PUTRAJAYA: Institut Kanser Negara (IKN) berharap bajet bagi rawatan kanser dapat ditingkatkan khusus untuk ubat-ubatan kerana berlakunya kekangan dari segi rawatan berikutan ubat-ubatan tidak dapat diberikan kepada setiap pesakit kerana harganya yang mahal.
Pengarahnya Dr Mohd Anis Haron@Harun berkata IKN menerima kira-kira RM80 juta untuk enam bulan pertama tahun ini yang digunakan bukan sahaja untuk ubat-ubatan tetapi juga emolumen, pembedahan dan lain-lain, namun jumlah itu dilihat tidak mencukupi kerana harga ubat-ubatan untuk rawatan kanser adalah mahal dan tidak dapat diberikan secara percuma kepada semua pesakit.
"Dengan bajet yang kami terima untuk enam bulan pertama ini lebih kurang RM80 juta, itu sahaja yang kita boleh belanjakan untuk ubat-ubat yang mahal. Ubat kanser terkenal mahalnya kecuali ubat generik yang menjadi lebih murah tetapi ubat-ubat terbaharu masih lagi mahal. Kami tidak mampu memberinya secara percuma jadi IKN berharap dapat bajet yang lebih tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas program World Cancer Day Fun Run 2023 yang dirasmikan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, di sini hari ini.
Dr Mohd Anis berkata bajet yang tinggi untuk ubat-ubatan diperlukan kerana ketika ini terdapat ubat tertentu seperti targeted therapy atau ubat sasaran yang menjadi kaedah pertama selain proses kimoterapi untuk rawatan kanser.
Beliau berkata IKN masih mengenakan kuota kepada pesakit terpilih dan keputusan itu dibuat pakar perubatan untuk kesesuaian ubat berkenaan dan proses itu bukan mudah kerana perlu mendapatkan kelulusan yang memerlukan dokumentasi lengkap bahawa pesakit itu sesuai untuk mendapatkan ubat berkenaan.
Sementara itu, Dr Mohd Anis berkata terdapat peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kanser ekoran promosi yang aktif dalam laman sosial dengan IKN menerima kemasukan pesakit luar sebanyak 51,000 orang dan pesakit dalam seramai 9,500 orang tahun lepas.
Beliau berkata kes-kes yang stabil akan dirujuk ke hospital lain supaya IKN dapat menerima kes-kes baharu.
Katanya, IKN akan memberi fokus kepada golongan pesakit yang datang pada peringkat lewat yang dilihat mencatat peningkatan iaitu kira-kira 40 peratus supaya golongan berkenaan datang untuk membuat saringan lebih awal.
Beliau berkata kanser paru-paru dilihat meningkat selama bertahun-tahun dengan pesakit berumur 40 tahun ke atas dan kanser yang paling lazim dalam kalangan lelaki ialah kanser kolorektal manakala bagi wanita pula ialah kanser payudara.
Dr Mohd Anis berkata IKN akan berusaha untuk terus meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan pencegahan dan saringan awal selain pemakanan sihat kerana kanser dapat dicegah dan dirawat dengan baik sekiranya dikesan awal.
Sementara itu, Dr Zaliha dalam ucapan ringkas berkata beban penyakit kanser dijangka terus meningkat disebabkan prevalen faktor-faktor risiko penyakit tidak berjangkit yanng tinggi dan populasi menua di Malaysia.
Namun demikian, beliau berkata berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, hampir 30 hingga 50 peratus penyakit kanser boleh dicegah melalui amalan pemakanan sihat, melakukan aktiviti fizikal, tidak merokok serta mengelakkan pengambilan alkohol secara berlebihan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023

Dr Mohd Anis Haron@Harun berkata IKN menerima kira-kira RM80 juta untuk enam bulan pertama tahun ini yang digunakan bukan sahaja untuk ubat-ubatan tetapi juga emolumen, pembedahan dan lain-lain. - Gambar/ Bernama

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Pelumba ‘motocross’ negara, Gabit kembali hidap kanser hidung
Pelumba motocross negara Muhamad Habibullah Mohd Saleh atau lebih dikenali sebagai Gabit, kembali menghidap kanser hidung selepas bebas daripada penyakit berkenaan pada 2023.

Keberkesanan, rawatan pesakit kanser di IKN lebih baik berbanding 10 tahun lepas
Pengesanan awal kanser paru-paru adalah projek kerjasama antara IKN dan Astra Zeneca menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

IKN perlu bajet lebih tinggi untuk ubat-ubatan kanser mahal
Institut Kanser Negara (IKN) berharap bajet bagi rawatan kanser dapat ditingkatkan khusus untuk ubat-ubatan.

Penyunting Bahasa Inggeris Bernama meninggal dunia akibat kanser
Muharyani meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi tadi di Institut Kanser Negara, Putrajaya selepas dimasukkan ke institut itu Ahad lepas.

IKN lancar Galeri Inspirasi Seni, beri semangat kepada pesakit kanser
Institut Kanser Negara (IKN) melancarkan Galeri Inspirasi Seni IKN bagi meraikan kekuatan dan kemandirian pesakit kanser dalam mengharungi penyakit berkenaan.

COVID-19: Muhyiddin tinjau kesiapsiagaan fasiliti PPV di Institut Kanser Negara
PM melawat Institut Kanser Negara bagi meninjau kesiapsiagaan bagi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Al-Quran suntik kekuatan spiritual, emosi depani COVID-19
Kakitangan dan pesakit HTAR, Klang dan IKN turut memanfaatkan sepenuhnya sumbangan wakaf al-Quran masing-masing berjumlah 160 naskhah untuk pengisian kerohanian serta rawatan penyembuhan emosi.

BN terus pastikan perkhidmatan kesihatan berkualiti untuk rakyat
Beliau berkata, sektor kesihatan merupakan dimensi yang sangat penting dalam usaha memastikan perkhidmatan itu berkualiti, serta antara yang terbaik di dunia.

Bekas KPN, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar, 66, meninggal dunia di Institut Kanser Negara, Putrajaya kira-kira pukul 8.45 pagi ini akibat kanser.