Seorang ibu tunggal enggan menerima hakikat bahawa dirinya diperdayakan oleh seorang lelaki asing dalam sindiket 'love scam' meskipun telah berhabisan duit sebanyak RM380,000 semata-mata untuk menyelamatkan suspek yang sudah dianggap sebagai 'suami'.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Lee, 50, berkata, dia mengenali 'suaminya' itu bernama Kenneth Cheung sejak Oktober tahun lepas melalui laman sosial Facebook namun tidak pernah bersemuka dengan suspek.
"Dia (suspek) berjanji untuk menghantar hadiah berupa cincin, gelang, baju dalam, berlian, jam tangan dan dua Iphone ... tetapi pada 6 November tahun lepas, seorang ejen kastam telah menghubungi saya memaklumkan 'suami' saya bersama barangan itu telah ditahan dan memerlukan saya membayar sejumlah wang untuk melepas barangan berkenaan.
"Jadi, saya telah memasukkan wang ke dalam beberapa akaun bermula pada hari itu hingga 4 Disember lepas dengan jumlah sebanyak RM380,000. Duit itu saya peroleh dengan menjual rumah saya di Kota Masai, Pasir Gudang dan menggunakan duit simpanan," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Stulang di sini, hari ini.
Miss Lee berkata, dia tidak percaya lelaki itu menipunya kerana pernah membuat panggilan video ketika suaminya ditahan dan melihat keadaannya semakin kurus kononnya tidak diberi makan oleh ejen terlibat, selain rambutnya sudah panjang.
"Saya harap mereka (ejen) dapat kembalikan suami saya dan hadiah itu kepada saya," katanya yang kini tinggal bersama adiknya di Taman Scientex, di sini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang Andrew Chen Kah Eng berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis di Balai Polis Seri Alam setelah mangsa datang ke pejabatnya untuk memohon pertolongan.
"Saya diberitahu bahawa polis mengklasifikasikan kes ini sebagai 'love scam' dan diharapkan masyarakat lebih berhati-hati dalam kes seperti ini," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah yang dihubungi Bernama mengesahkan ada menerima laporan terbabit dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 10 2019

Miss Lee, bagaimanapun, enggan terima hakikat yang dia telah diperdaya oleh seorang lelaki asing. - Gambar hiasan

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Suri rumah diperdaya serah barang kemas, rugi lebih RM16,000
Seorang suri rumah mengalami kerugian RM16,857 selepas ditipu seorang individu yang menyamar sebagai anggota polis, kononnya untuk menyerahkan barang kemas bagi tujuan siasatan, semalam.

Peniaga rugi RM213,700 terperdaya iklan pinjaman wang di Instagram
Seorang ahli perniagaan wanita diperdaya sindiket pemberi pinjam wang yang tidak wujud sehingga kerugian sebanyak RM213,700.

Pengusaha kedai emas rugi lebih RM500,000 diperdaya lelaki - Polis
Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menipu seorang wanita pengusaha kedai emas dalam urusan jual beli emas 916 secara bersemuka.

Rugi RM186,923 selepas diperdaya sertai pelaburan bitcoin
Mangsa yang berusia 31 tahun itu mendakwa mengenali suspek pada Mei lepas dan sering melihatnya memuat naik gambar berkaitan bitcoin.

Peniaga kerugian RM30,000 diperdaya pengasas produk kecantikan
Selepas tempoh sebulan, suspek memberi pelbagai alasan dan mangsa mengesyaki ditipu.

Pemborong buah dakwa rugi RM414,932 dalam penjualan Musang King
Mangsa mendakwa mengenali suspek pada 30 Jun lepas selepas menghubunginya untuk membeli 10 bakul durian itu.

Wanita kerugian RM18,350 ditipu 'ejen bomoh'
Seorang peniaga wanita mengalami kerugian RM18,350 selepas terpedaya dengan seorang wanita yang kononnya ejen kepada bomoh.

Ibu tunggal kerugian RM230,000 serah wang simpanan, simpanan TH anak kepada 'Datuk'
Seorang ibu tunggal yang juga penjawat awam menanggung kerugian hampir RM230,000 apabila diperdaya oleh seorang lelaki bergelar 'Datuk'.

Wanita disamun, dicabul selepas diperdaya jadi model
Hasrat seorang wanita untuk menjadi model bukan sahaja lebur malah turut berdepan detik cemas apabila dia dan teman lelakinya disamun oleh lelaki yang menawarkan pekerjaan itu.

Ibu tunggal rugi hampir RM400,000 ditipu 'suami' Facebook
Seorang ibu tunggal enggan menerima hakikat bahawa dirinya diperdayakan oleh seorang lelaki asing dalam sindiket 'love scam' meskipun telah berhabisan duit sebanyak RM380,000.