Asap tebal, ruang sempit serta gelap dan runtuhan siling menjadi antara cabaran terbesar sekumpulan anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam usaha menyelamatkan pesakit di Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam.
Menjadi sebahagian daripada kumpulan pertama yang tiba di lokasi, Timbalan Penguasa JBPM, Ibrahim Omar yang telah 32 tahun berkhidmat dalam jabatan tersebut mengakui terkejut melihat HSA dijilat api.
Lantas, beliau bersama 15 anggotanya bergegas menyelamatkan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) walaupun berdepan pelbagai cabaran.
“Apa yang menjadi masalah atau cabaran kepada kita adalah untuk membawa mangsa keluar (dari ICU) apabila kita perlu menghadapi pelbagai halangan termasuk siling runtuh sebagai halangan pertama kami.
“Kedua, keadaan dalam bangunan yang begitu gelap, termasuk asap tebal dan kami dapati juga pesakit yang berada di dalam ICU merupakan pesakit kritikal yang berada dalam keadaan tenat.
“Bukan kebiasaan kepada kami anggota penyelamat untuk menyelamatkan mereka yang berada dalam keadaan kritikal termasuk yang masih menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya kepada media di perkarangan HSA, di sini hari ini.
Tidak berputus asa, beliau bersama pasukan terus berusaha bagi mengeluarkan mangsa secepat mungkin lantaran menaruh harapan bahawa mereka masih lagi hidup.
“Jadi bila kita hendak membuat kerja dalam keadaan gelap serta sempit ditambah pula untuk menolak katil yang besar dan berat, menjadi salah satu halangan yang menyukarkan kami untuk mengeluarkan mangsa.
“Mangsa pertama kami keluarkan dalam pukul 10.05 pagi namun pada peringkat awal, kami sudah berjumpa mangsa seawal pukul 9.13 pagi, cuma kesukaran yang dihadapi telah melengahkan sedikit operasi,” katanya.
Malah, beliau yang merupakan Ketua Balai Bomba Johor Bahru mengakui latihan kebakaran yang diberikan kepada kakitangan hospital sedikit sebanyak membantu menyelamatkan para pesakit sekaligus mengurangkan jumlah kematian.
Beliau mengakui sedikit terkilan kerana gagal menyelamatkan semua mangsa, bagaimanapun redha dan mengakui bahawa ajal itu ditangan Tuhan.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Oct 26 2016

Anggota bomba JBPM yang bersabung nyawa menyelamatkan mangsa di bahagian ICU, Hospital Sultanah Aminah pada Jumaat. - Gambar fail

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

'Syukur, Akif akhirnya dapat dipindahkan ke HSA' - Ibu mangsa
Ku Amazon berkata, mereka bersyukur apabila hasrat untuk membawa Akif dari Hospital NUH Singapura ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru tercapai.

Tiga cedera dalam kebakaran kilang di Iskandar Puteri
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M.Kumarasan berkata, tiga lelaki terbabit dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.

Bayi sembilan bulan maut dipercayai didera
Laporan mengenai bayi itu diterima daripada seorang pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah pada jam 6.55 petang, Khamis lalu.

Wanita dihalang bertemu doktor kerana pakai seluar pendek
Menerusi perkongsian wanita berkenaan dalam aplikasi X atas nama Carol Yong, kejadian tersebut berlaku semasa dia mempunyai janji temu bersama doktor dengan segera.

Johor sediakan parkir sementara di HSA atasi kesesakan
Kerajaan Johor mengambil inisiatif menyediakan kawasan parkir sementara di Hospital Sultanah Aminah (HSA), bagi mengatasi kesesakan.

20 liter bahan formalin di HSA tumpah - Exco
Sebanyak 20 liter bahan Formalin tertumpah ketika pembantu perawatan kesihatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sedang menyusun atur bekas berisi bahan itu di stor spesimen.

Pelumba Club Prix Malaysia, Md Izzat Zaidi masih kritikal: 'Bangun la, saya dan anak-anak rindu'
Sejak Sabtu lalu, pelumba CKJ Racing Team iaitu Md Izzat Zaidi MD Salehan masih dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Cub Prix Malaysia.

Saman kecuaian babit pesakit maut dalam kebakaran di HSA akan dibicarakan
Tiga saman kecuaian yang difailkan oleh ibu bapa kepada tiga pesakit yang maut dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 2016 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Poliklinik, parkir kenderaan bertingkat di HSA beri keselesaan, kemudahan kepada pengguna
Onn Hafiz Ghazi berkata hospital awam itu antara yang tersibuk dalam negara dengan mengendalikan 2,134 orang pesakit luar dan 460 orang pesakit di wad kecemasan sehari.

Kerajaan lulus RM500 juta segerakan naik taraf Hospital Sultanah Aminah - Anwar
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi menyegerakan projek-projek pembinaan fasa pertama di dalam Hospital Sultanah Aminah (HSA), yang dijangka bermula pada tahun ini.