Ibu kepada tiga orang anak, Kokilam Kathirvailu dinobatkan sebagai Mrs Malaysia World 2018 selepas mengetepikan 17 peserta lain pada pertandingan akhir di sini, Sabtu malam.
Wanita berusia 34 tahun itu dipakaikan mahkota kejuaraan bernilai RM2.5 juta tajaan Ceres Jewels Malaysia serta menerima barang kemas bernilai RM25,000, trofi dan lain-lain hadiah sampingan.
Anak kelahiran Kuala Lumpur itu menyifatkan kemenangannya sebagai satu inspirasi kepada golongan wanita yang ingin mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang tidak kira usia.
"Kepada semua wanita yang berkahwin, anda boleh menaruh impian besar, jika anda punya keyakinan diri, anda pasti akan mencapai impian...," kata pelajar tahun tiga dalam bidang psikologi di Universiti Terbuka Malaysia itu.
Beliau akan mewakili Malaysia di peringkat dunia (Mrs World) di China pada Januari depan.
Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing dimenangi oleh Lila Ruzaini Hussain, 47 tahun, dari Pahang; dan Marianny Ismail, 33 tahun, dari Melaka.
Seramai 18 wanita berusia 27 hingga 53 tahun berasal dari Johor, Selangor, Sarawak, Melaka, Pahang dan Kuala Lumpur daripada pelbagai latar belakang kerjaya menyertai pencarian Mrs Malaysia World 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 30 2018
Kemenangannya disifatkan sebagai satu inspirasi kepada golongan wanita yang ingin mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang tidak kira usia. - Foto BERNAMA
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Ibu tiga anak dinobat Mrs Malaysia World 2018
Kokilam Kathirvailu akan mewakili Malaysia di peringkat dunia (Mrs World) di China pada Januari depan.