GEORGE TOWN: Seorang wanita bukan sahaja kehilangan seorang anak lelakinya yang terlibat dalam kemalangan membabitkan beberapa kenderaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini awal pagi tadi malah kembar kepada si mati turut cedera parah dalam kejadian itu.
Masitah Md Isa, 44, berkata anaknya Mohd Syazwan Hakim Mohd Abdul Sani, 22, maut di lokasi kejadian manakala Muhamad Syazwan Hafiz kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang.
Walaupun sedih dengan kejadian menimpa pasangan kembar itu, yang merupakan anak sulung, dia reda dengan apa yang berlaku dan berkata empat bulan lepas, anak ketiganya Muhamad Shazril Haikal, 20, turut terlibat dalam kemalangan di Parit Buntar, Perak membabitkan motosikal ditunggangnya dengan sebuah treler.
"Saya mengetahui kejadian yang menimpa pasangan kembar itu selepas dihubungi rakan kepada anak dan terus ke lokasi kejadian untuk melihat apa yang berlaku... sebaik sampai, saya tergamam melihat beberapa orang bergelimpangan di atas jalan lalu terus mencari kedua-dua anak saya.
"Mula-Mula saya panggil nama adik (Muhamad Syazwan Hafiz) dan dia mengangguk. Saya kemudian memanggil nama abang (Muhamad Shazwan Hakim) tetapi dia tiada respons, kaku dah. Saya hilang kata-kata," katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik HPP di sini.
Masitah, dari Batu Maung, berkata pasangan kembar itu yang bekerja sebagai 'runner' insurans memang sangat rapat dan dia juga terkilan kerana Muhamad Shazwan Hakim bakal melangsungkan perkahwinan pada Disember ini setelah bertunang tahun lepas.
Shahiril Rohaiza Ramli, 46, ibu seorang lagi mangsa yang maut iaitu Muhamad Eizreel Muhamad Roszadi, 25, pula berkata sebelum sambutan Aidiladha, dia sempat menasihati anak sulungnya itu agar berhati-hati ketika menunggang motosikal.
"Dia memang suka motosikal dan dia sangat minat dengan bidang membaiki motosikal. Dari kecil dia baiki basikal, bila besar dia baiki motosikal pula... saya juga tidak sangka dia meninggal dunia pun berpunca daripada minatnya itu," katanya.
Dia berkata Muhamad Eizreel bekerja sebagai mekanik di Saujana Height dan tinggal di Bukit Gedung bersama isteri serta dua anak mereka yang berusia lapan dan empat tahun namun selalu singgah ke rumahnya di Kampung Tersusun, Sungai Ara dekat sini.
"Boleh kata setiap hari arwah datang rumah saya dan sejak seminggu dua ni, dia macam mengelak daripada memandang muka saya, saya hairan juga tetapi tidak fikir apa-apa... kali terakhir dia datang rumah saya pada Sabtu petang tapi saya tiada kerana bekerja dan dia jumpa adik dia sahaja," katanya.
Bagi Ahmad Najwan Ikhwan Ahmad Nazrul, 20, kehilangan adiknya Ahmad Haikal Naif, 19, dalam kemalangan itu memberi kesan mendalam kerana arwah sangat rapat dengan semua ahli keluarga mereka.
Ahmad Najwan Ikhwan berkata arwah juga sempat berpesan kepada rakan-rakan agar mengebumikan jenazahnya di tanah perkuburan yang sama dengan datuk mereka di Balik Pulau jika dia meninggal dunia bagi memudahkan urusan keluarga untuk menziarah.
Empat penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan beberapa kenderaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini awal pagi tadi.
Polis menerima laporan berhubung kemalangan itu pada 4.30 pagi dan siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira 4 pagi di kawasan lebuh raya berkenaan menghala ke pusat bandar George Town melibatkan beberapa motosikal yang disyaki terlibat dalam kegiatan lumba haram.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022
Empat penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan di George Town awal pagi tadi. - Gambar/ Media sosial
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Empat maut dalam kemalangan di Jalan Stutong, Kuching
Empat maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong, Kuching, tengah hari tadi.
Bekerja atau tidak, carum PERKESO untuk perlindungan diri dan keluarga
Sekiranya pencarum meninggal dunia, sekurang-kurangnya waris mendapat mendapat faedah dari segi kewangan yang dapat mengurangkan beban.
Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.
Warga emas maut kereta dinaiki terbabas di LPT2
Seorang warga emas maut manakala dua anak lelakinya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Enam maut dalam kemalangan di Semporna-Tawau
Enam termasuk seorang bayi lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kalumpang, Semporna-Tawau petang tadi.
Seorang maut, tiga parah dalam kemalangan di Gua Musang
Seorang maut manakala tiga parah selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Sungai Asap di Jalan Gua Musang-Kuala Krai hari ini.
Pasang kamera papan pemuka untuk tingkat keselamatan jalan raya - Lee
Pemilik kenderaan di negara ini digesa untuk memasang kamera papan pemuka (dashcam) sebagai langkah keselamatan penting.
Kemalangan jalan raya ragut 436 nyawa ketika musim perayaan tahun baharu di Thailand
Punca utama kemalangan adalah memandu laju dan memotong kenderaan di hadapan, manakala motosikal terlibat dalam kebanyakan insiden.
Pemandu Perodua Myvi maut, kereta rempuh belakang lori di Lebuhraya Baling-Kulim
Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler di Lebuhraya Baling-Kulim, pagi tadi.
Lelaki warga emas ditahan disyaki terbabit kes langgar lari
Polis menahan seorang lelaki warga emas bagi membantu siasatan kemalangan maut di KM0.6 Jalan Wan Razali, Selama pada Ahad lepas.