KOTA BHARU: Identiti harimau belang yang ditembak mati selepas kira-kira tiga jam membaham seorang lelaki Orang Asli semalam, belum dapat dikenal pasti sama ada ia adalah antara tiga ekor harimau yang diburu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan di Pos Bihai, Gua Musang, sebelum ini.
Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan dan kawalan di kawasan perkampungan Orang Asli Pos Bihai susulan aduan terdapat tiga ekor harimau belang yang berkeliaran di kawasan itu sejak 10 Dis tahun lepas.
"Kita juga telah memasang tiga perangkap harimau belang (Perangkap Wahab) di Pos Bihai iaitu dua di Kampung Tendrik dan satu di Kampung Hak.
"Beberapa kaedah tangkapan turut digunakan seperti menggunakan tembak pelali dan pemasangan perangkap bagi meningkatkan lagi keberhasilan tangkapan harimau belang di perkampungan terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Hafid berkata pihaknya sentiasa memberikan talimat kepada penduduk kampung dari semasa ke semasa mengenai perjalanan operasi jabatan serta langkah berjaga-jaga ketika berada di luar kawasan rumah.
Dalam kejadian semalam, mangsa Anek Bin Along, 59, maut setelah dibaham harimau di Kampung Sau dekat Pos Bihai, pada pukul 9 pagi, semalam.
Dilaporkan kejadian berlaku ketika mangsa keluar membuang air kecil di belakang rumah manakala anak perempuannya sedang menumbuk padi di belakang rumahnya kira-kira pukul 9.10 pagi.
Namun, Perhilitan Kelantan terpaksa menembak mati harimau jantan berusia tiga tahun dan seberat 120 kilogram itu, selepas haiwan berkenaan cuba menyerang kakitangan Perhilitan semasa proses tangkapan dijalankan pada pukul 12.15 tengah hari, di kampung itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 08 2022
Identiti harimau belang yang ditembak mati selepas kira-kira tiga jam membaham seorang lelaki Orang Asli semalam, belum dapat dikenal pasti sama ada ia adalah antara tiga ekor harimau yang diburu Perhilitan. -Gambar hiasan/unsplash.com
CNN rancang berhentikan ratusan pekerja, beralih ke operasi digital
CNN turut merancang untuk memindahkan beberapa rancangannya dari Washington dan New York ke Atlanta bagi mengurangkan kos operasi produksi.
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Seorang maut, lelaki tikam secara rambang di stesen keretapi
Sekurang-kurang seorang maut, dua cedera selepas beberapa orang ditikam secara rambang pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api Jepun.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Cabaran digital dan realiti kehidupan pascaperang di Syria
Hanya sekitar 36% populasi Syria terhubung dengan internet, dengan kelajuan yang sangat rendah dan sering terganggu, terutama di kawasan luar bandar yang terjejas akibat konflik.
Lelaki kenya kerat bini, sumbat dalam beg galas
Polis Kenya menahan seorang lelaki didakwa membawa anggota badan isterinya yang telah dikerat-kerat dalam sebuah beg galas.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
AWANI Ringkas: Keputusan Jemaah Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perbuatan bakar anak hidup-hidup kejam - Bapa
Bapa kepada mangsa bunuh dibakar ketika hidup dalam rumah bersama bapa angkatnya, disifatkan sebagai perbuatan kejam.
KKM nilai beberapa faktor sebelum laksana WBB secara menyeluruh
Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) di fasiliti kesihatan kerajaan masih di peringkat percubaan dan hanya akan dilaksanakan secara menyeluuruh selepas mendapat repon positif daripada semua pihak.
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.
Identiti harimau mati ditembak selepas baham Orang Asli belum dikenal pasti - Perhilitan
Perhilitan telah memasang tiga perangkap harimau belang (Perangkap Wahab) di Pos Bihai iaitu dua di Kampung Tendrik dan di Kampung Hak.