KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang pengurus RM21,000 kerana mengalih data sulit milik sebuah syarikat yang membekalkan penstriman kandungan televisyen dan video ke hotel tanpa kebenaran di antara 2016 dan 2020.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu selepas Teo Kia Lim, 45, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan.
Mahkamah mengenakan RM7,000 bagi setiap pertuduhan, atau penjara 30 bulan, jika Teo gagal membayar denda.
Dia didakwa melakukan capaian tanpa kuasa terhadap data sulit milik Syarikat Vision Four Multimedia Sdn Bhd (VFMM) dengan menyalin atau mengalihkan data terbabit kepada e-mel persendiriannya untuk mendapatkan data tanpa kebenaran daripada pemilik syarikat itu, Steven Harold Day, 72.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Syarikat Vision di Jalan Liku, Bangsar di sini antara 10.21 pagi hingga 4.41 petang dari 29 Dis 2016 hingga 26 Ogos 2020 mengikut Seksyen 3 (1)(b) Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Segaren memohon tertuduh dikenakan denda minimum atas alasan Teo adalah seorang ibu tunggal dan perlu menanggung ibunya yang sudah uzur selain tiada rekod jenayah serta telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan polis.
Berdasarkan fakta kes, pengadu yang merupakan pengasas dan Ketua Eksekutif VFMM membuat laporan polis selepas tertuduh, yang sebelum ini bekas pembantu peribadinya, didapati menggunakan maklumat sulit syarikat itu antaranya data pelanggan dan rakan kongsi perniagaan syarikat pengadu untuk mempromosi jenis perniagaan sama selepas Teo menubuhkan syarikat lain.
VFMM menjalankan perniagaan pengedaran, pembekalan dan penstriman kandungan televisyen dan video ke hotel di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu selepas Teo Kia Lim, 45, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan. - Gambar hiasan
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga
Nga berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

Ibu tunggal didenda RM21,000 alih data sulit syarikat bekal penstriman kandungan tanpa kebenaran
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu selepas Teo Kia Lim, 45, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan.