KOTA BHARU: Selain putu halba, ikan darat dan ubi 'tonyoh', ikan budu menjadi antara sajian pilihan penduduk Kelantan pada musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut ini.
Walaupun aroma ikan budu yang diperam antara enam hingga lapan bulan sangat kuat dan kurang menyenangkan, ia dianggap lauk yang cukup menyelerakan bagi penggemarnya.
Peniaga di Pasar Siti Khadijah, Rahmah Jaafar, 64, berkata sejak minggu lepas permintaan terhadap makanan bermusim itu meningkat sekali ganda.
"Dalam beberapa hari ini, ramai pelanggan yang datang mencari ikan budu, jadi saya tambah stok jualan sekali ganda iaitu kira-kira 30 bungkus sejak semalam.
"Memang setiap tahun bila musim banjir pelanggan akan beli dua atau tiga bungkus terus dan jualan kita cepat habis berbanding di luar musim monsun," katanya ketika ditemui Bernama di sini pada Sabtu.
Rahmah yang berniaga di pasar itu sejak 38 tahun lepas berkata bekalan diperoleh dari Pengkalan Kubor, Tumpat dan dijual pada harga antara RM5 hingga RM10 sebungkus bagi ikan budu kembung.
Seorang lagi peniaga, Husin Musa, 59, dari Kampung Suri, Tumpat berkata ikan budu menjadi pilihan pelanggan kerana produk itu mampu bertahan hingga berbulan-bulan.
"Pada musim tengkujuh biasanya ikan segar agak mahal atau sukar diperoleh, jadi penduduk menjadikan ikan budu sebagai alternatif selain ia sangat menjimatkan untuk dijadikan lauk bagi keluarga yang kurang berkemampuan," katanya.
Pelanggan, Amran Sidek, 46, berkata dia sentiasa menyimpan stok ikan budu sebagai persediaan setiap kali musim tengkujuh.
Bapa kepada enam anak itu berkata ikan budu yang digoreng bersama telur, bawang besar dan sedikit cili merupakan hidangan kegemaran mereka sekeluarga.
"Untuk beli ikan budu, kita kena pandai pilih kerana ikan budu yang terlampau masin atau diperap dalam tempoh yang agak lama kurang enak dimakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023
Siti Khadijah menunjukkan 'Ikan budu' yang menjadi antara menu pilihan penduduk Kelantan ketika musim tengkujuh. - Foto BERNAMA
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.
Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun
Mahkamah jatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 20 Januari lalu.
Tiga nelayan hilang di laut
Ketiga-tiga nelayan berkenaan iaitu dua warga tempatan dan seorang rakyat Thailand hilang bersama bot ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Kurau, Perak.
AWANI Ringkas: Elak salah laku oleh majikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ops Selamat 2025 catat penurunan kemalangan berbanding 2024
Sehingga hari kelima pelaksanaan Ops Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025, statistik kemalangan catat penurunan jumlah kemalangan berbanding Ops Selamat 21 Tahun Baharu Cina 2024.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Ikan budu lauk pilihan musim tengkujuh
Selain putu halba, ikan darat dan ubi 'tonyoh', ikan budu menjadi antara sajian pilihan penduduk Kelantan pada musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut ini.