BINTULU: Seorang ibu tunggal berusia lewat 40-an kerugian RM494,000 apabila menjadi mangsa penipuan sindiket 'African Scam' selepas berkenalan dengan seorang lelaki melalui laman sosial Facebook sejak pertengahan Februari lalu.
Lelaki yang dikenali sebagai Li Wei itu dikatakan telah mempelawa mangsa melabur dalam satu projek minyak dan gas di Sicily, Itali, dengan menjanjikan keuntungan lumayan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak Supt Maria Rasid dalam kenyataan di sini, berkata tertarik dengan tawaran tersebut, mangsa kemudian telah membuat lebih 30 transaksi pemindahan wang yang keseluruhan berjumlah RM494,000 ke lima akaun bank tempatan atas nama individu berlainan pada bulan Mac hingga Mei lepas.
"Mangsa menyedari telah ditipu apabila suspek sering memberi pelbagai alasan tidak munasabah dan mengatakan projek mengalami masalah kewangan.
"Malah suspek meminta mangsa membuat bayaran tambahan untuk projek tersebut," katanya.
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Bintulu pada 3 Ogos lalu.
Sehubungan itu, Maria mengingatkan masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan gambar-gambar profil yang cantik atau tampan digunakan di laman sosial dan jangan sesekali memuat naik status yang menunjukkan mereka berada dalam kesunyian, sedang mencari pasangan hidup, terdesak untuk memiliki seseorang atau sebagainya kerana status seperti itu akan menarik perhatian penjenayah siber.
Katanya, mereka juga dinasihatkan agar tidak mudah termakan sebarang pujian, pujuk rayu atau terlalu mudah percaya dengan apa-apa tawaran seperti pelaburan sesuatu projek, pemberian hadiah, barangan kemas, mata wang asing dan sebagainya daripada rakan media sosial yang mendakwa dari luar negara.
Orang ramai perlu lebih berhati-hati sekiranya terdapat sebarang komunikasi melibatkan wang kerana penjenayah berusaha mencapai objektif utama mereka iaitu mendapatkan wang secara mudah dengan menipu, katanya.
"Oleh itu, jangan sesekali mendedahkan atau memberikan maklumat perbankan atau maklumat kewangan anda," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 06 2021

Mangsa menyedari telah ditipu apabila suspek sering memberi pelbagai alasan tidak munasabah dan mengatakan projek mengalami masalah kewangan.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Seorang pekerja pelantar minyak kerugian RM48,905.41 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.

Pekerja pembinaan rugi lebih RM123,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pekerja pembinaan kerugian lebih RM123,000 selepas terperdaya skim pelaburan saham dalam talian.

Pengurus syarikat mengaku tipu jual kambing import
Shaharani Firdauz membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.

Wanita rugi RM190,000 terperdaya skim pelaburan mata wang digital
Seorang petugas sebuah sekolah antarabangsa kerugian RM190,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan mata wang digital tidak wujud.

Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Dalam tempoh 3 April hingga 18 Jun mangsa telah membuat pindahan wang ke lapan akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM400,900.

Ahli perniagaan rugi lebih RM100,000 akibat 'phone scam'
Pengadu lelaki tempatan berusia 55 tahun itu memaklumkan kerani syarikat miliknya ditipu oleh sindiket phone scam terbabit.

Pemandu trak tunda didakwa tipu urusan jual beli kereta mewah
K. Thiviyen Raj, 26, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman dan Hakim Azrul Darus.

Wanita dijerat sindiket tawaran kerja rugi lebih RM100,000
Mangsa yang berusia 22 tahun itu mendakwa ditawarkan pekerjaan oleh seorang wanita yang dikenalinya menerusi Instagram pada 23 Julai lepas.

Kakitangan sekolah direman tiga hari bantu siasatan tuntutan palsu
Seorang kakitangan di sebuah sekolah di negeri ini yang ditahan semalam bagi membantu siasatan disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000, direman tiga hari bermula hari ini.

Wang pusaka arwah bapa RM35,000 lebur
Mangsa berusia 40 tahun pada mulanya melihat iklan mengenai perkhidmatan itu pada 13 Januari lalu.