BERIKUT adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 2 Nov hingga 8 Nov 2015.
Antara tajuk-tajuk utama minggu lalu termasuk pilihan raya Myanmar yang pertama dalam tempoh 25 tahun, polis Malaysia jumpa bangkai mayat mangsa pembunuhan di Tapah, kenaikan harga rokok sehingga RM18 sekotak dan Sijil Pelajaran Malaysia 2015 bermula.
Ahad, Nov 8: Kementerian Kesihatan tubuh jawatankuasa khas e-rokok
Diketuai oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, jawatankuasa ini bertujuan menjawab segala isu berkaitan rokok elektronik dan vape.
30 juta pengundi Myanmar tunai tanggungjawab pilih kerajaan
Sejumlah 30 juta warga Myanmar menunaikan tanggungjawab dalam pilihan raya terbuka yang pertama dalam tempoh 25 tahun.
Sabtu, Nov 7: Anwar pertahan tindakan Tun Mahathir
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik Datuk Seri Najib Razak berhubung isu membelenggu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad.
Jumaat, Nov 6: Terserah kepada polis untuk tahan saya - Tun Mahathir
Mantan perdana menteri itu menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis sekiranya mereka mahu menahan beliau setelah keterangannya diambil sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada Jumaat.
Kes bunuh Tapah: Anak mangsa terpaksa dipujuk duduki SPM
Salah seorang anak kepada Jasbeer Singh, seorang ejen hartanah dan salah seorang mangsa yang dipercayai dibunuh oleh empat sekeluarga di Tapah, perlu dipujuk oleh keluarganya untuk terus menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang sedang berlangsung.
Khamis, Nov 5: KKM mula serbu kedai vape
Dalam satu tindakan yang mengejutkan pelbagai pihak, Kementerian Kesihatan mula menyerbu kedai-kedai yang menjual cecair nikotin berperisa untuk 'vape'. Tindakan ini telah mencetuskan kemarahan Exco Pemuda UMNO Armand Azha Abu Hanifah yang berkata Kementerian seharusnya mengkaji dengan sepenuhnya dahulu dan merujuk cadangan Kabinet untuk mengawal selia industri berkenaan.
Rafizi Ramli ganti Tony Pua untuk debat 1MDB
Pakatan Harapan menawarkan Rafizi Ramli sebagai pengganti Tony Pua sebagai pendebat berdepan Presiden 1Malaysia Development Berhad, Arul Kanda Kandasamy.
Rabu, Nov 4: Debat 1MDB: Pendebat terbaik Asia sifatkan DAP 'takut bayang-bayang sendiri'
Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengkritik DAP dan Tony Pua sebagai 'takut dengan bayang-bayang sendiri' apabila mula beralasan berhubung isu debat 1Malaysia Development Berhad.
Kes bunuh Tapah: Anak perempuan suspek bunuh 4 sekeluarga dibawa ke lokasi kejadian
Seorang gadis dipercayai anak kepada suspek pembunuhan empat sekeluarga dibawa ke lokasi kejadian di Tapah oleh polis untuk membantu siasatan.
Selasa, Nov 3: BAT Malaysia naikkan harga rokok
Pada lewat Selasa, Syarikat rokok British American Tobacco Malaysia mengumumkan akan menaikkan kesemua harga rokok di bawah jenamanya berkuat kuasa Rabu berikutan kenaikan cukai eksais secara mendadak oleh kerajaan.
Kementerian Pendidikan akan siasat video pelajar berpeluk, bercium
Kementerian Pendidikan menyatakan akan menyiasat sebuah video klip menunjukkan seorang pelajar perempuan memeluk seorang pelajar lelaki dipercayai kekasihnya dalam pakaian sekolah, yang tersebar luas di laman sosial.
Isnin, Nov 2: SPM 2015 bermula
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2015 bermula di seluruh negara didahului subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2. Sejumlah 440,682 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini.
Astro Awani
Sun Nov 08 2015
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang dari 2 Nov hingga 8 Nov 2015.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (10 - 16 Oktober 2016)
Berikut merupakan berita-berita yang menjadi pilihan utama pengarang Astro AWANI minggu lalu.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (3 - 9 Oktober, 2016)
Berikut ialah Berita Pilihan Pengarang Astro AWANI yang menjadi tumpuan umum sepanjang minggu, dari 3 hingga 9 Oktober, 2016.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (8 - 14 Ogos 2016)
Berikut ialah Berita Pilihan Pengarang Astro AWANI yang menjadi tumpuan umum sepanjang minggu, dari 8 hingga 14 Ogos 2016.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (25-31 Julai 2016)
Berikut adalah Berita Pilihan Pengarang Astro AWANI yang menjadi tumpuan umum sepanjang minggu, dari 25 hingga 31 Julai 2016.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (20 Jun - 26 Jun)
Berikut adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI dari 20 hingga 26 Jun.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (6-12 Jun 2016)
Berikut adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 6 hingga 12 Jun 2016.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (4-10 April 2016)
Berikut adalah berita pilihan pengarang bagi minggu bermula 4 April dan 10 April, 2016.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (28 Mac- 3 April)
Himpunan berita Astro AWANI yang paling menjadi tumpuan sepanjang minggu bermula 28 Mac hingga 3 April 2016.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (4 -10 Jan 2016)
Senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 4 Jan hingga 10 Jan, 2016.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (14-20 Dis)
Berita pilihan pengarang Astro Awani, untuk minggu bermula 14 hingga 20 Disember 2015.