SHAH ALAM: Identiti wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan disimen di dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang, Ahad lepas masih belum dapat dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata bedah siasat di Hospital Shah Alam mendapati punca kematian wanita yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ialah tekanan (compression) pada bahagian leher.
"Pakar forensik tidak dapat memastikan waktu kematian wanita itu kerana proses pereputan menjadi lambat bagi mayat yang berada dalam persekitaran seperti mana yang ditemukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis telah merakam percakapan 10 saksi, serta menahan reman seorang lelaki warga asing berumur 53 tahun sehingga 11 Dis ini bagi membantu siasatan, dan sedang berusaha mengesan dua lelaki, Ranjit Singh dan Mandeep Singh, yang pernah menyewa rumah berkenaan.
Cha berkata polis telah memohon bantuan daripada pejabat kedutaan serta polis antarabangsa (interpol) bagi mengesan dua lelaki berkenaan, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dengan menelefon 03-33762222 atau hubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023

Cha berkata bedah siasat di Hospital Shah Alam mendapati punca kematian wanita yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ialah tekanan (compression) pada bahagian leher. - Gambar fail/Sinar Harian
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Polis mohon bantuan kesan ibu muda bersama bayi dilaporkan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang ibu muda bersama bayi perempuannya yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari rumah di Felda Sungai Kelamah di sini, awal pagi semalam.

Lelaki cedera dalam kejadian tembakan di Klang
Seorang lelaki cedera di punggung sebelah kiri dalam kejadian tembakan di sebuah restoran di Lebuh Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, di Klang pada 2.15 pagi, Jumaat lepas.

Polis tahan tiga lelaki, selesai 13 kes curi kabel
Polis percaya dapat menyelesaikan 13 kes kecurian kabel di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) susulan penangkapan tiga lelaki tempatan di Jalan Bukit Panchor.

Remaja cedera dipukul angkara telefon bimbit
Polis menahan tiga pelajar sekolah di sekitar bandar Raub semalam kerana disyaki terlibat memukul seorang remaja lelaki hingga cedera, Jumaat lepas.

Penemuan pergelangan tangan manusia: Gaduh rebut kawasan dadah dipercayai punca kejadian
Abang Zainal Abidin berkata pihaknya menerima laporan berkaitan pergaduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap tiga lelaki berusia 26 hingga 30 tahun itu pada 11.03 pagi.

Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.

Suspek kes pukul pekerja krematorium ditahan reman
Seorang lelaki direman tiga hari kerana disyaki terbabit dalam kes pukul seorang pekerja sebuah kremotarium di Batu Gantung, semalam.

Pakaian Zayn Rayyan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis
Pakaian yang dipakai oleh Zayn Rayyan, ketika mayatnya ditemukan di aliran anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai di sini telah diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Polis tahan lelaki keluar kenyataan sokong hubungan diplomatik dengan Israel
Mohd Shuhaily berkata memandangkan kes itu masih dalam siasatan, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi mengenainya.

Identiti wanita yang mayatnya ditemukan disimen dalam kolah masih belum dikenal pasti
Identiti wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan disimen di dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang, Ahad lepas masih belum dapat dikenal pasti.