SEJAK bermula bulan Ramadan pada 6 Jun lalu, Astro AWANI menyajikan pelbagai jenis berita untuk tatapan pengikut dan pembaca, namun ada beberapa tajuk yang telah meraih perhatian yang lebih luas.
Itu termasuk beberapa berita santai, khususnya isu yang viral di internet dan juga daripada industri hiburan serta laporan berkonsepkan tip bimbingan kewangan.
Selain itu, antara berita yang menerima tumpuan lebih daripada biasa adalah mengenai pendedahan aktivis sosial Syed Azmi tentang jenayah pedofilia, serta berita pengebumian legenda tinju dunia, Muhammad Ali.
ISNIN, 6 JUN
Snowflake atau Snowball: 3 kaedah melangsaikan hutang dengan pantas
Cadangan dalam artikel ini membolehkan anda menumpukan komitmen kewangan untuk membayar satu akaun hutang pada satu masa, dan pada yang sama membuat pembayaran minimum untuk akaun-akaun hutang yang lain.
Turut dicadangkan adalah Kaedah ‘Debt Stacking’ yang memerlukan anda menyenarai dan menyusun semula hutang anda mengikut kadar faedah, dengan hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi perlu dilangsaikan terlebih dahulu.
Sementara itu, berdasarkan topik yang sama, video ini juga telah menjadi tumpuan pembaca:
SELASA, 7 JUN
Detik cemas kanak-kanak diterkam singa di zoo Jepun jadi viral
Dalam berita yang menjadi viral ini, ditunjukkan seorang kanak-kanak ke sebuah zoo di Jepun hampir menjadi mimpi ngeri apabila menjadi sasaran seekor singa. Detik cemas itu sempat dirakam dan merupakan antara video viral di YouTube. Kejadian yang berlaku di Chiba Zoological Park, Tokyo itu ternyata tidak membawa sebarang kejadian yang tidak diingini memandangkan kaca pemisah antara haiwan dan pengunjung berfungsi dengan baik.
'Jangan cakap kapten tak payung', pantun juruterbang AirAsia cuit hati penumpang
Video pengumuman dalam pesawat AirAsia AK700 berdurasi 1 minit 15 saat telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Izwah Ibrahim. Ia berkenaan seorang juruterbang yang melakukan rutin taklimat sebelum pesawat berlepas, namun beliau berjaya memikat hati para penumpang apabila menyelitkan jenaka dalam pengumuman dwi bahasa itu.
RABU, 8 JUN
Muhammad Ali dikebumikan pada Jumaat
Berita kematian legenda tinju, Muhammad Ali, pada 3 Jun mengejutkan seluruh dunia dan ia disusuli dengan pemberitahuan bahawa jenazahnya akan dikebumikan pada Jumaat, iaitu kira-kira tempoh seminggu jasadnya disimpan. Hal itu menimbulkan reaksi yang bercampur-baur. Berikut adalah berita mengenainya.
Video dihina pelanggan viral, pekerja kurang upaya tekad berhenti kerja
Satu lagi insiden menjadi viral selepas gelagat menjengkelkan seorang pelanggan di sebuah medan selera berjaya dirakam. Pelanggan itu tidak berpuas hati dengan tindakan seorang tukang pembersih kurang upaya yang didakwa mendekati mejanya kerana mahu mengangkat bekas makanannya. Kejadian dipercayai berlaku di Singapura.
KHAMIS, 9 JUN
Pendedahan Syed Azmi mengenai mangsa pedofilia amat mengejutkan
Aktivis sosial Syed Azmi mendedahkan tujuh cerita yang dikongsikan mangsa jenayah seksual sewaktu zaman kanak-kanak mereka. Kesemua cerita itu dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya dan boleh diakses oleh orang ramai. Dalam setiap cerita, Syed Azmi tidak mendedahkan identiti mangsa mahupun sebarang maklumat yang berkaitan dengan mangsa secara terperinci.
