PUTRAJAYA: Elemen ilmu, adab dan akhlak perlu ada dalam sesebuah masyarakat Islam bagi mengelakkan situasi tegang akibat perbezaan pendapat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagi menyemai elemen berkenaan dalam kalangan masyarakat, Anwar berkata Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau sentiasa menjemput ulama terkenal dari dalam dan luar negara untuk menyebarkan ilmu melalui majlis agama yang diadakan secara berkala.
Beliau berkata sejarah membuktikan elemen berkenaan adalah perkara penting pada zaman Nabi Muhammad SAW ketika persiapan sebelum penghijrahan dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.
"Prinsip-prinsip ini jika diketepikan akan menyebabkan sesebuah masyarakat jadi tempang dan jatuhkan hukum sewenang-wenangnya.
"Kita (kerajaan) tekankan soal pendidikan dan kita guna dana untuk ilmu berkaitan Islam," katanya ketika berucap pada Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan di sini malam ini.
Perdana Menteri berkata umat Islam perlu menyelami sirah Islam untuk mengetahui sejarah perjuangan Nabi Muhammad dan para sahabat dalam pelbagai peristiwa penting Islam sebagai usaha mengelakkan perpecahan akibat perbezaan pendapat.
Bagi memperkasa ilmu, adab dan akhlak dalam kalangan masyarakat di negara ini, Anwar berkata beliau telah meminta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menterjemah kitab Adabul Insan Fil Islam untuk diedarkan secara percuma.
Beliau turut meminta supaya buku Adab Perbezaan Pendapat tulisan Sheikh Taha Jabir Fayyad al-Awani diterbitkan semula oleh Jakim sebagai antara usaha untuk membasmi perpecahan dan kehilangan adab akibat perbezaan pendapat.
Terdahulu, Anwar menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Masjid Putra yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Salahuddin Ghozali.
Perdana menteri turut menyerahkan surat lantikan sebagai Profesor Adjung Institut Peradaban Islam Antarabangsa dan Felo Kehormat Institut Kepimpinan Strategik Tun Ghazali Shafie kepada Mufti Besar India yang juga Pengasas Universiti Jamia Markaz di Kerala, India Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad.
Anwar turut menyaksikan pemeteraian perjanjian persefahaman di antara Kolej Universiti Yayasan Pahang dan Universiti Jamia Markaz.
Majlis itu bermula pada 2 petang dengan dua syarahan berkaitan sahih al-Bukhari yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Profesor Madya Dr Luqman Abdullah dan Penasihat Agama Presiden Mesir Sheikh Dr Usamah Sayyid Al-Azhari.
Majlis itu, yang dihadiri kira-kira 3,000 jemaah, diakhiri dengan solat Isyak secara berjemaah yang diimamkan oleh Penolong Pengarah Kanan Unit Pendidikan Masjid Putra Abdul Karim Zakaria.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Seminar Penghayatan Sahih Al-Bukhari dan Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra malam ini. - Foto BERNAMA
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Ilmu, adab dan akhlak perlu ada dalam masyarakat untuk elak situasi tegang - PM
Elemen ilmu, adab dan akhlak perlu ada dalam sesebuah masyarakat Islam bagi mengelakkan situasi tegang akibat perbezaan pendapat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.