KUALA KEDAH: Sebelum ini kesihatannya sangat baik dan mampu menguruskan tiga anaknya yang mengalami pelbagai penyakit.
Namun kini, Nashieha Hassan, 38, terlantar dan tidak mampu bergerak selepas disahkan menghidap kanser radang hati, tiga bulan lalu.
Lebih malang dia turut disahkan menghidap penyakit hempedu, batu karang, paru-paru dan sakit jantung.
Menurut Nashieha, dia baru selesai menjalani pembedahan di bahagian hati seminggu yang lalu dan selepas pembedahan itu dia tidak dapat bergerak.
Katanya, sebelum ini dia mengambil upah menjahit pakaian bagi membantu suaminya yang hanya melakukan kerja kampung dengan pendapatan tidak menentu.
Kesulitan hidup Nashieha juga tambah berganda kerana sebelum terlantar sakit, dia juga menjaga tiga anaknya, Annisa Shazwanee Mohd Ghazali, 22, yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak kecil dan anak ketiga, Annis Irna Najihah, 17, pula menghidap kencing manis kronik.
“Sebelum ini memang saya boleh uruskan anak-anak semua. Dahulu sakit pun saya masih kuat tetapi sekarang sejak jalani pembedahan saya tidak mampu bergerak dan hanya terlantar.
“Saya kasihankan suami dan anak-anak yang terpaksa menguruskan saya sedangkan mereka juga tidak sihat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kota Nelayan, di sini.
Sementara itu, anak kedua Nashieha, Annis Irdahanini, 20, menghidap kanser payu dara.
Katanya, penyakit itu dikesan kira-kira lima tahun lalu selepas mendapati terdapat ketulan kecil di payu dara kirinya.
Nashieha juga berkata, ketulan itu berjaya dikesan di peringkat awal dan menjalani pembedahan membuang ketulan itu pada tahun 2019.
Menurut Annis, dia hanya bersekolah sehingga tingkatan dua saja dan terpaksa berhenti sekolah sebelum menyambung pengajian di Pusat Giat Mara dalam bidang kemahiran kecantikan.
“Selepas tamat pengajian saya tidak bekerja kerana perlu menjaga emak.
“Keadaan penyakit saya baik tetapi ada ketika saya terasa sakit di tempat pembedahan dan badan saya akan rasa lenguh-lenguh,” katanya.
Kepada sesiapa yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Nashieha (0299541100375112) atau menghubunginya di talian 011-39279007.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Jan 12 2024

Nashieha Hassan terlantar dan tidak mampu bergerak selepas disahkan menghidap kanser radang hati, tiga bulan lalu.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.

Belanjawan 2025: KKM tumpu penjagaan kesihatan primer tangani penyakit kronik
Penjagaan kesihatan primer yang berfungsi menggalakkan saringan awal, pencegahan penyakit dan mempromosikan gaya hidup sihat antara tumpuan yang perlu diberikan penekanan dalam Belanjawan 2025.

Ibu terlantar akibat kanser, tiga anak derita pelbagai penyakit kronik
Nashieha terlantar dan tidak mampu bergerak selepas disahkan menghidap kanser radang hati, tiga bulan lalu.

Belanjawan 2024: Pahang sasar kutipan hasil RM1.137 bilion
Pahang menyasarkan kutipan hasil kerajaan negeri mencecah RM1.137 bilion tahun depan iaitu unjuran tertinggi setakat ini dengan peningkatan lima peratus berbanding belanjawan tahun lepas.

KKM buka peluang pegawai perubatan lanjut pengajian, lahir ramai pakar geriatrik
Setakat ini KKM hanya punyai 34 pakar dalam pengkhususan perubatan yang memfokuskan pada kesihatan dan penjagaan bagi golongan berumur itu.

Penagih dadah perlu rawatan dan pemulihan, bukan pemenjaraan - Dr Zaliha
Penagihan dadah adalah sejenis 'penyakit kronik' yang perlu ditangani melalui rawatan dan pemulihan bukannya menerusi kaedah tahanan atau pemenjaraan, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Tempoh pengasingan COVID-19 dikurangkan mulai 5 Julai - Dr Zaliha
Tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari mulai 5 Julai ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Rakyat Bangladesh berdepan penyakit kronik di perut
Kira-kira 45 peratus kes ulser gastrik di Bangladesh disebabkan penggunaan ubat gastrik yang berlebihan.

Tingkatkan akses rawatan asma kategori teruk - Pakar
Hakikatnya, penghidap penyakit asma tidak terkawal dan tidak mendapatkan rawatan sewajarnya, berisiko menemui ajal.

COVID-19: Wanita warga emas meninggal dunia di rumah di Labuan
Ia adalah kes pertama (kematian akibat COVID-19) yang dilaporkan selepas beberapa bulan.

10 simptom ini mungkin petanda anda sebenarnya hidap penyakit kronik
Jika anda mengalami mana-mana gejala berikut, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan penilaian terhadap kesihatan anda.