Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia mengenai dua isu berkenaan tragedi menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) tahun ini, kata Setiausaha Agung ICAO Raymond Benjamin.
Beliau berkata dua isu utama yang ICAO sedang mengusahakan ialah membangunkan sistem pengesan global dan penerbangan di atas zon konflik.
"Ukraine adalah sebuah zon konflik dan juga ada lagi zon konflik. ICAO sedang bekerjasama secara lebih menyeluruh dengan Kerajaan Malaysia mengenai perkara ini.
Malaysia akan menjadi delegasi penting kepada Persidangan Antarabangsa ICAO di Montreal (Kanada) Februari tahun depan.
Lebih 150 negara akan hadir persidangan itu, katanya semasa ditemui pada majlis makan malam Anugerah KLIA 2013, di sini malam ini.
Benjamin berkata ICAO juga membuat satu keputusan sebulat suara mengenai keperluan untuk memasuki kawasan pesawat MAS penerbangan MH17 terhempas.
Sementara itu Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang mewakili Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dalam ucapannya kerajaan berikrar akan mencari penyelesaian untuk semua anggota keluarga dan rakan mereka yang terkorban dalam nahas pesawat MAS.
"Bagi pihak kerajaan, saya akan pastikan kita tidak memperlahankan pencarian dan akan terus meneroka segala pilihan yang mungkin untuk mencari MH370 dan mencari jawapan apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat MH17 yang terhempas.
Pesawat MH17 dengan 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Kapal terbang Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu dan tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.
Empat puluh tiga penumpang dan anak kapal merupakan rakyat Malaysia.
Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang 12 anak kapal dalam perjalanan ke Beijing apabila ia hilang selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL, di sini pada 8 Mac lepas.
Bernama
Fri Nov 21 2014
![ICAO bekerjasama dengan Malaysia dalam isu tragedi pesawat MAS - Setiausaha Agung ICAO bekerjasama dengan Malaysia dalam isu tragedi pesawat MAS - Setiausaha Agung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/51394271074_295x200.jpg)
Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan ke Beijing apabila ia hilang selepas sejam berlepas dari KLIA pada 8 Mac lepas. - Gambar Fail
![Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739273973_Zaquanartis.jpg)
Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Zaquan tidak memaklumkan berhubung punca kematian anak lelakinya itu.
Tiada pertandingan, Abang Johari dipilih semula Presiden PBB
Tan Sri Abang Johari Tun Openg kekal sebagai Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas menang tanpa bertanding jawatan tertinggi parti itu.
![Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739272475_SuamiIsteriSelama.jpg)
Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat
Mangsa kejadian tembak di Simpang Renggam semalam, nekad mengejar suspek yang menaiki Perodua Bezza demi mendapatkan nombor pendaftaran.
ASEAN 2025 | 11 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pengambilan jawatan di Sarawak cecah 96 peratus
Pengambilan jawatan guru khas di Sarawak kini mencecah sebanyak 96 peratus.
![Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739272092_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
![Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739271972_AnwarIbrahim.jpg)
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
![A330neo Malaysia Airlines pesawat pertama tepati piawaian terkini pelepasan CO2 A330neo Malaysia Airlines pesawat pertama tepati piawaian terkini pelepasan CO2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717106408_AneoMalaysiaAir.jpg)
A330neo Malaysia Airlines pesawat pertama tepati piawaian terkini pelepasan CO2
Sebanyak 20 pesawat A330neo yang dibeli oleh Malaysia Airlines merupakan pesawat pertama mendapat perakuan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) bagi piawaian baharu pelepasan karbon d
![Malaysia beri komitmen laksana tanggungjawab Ahli Majlis ICAO - Loke Malaysia beri komitmen laksana tanggungjawab Ahli Majlis ICAO - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716450899_tbFutureAviationFo.jpg)
Malaysia beri komitmen laksana tanggungjawab Ahli Majlis ICAO - Loke
Malaysia memberikan komitmen untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai satu daripada 14 negara yang dipilih sebagai Ahli Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), kata Menteri Pengangkuta
![Pesawat terhempas di Elmina: Laporan awal dalam 30 hari, orang awam diminta bantu siasatan Pesawat terhempas di Elmina: Laporan awal dalam 30 hari, orang awam diminta bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692416121_serpihanpesawat.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: Laporan awal dalam 30 hari, orang awam diminta bantu siasatan
Siasatan teknikal berdasarkan ICAO Annex 13 dimulakan oleh pasukan BSKU bermula tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.
![ICAO putuskan dengar kes MH17 terhadap Rusia ICAO putuskan dengar kes MH17 terhadap Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677029919_Netherlands.jpg)
ICAO putuskan dengar kes MH17 terhadap Rusia
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan untuk mendengar kes yang difailkan oleh Belanda dan Australia terhadap Rusia berhubung nahas pesawat MH17.
![Malaysia kekalkan kerusi Ahli Majlis ICAO enam penggal berturut-turut Malaysia kekalkan kerusi Ahli Majlis ICAO enam penggal berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41664938209_ICAO.jpg)
Malaysia kekalkan kerusi Ahli Majlis ICAO enam penggal berturut-turut
Ini menjadikan Malaysia kekal sebagai ahli Majlis ICAO untuk enam penggal berturut-turut sejak tahun 2007 dengan memperoleh 136 undi.
![Penarafan keselamatan udara Malaysia dikembalikan kepada kategori 1 Penarafan keselamatan udara Malaysia dikembalikan kepada kategori 1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51659080965_KLIAGeneric.jpg)
Penarafan keselamatan udara Malaysia dikembalikan kepada kategori 1
Penarafan keselamatan udara Kategori 1 bermakna pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia mematuhi piawaian keselamatan ICAO.
![Malaysia-China setuju tingkat kekerapan penerbangan Malaysia-China setuju tingkat kekerapan penerbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664426483_CuiXiaofeng.jpg)
Malaysia-China setuju tingkat kekerapan penerbangan
Kuala Lumpur dan Beijing akan menyediakan ruang yang secukupnya untuk peningkatan penerbangan kelak.
![Malaysia harap dapat kekal kerusi dalam Majlis ICAO Malaysia harap dapat kekal kerusi dalam Majlis ICAO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657537728_TBweekasiong.jpg)
Malaysia harap dapat kekal kerusi dalam Majlis ICAO
Malaysia berharap dapat mengekalkan kerusi dalam Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) selepas rekod prestasi 15 tahun, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
![Malaysia dapatkan sokongan LACAC untuk kekal sebagai Ahli Majlis ICAO Malaysia dapatkan sokongan LACAC untuk kekal sebagai Ahli Majlis ICAO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647865229_DatukSeriDrWeeKa.jpg)
Malaysia dapatkan sokongan LACAC untuk kekal sebagai Ahli Majlis ICAO
Ka Siong berkata beliau kini berada di Montevideo, Uruguay bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Ke-24 LACAC yang bermula Rabu ini.
![Pesawat Israel hanya lintas ruang udara, tidak dibenar berlegar atau mendarat - MOT Pesawat Israel hanya lintas ruang udara, tidak dibenar berlegar atau mendarat - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621959309_PesawatIsraelBer.jpg)
Pesawat Israel hanya lintas ruang udara, tidak dibenar berlegar atau mendarat - MOT
Pesawat itu dibenarkan melalui ruang udara Malaysia mengikut peraturan ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).