Anak tiri kepada Hashimah Ismail, 66, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 101 Jalan Lama Kuantan-Kuala Lumpur pada petang Ahad, tidak menyangka sikap ibunya yang terlalu gembira semasa majlis kenduri perkahwinan di Hulu Langat pada Sabtu, merupakan petanda bahawa dia akan meninggalkan mereka sekeluarga selamanya.
Menurut Zaili Mohd Noor, 51, ibu tirinya dilihat 'gembira luar biasa' dan ketawa sehingga mengalir air mata menyebabkan dia terdetik di dalam hati ada sesuatu yang kurang elok akan berlaku selepas itu.
"Ayah saya, adik perempuan dan suaminya nampak biasa sahaja, semasa majlis perkahwinan anak kedua saya itu, cuma mak sahaja nampak gembira sangat, semasa itu saya teringat orang tua-tua kata, kalau banyak sangat ketawa, nanti menangis," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Jengka di sini malam tadi.
Dalam kemalangan jam 2.30 petang itu, lima anggota keluarga berkenaan maut termasuk Hashimah; suaminya, Mohd Noor Che Mat, 78; anak mereka Nor Suraya Mohd Noor, 30; suaminya, Musa Abdullah, 31; serta anak mereka, Muhamad Zulkarnain Musa, 3.
Seorang lagi anak Nor Suraya, Nur Quraitun Ain Musa, lima tahun, cedera parah.
Kejadian itu dipercayai berlaku selepas kenderaan mereka naiki hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bergesel dengan sebuah Proton Iswara dan kemudiannya bertembung dengan sebuah Toyota Hilux, menyebabkan kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Zaili yang masih kelihatan terkejut dengan kejadian itu berkata kesemua mereka menghadiri majlis perkahwinan anak keduanya, Mohd Iqbal Zaili, 27, di Hulu Langat pada Sabtu, sebelum berkonvoi dari Seri Kembangan menaiki dua buah kenderaan untuk pulang ke rumah masing-masing tengah hari Ahad.
"Sampai di bandar Lanchang kami berhenti makan tengah hari dan selepas itu berpisah. Dalam pukul 3 petang, saya mendapat panggilan daripada salah seorang adik, mengatakan kereta dinaiki ayah terlibat dalam kemalangan," katanya.
Sementara itu, kakak Nor Suraya, Saliah Mohd Noor, 34, berkata adiknya enggan memberikan gambar kenduri yang dihadiri pada Sabtu ketika diminta berbuat demikian melalui WhatsApp.
"Saya tidak dapat hadir kenduri anak abang sulung sebab ada urusan lain, dan minta adik (Nor Suraya) menghantar gambar semasa kenduri, tetapi dia bagi tahu dia tak nak berbuat demikian sebab takut saya sedih," katanya yang kelihatan sebak.
Menurutnya, adik perempuannya itu yang merupakan seorang guru Kafa sedang mengandung tiga bulan dan jenazah anggota keluarganya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jengka 6, selepas proses bedah siasat dilakukan malam tadi.
Sementara jenazah ibu tiri mereka akan dikebumikan di Kampung Batu, 9, Sungai Kepong, Lanchang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2019
Pasangan warga emas Mohd Noor dan Hashimah maut dalam kemalangan di Kilometer 101 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur kira-kira jam 3.15 petang Ahad. --fotoBERNAMA
Banjir Sarawak: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam
Seramai 34 mangsa daripada 13 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan yang dibuka sejak 23 Jan lalu.
Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
WEF2025: The Global Economic Outlook
Nearly five years since the COVID-19 pandemic upended the global economy, growth is slow but stable, inflation has gradually declined in advanced economies and trade trends have turned positive. Despite this, there remain challenges such as high public debt burdens, ongoing geo-economic tensions and the potential impact of industrial policies on smaller countries.
#AWANIRingkas 28 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Januari 2025
1️⃣ Kepengerusian ASEAN 2025
2️⃣ Susulan kebakaran di Ulu Tiram
3️⃣ Peluang baharu di Mekah dan Madinah
#awaniringkas
1️⃣ Kepengerusian ASEAN 2025
2️⃣ Susulan kebakaran di Ulu Tiram
3️⃣ Peluang baharu di Mekah dan Madinah
#awaniringkas
Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal
Neymar juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3750/3805 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3825 semalam.
Malaysia-Indonesia: Teroka kerjasama, mengukuh ASEAN
Kupasan mengenai sektor-sektor utama, peranan ASEAN, dan cabaran serta peluang yang ada dalam memperkukuhkan hubungan ekonomi kedua-dua negara jiran ini. Ketahui bagaimana kerjasama ini boleh memberi manfaat kepada kestabilan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN.
TVET mampu atasi pengangguran belia
Permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir menjadikan graduan TVET pilihan utama majikan.
Statistik upah kerja (sektor formal) ST3 2024
Analisis persentil menunjukkan kumpulan 10 peratus terendah pekerja formal warganegara menerima median upah bulanan sebanyak RM1,500 atau kurang setiap bulan, manakala pekerja formal dalam persentil ke-90 menunjukkan peningkatan 4.9 peratus daripada September 2023, menerima sekurang-kurangnya RM8,600 sebulan.
Bekas pemain kelab Indonesia, Belgium ditahan atas penyeludupan kokain
Pemain berusia 36 tahun itu merupakan salah seorang suspek yang diberkas polis selepas melakukan serbuan berskala besar di seluruh negara.
Ibu 'terlalu gembira' sebelum terlibat kemalangan - Anak mangsa
Menurut Zaili Mohd Noor, 51, ibu tirinya dilihat 'gembira luar biasa' dan ketawa sehingga mengalir air mata menyebabkan dia terdetik di dalam hati ada sesuatu yang kurang elok akan berlaku.