Seorang wanita bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya dilaporkan telah menanam seorang bayi hidup-hidup dalam lubang tepi pagar ladang sawit dekat Suai, Niah, petang kelmarin.
Menurut laporan Berita Harian, tangisan dan rontaan bayi malang yang masih bertali pusat dalam plastik sampah itu tidak dihiraukan oleh wanita terbabit yang disyaki ibu mangsa.
Perbuatan kejam itu dilakukan pasangan berusia 20-an terbabit sekitar jam 4 petang dan disedari pengawal ladang yang terserempak dengan mereka dalam keadaan mencurigakan serta terdengar tangisan bayi dalam plastik hitam yang mereka bawa.
Pengawal yang curiga dengan kelakuan pasangan terbabit kemudian mengintai dari jauh dan mendapat pasangan itu menggali tanah berhampiran pondok pengawal keselamatan di situ sebelum menanam objek yang dikeluarkan dari beg plastik dibawa mereka.
Mereka kemudian meninggalkan kawasan tersebut apabila tangisan bayi tidak lagi kedengaran.
Sebaik sahaja pengawal keselamatan berkenaan bergegas melakukan pemeriksaan, dengan mengorek kesan tanah baru digali, sehingga ternampak kaki kanan bayi terbabit.
Dia kemudian segera memaklumkan kejadian itu kepada pengurus ladang yang kemudian menghubungi polis.
Sepasukan anggota Balai Polis Pusat Miri kemudiannya bergegas ke lokasi.
Setelah tanah dikorek sepenuhnya, polis menemui mayat bayi lelaki cukup sifat dan masih bertali pusat, dibungkus dengan kain lampin serta selimut mempunyai tanda untuk kegunaan hospital, yang dipercayai baru dilahirkan.
Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan maklumat dari Klinik Kesihatan Batu Niah dan Hospital Miri untuk mengenal pasti latar belakang individu yang melahirkan bayi sejak beberapa hari lalu.
Astro Awani
Thu Nov 28 2013

10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dakwaan ibu 'buang anak', polis sahkan kanak-kanak perempuan tidak diabai
Polis mengesahkan tiada sebarang elemen pengabaian, penderaan atau gangguan seksual membabitkan kanak-kanak perempuan yang didakwa 'dibuang' ibunya berikutan berkahwin baharu.

Pasangan kekasih bersalah buang bayi berbulan madu dalam penjara
Sepasang kekasih yang ditangkap kerana membuang bayi mereka baru-baru ini akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Ibu tanam bayi hidup-hidup
Tangisan dan rontaan bayi malang yang masih bertali pusat dalam plastik sampah itu tidak dihiraukan oleh wanita terbabit yang disyaki ibu mangsa.