Mohd Nizam dibunuh kerana cara tunggangan motosikalnya - Polis Hatyai
Pembunuhan rakyat Malaysia, Mohd Nizam Ahmad Basrah pada awal pagi 16 Mei lepas di Hatyai dipercayai berpunca dari perasaan tidak puas hati suspek terhadap cara tunggangan motosikal mangsa pada hari kejadian.
JUMAAT, 10 JUN
Perjalanan akhir legenda Muhammad Ali sebelum disemadikan
Hari upacara penghormatan terakhir dan pengebumian legenda tinju, Muhammad Ali, dilangsungkan dalam suasana yang pilu dan dihadiri lebih 15,000 hadirin termasuk barisan kenamaan dunia serta selebriti sukan dan hiburan.
Perkongsian mangsa pedofilia di Facebook Syed Azmi tidak tamat
Aktivis sosial Syed Azmi menyambung lagi kisah pendedahan mangsa jenayah pedofilia dan kali ini membawakan beberapa cerita pengakuan baharu yang mampu membuka mata umum tentang ancaman jenayah tersebut.
SABTU, 11 JUN
Restoran 'bogel' di Tokyo tidak benar pelanggan gemuk masuk
Restoran ‘bogel’ pertama di Tokyo, Jepun yang bakal dibuka bulan hadapan akan mengenakan peraturan kejam iaitu hanya pengunjung dengan berat badan tertentu sahaja dibenarkan masuk. Difahamkan, pengunjung yang mahu memasuki restoran berkenaan akan ditimbang terlebih dahulu dan jika didapati mempunyai berat badan berlebihan maka tidak layak berada di dalam restoran itu.
Diserbu pegawai agama, Sanjeevan anggap taktik kotor jatuhkan reputasi
Pengerusi NGO anti jenayah MyWatch, Datuk R. Sri Sanjeevan Ramakrishnan percaya beliau menjadi sasaran pihak tertentu yang mahu menjatuhkan reputasinya dengan menggunakan taktik kotor.
AHAD, 12 JUN
50 terbunuh, 53 cedera dalam tembakan rambang Orlando - Datuk Bandar
Lima puluh orang terbunuh dan 53 yang lain cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan dan merampas tebusan di sebuah kelab malam homoseks di Florida. Kejadian disifatkan kes tembakan paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat.
DOTA2: Fnatic perlu kukuhkan komunikasi pasukan, atur strategi baharu
Pasukan Fnatic Defence Of The Ancient 2 (DOTA2) hanya mampu meraih kedudukan nombor enam dalam Kejohanan The Manila Major.
Hamzah Hamid
Mon Jun 13 2016
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang dari 6 hingga 12 Jun 2016.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (10 - 16 Oktober 2016)
Berikut merupakan berita-berita yang menjadi pilihan utama pengarang Astro AWANI minggu lalu.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (3 - 9 Oktober, 2016)
Berikut ialah Berita Pilihan Pengarang Astro AWANI yang menjadi tumpuan umum sepanjang minggu, dari 3 hingga 9 Oktober, 2016.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (8 - 14 Ogos 2016)
Berikut ialah Berita Pilihan Pengarang Astro AWANI yang menjadi tumpuan umum sepanjang minggu, dari 8 hingga 14 Ogos 2016.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (25-31 Julai 2016)
Berikut adalah Berita Pilihan Pengarang Astro AWANI yang menjadi tumpuan umum sepanjang minggu, dari 25 hingga 31 Julai 2016.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (20 Jun - 26 Jun)
Berikut adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI dari 20 hingga 26 Jun.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (6-12 Jun 2016)
Berikut adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 6 hingga 12 Jun 2016.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (4-10 April 2016)
Berikut adalah berita pilihan pengarang bagi minggu bermula 4 April dan 10 April, 2016.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (28 Mac- 3 April)
Himpunan berita Astro AWANI yang paling menjadi tumpuan sepanjang minggu bermula 28 Mac hingga 3 April 2016.
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (4 -10 Jan 2016)
Senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 4 Jan hingga 10 Jan, 2016.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (14-20 Dis)
Berita pilihan pengarang Astro Awani, untuk minggu bermula 14 hingga 20 Disember 2015.