ALOR GAJAH: Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh yang ditemukan berhampiran sebuah kebun kelapa sawit di Pulau Sebang di sini pada 16 Sept lepas telah dikenal pasti menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata identiti mayat berkenaan ialah merupakan lelaki tempatan iaitu R. Darvnrajh, 24, yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di Tampin, Negeri Sembilan sejak 10 Sept lepas.
"Pada 20 Sept lepas polis telah memperoleh keputusan DNA yang dijalankan ke atas pasangan suami isteri yang mengaku sebagai ahli keluarga R. Darvnrajh dan mendapati ia adalah sepadan dengan DNA mangsa.
"Justeru, satu operasi khas iaitu Op Kejam telah ditubuhkan melibatkan sepasukan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah bagi menajalankan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata menerusi Op Kejam yang dijalankan, enam individu berusia 18 hingga 26 tahun yang merupakan rakan mangsa ditahan di sekitar Tampin, Negeri Sembilan pada minggu lepas.
Katanya ujian saringan air kencing telah dijalankan ke atas kesemua enam suspek berkenaan dan mendapati mereka bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah.
Zainol berkata siasatan awal yang dijalankan terhadap kesemua suspek yang ditahan mendapati mangsa dibunuh ekoran dendam lama kerana suspek pernah ditahan disebabkan laporan polis dibuat keluarga mangsa berkaitan mercun pada perayaan Deepavali tahun lepas.
Beliau berkata kesemua suspek tersebut ditahan reman sehingga 24 Sep ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, sekiranya sabit kesalahan.
Pada Isnin, media melaporkan satu mayat tanpa identiti yang hampir reput dipercayai dibunuh, ditemukan berhampiran sebuah kebun kelapa sawit di Pulau Sebang di sini pada 16 Sept lepas.
Mayat dipercayai lelaki warga tempatan itu dijumpai kira-kira 10 pagi selepas orang awam terhidu bau busuk di tepi jalan berhampiran kebun kelapa sawit berkenaan dan hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian badan dan kepala mangsa dipercayai ditikam menggunakan objek tajam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023
Pada Isnin, media melaporkan satu mayat tanpa identiti yang hampir reput dipercayai dibunuh, ditemukan berhampiran sebuah kebun kelapa sawit di Pulau Sebang. (Gambar kecil R. Darvnrajh). - Foto Sinar Harian
Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih, tidur mengiring - Saksi
Jasad Zayn Rayyan berada dalam keadaan bersih serta tidur mengiring, dengan kakinya bengkok semasa ditemukan di atas timbunan pasir anak sungai berhampiran Apartment Idaman.
Kemboja sasar pertingkat sektor setaraf piawaian Bank Dunia
Chanthol menekankan kepentingan kerjasama berterusan dalam kalangan pihak berkepentingan yang berkaitan dan meminta sokongan Bank Dunia dalam menambah baik sektor logistik Kemboja.
Pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah
Seorang pegawai penguat kuasa direman bagi membantu siasatan kes meminta rasuah kira-kira RM5,000 daripada seorang wanita
Dasar fleksibel pacu pertumbuhan ekonomi Vietnam
Insentif cukai dan yuran yang dilaksanakan antara 2020 dan 2024 memberi sumbangan utama kepada pemulihan dan pembangunan sosio-ekonomi.
Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera
Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya anak rakannya yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Kadar pengangguran di Filipina menurun pada Disember
Insentif cukai dan yuran yang dilaksanakan antara 2020 dan 2024 memberi sumbangan utama kepada pemulihan dan pembangunan sosio-ekonomi.
Malaysia bersedia tangani cabaran geopolitik, ekonomi
Malaysia bersedia untuk menangani cabaran geopolitik dan ekonomi yang mendesak dengan menggariskan tiga keutamaan, sekaligus menafikan Kepengerusian ASEAN tidak mempunyai panduan dan hala tuju yang jelas.
Visi Komuniti ASEAN bakal dilancarkan
Ia yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau yang bersepadu dari aspek politik, ekonomi dan sosial, seterusnya menjadi contoh kepada dunia.
Singapura belanja S$150 juta naik taraf saliran
Buat masa ini terdapat 19 projek menaik taraf perparitan yang sedang dijalankan, dengan enam lagi dijangka dimulakan tahun ini.
Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau bersepadu.
Mayat hampir reput ditemui dalam belukar di Dungun
Mayat tanpa identiti itu dijumpai seorang penduduk ketika sedang mencari kayu di kawasan berkenaan pada kira-kira jam 3.20 petang.
Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh dikenal pasti - Polis
Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh yang ditemukan berhampiran sebuah kebun kelapa sawit pada 16 Sept lepas telah dikenal pasti.
Polis sahkan identiti mayat ditemui hampir reput dalam parit
Pihak polis mengesahkan identiti mayat seorang lelaki yang hampir reput di dalam parit merupakan seorang lelaki warga tempatan.
Mayat hampir reput ditemui terdampar di pantai Kampung Pasir Putih
Mayat hampir reput dengan bahagian anggota badan tidak lengkap dijumpai terdampar di pesisir pantai Kampung Pasir Putih, Marang.