama namun gagal berbuat demikian sehingga hari ini.
“Polis yang hubungi ibu angkat terbabit, mereka janji nak pulangkan tapi sehingga hari ini masih lagi tidak pulangkan malah telefon juga mereka telah matikan.
“Saya sendiri tidak tahu anak saya mempunyai ibu angkat, hanya baru-baru ini saja saya tahu kewujudan dua wanita berkenaan,” ujarnya sedih.
Norlila juga memberitahu sebelum ini anak kelapan daripada 11 beradik itu juga pernah dibawa lari oleh wanita-wanita tersebut namun sempat dihalang oleh pihak keluarga.
“Saya hanya tahu kewujudan mereka (ibu angkat) ini lima hari sebelum anak saya hilang, seharian Natassya hilang kami cari rupa-rupanya dia ada di rumah mereka (ibu angkat).
“Malam itu juga kami ke rumah wanita-wanita itu dan ambil balik Natassya, tapi tak sangka mereka akan buat semula perkara ini untuk kali kedua…tapi kali ini terus hilang,” kata beliau.
Justeru itu, Norlila merayu kepada orang ramai untuk menghubungi pihak polis sekiranya ternampak atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kehilangan anaknya itu.
“Anak saya ni lembut dan manja..tolong saya cari dia..saya risaukan sangat apa yang akan terjadi kepada dia.
"Mummy dan Mama kalau ternampak ini tolong sangat-sangat pulangkan Natassya. Saya sanggup berbincang kalau betul-betul nak ambil anak saya jadi anak angkat, kita boleh berkongsi dia sebagai satu keluarga..tolong jangan buat macam ini," rayunya.
Shafiq Noordin
Sun Mar 05 2017
Norlila menunjukkan gambar anaknya Nur Natassya Fazilla Entaban yang didakwa dilarikan oleh dua wanita. - Foto Astro AWANI
Letupan kilang di Klang: Tiada unsur kecuaian, jenayah dikesan
Polis tidak mengesan unsur kecuaian atau jenayah membabitkan kes letupan sebuah kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula.
Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak sehingga Khamis - MetMalaysia
MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat adalah Sarawak yang dijangka menerima hujan berterusan sehingga Khamis.
Along Cham sahkan lafaz cerai taklik hari ini?
Pelawak Along Cham dilaporkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.
ASEAN terima 123 juta pelancong asing tahun lalu
Negara-negara ASEAN menerima lebih 123 juta pelancong asing pada tahun lalu yang menyaksikan peningkatan sebanyak 30.6 peratus berbanding tahun 2023.
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Polis kesan dua pemandu enggan beri laluan kepada ambulans
Polis Daerah Kulai mengesan kejadian itu melalui satu video tular berdurasi 1 minit 26 saat, melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
AWANI Ringkas: Peluang baharu di Mekah dan Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
363 anggota polis bertugas setiap hari sempena Tahun Baharu Cina
Menerusi Op Selamat 23, polis memberi tumpuan kepada rondaan untuk mencegah kemalangan dan kawalan lalu lintas di pusat bandar.
PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.
Ibu rayu 'mummy', 'mama' pulangkan Nur Natassya
Seorang ibu merayu agar anak gadisnya berusia 13 tahun dipulangkan semula kepada keluarganya selepas didakwa dilarikan oleh dua wanita sejak 25 Februari lalu di Pangsapuri Seri Kepayang.