Imam Besar Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Ekrima Said Sabri memuji peranan berterusan Malaysia membantu umat Islam Palestin khususnya dalam isu pembebasan Masjid Al-Aqsa.
Beliau berkata Malaysia bukanlah sebuah negara yang 'baharu' dalam membantu dan memperjuangkan isu-isu Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Tel Aviv malah, usaha dan peranan berterusan itu turut diterjemahkan dalam bentuk politik dengan tidak mengiktiraf Israel sebagai negara.
"Lihat pada pasport anda, ia tidak sah digunakan apabila berada di Israel. Ini menunjukkan bantuan Malaysia kepada Palestin bukan baharu.
"Kami juga menerima pelbagai bantuan lain sama ada dalam bentuk material atau kemanusiaan yang disalurkan Malaysia sama ada oleh kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan dari negara ini," katanya pada sidang media yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu selepas melancarkan Yayasan MyAQSA di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, pada Jumaat.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAQSA Noorazman Mohd Samsuddin.
Sheikh Ekrima berkata usaha membebaskan Masjid Al-Aqsa adalah tanggungjawab semua umat Islam kerana penguasaan ke atas masjid itu adalah sama penting seperti Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, yang diumpamakan sebagai kejayaan mempertahankan Palestin secara umum.
Beliau berkata pelancaran Yayasan MyAQSA akan memudahkan lagi usaha semua pihak menghulurkan bantuan kepada Palestin dan membantu mereka yang menjaga dan mengawal Masjid Al-Aqsa dalam usaha mengekalkan penguasaan umat Islam ke atas masjid itu.
"Dan dalam hal ini, kami hargai usaha yang dilakukan Malaysia dan MyAQSA...ini sekali gus menguatkan keazaman dan keyakinan kami bahawa sentiasa ada bantuan untuk kami dari Malaysia," katanya.
Sementara itu, Noorazman berkata penubuhan Yayasan MyAQSA mendapat sokongan penuh kerajaan serta beberapa pihak lain sekali gus memudahkan pihaknya memastikan agenda menjadi platform peneraju dan penyatu ummah untuk visi pembebasan Al-Aqsa dapat disempurnakan.
Beliau berkata objektif penubuhan Yayasan MyAQSA adalah bagi membentuk jaringan kerjasama pintar antara badan bukan kerajaan dengan pihak kerajaan demi membela umat Islam di dalam dan luar negara terutamanya di Palestin.
Ia juga bagi meningkatkan tahap kesedaran mengenai nasib dan masa depan Masjid Al-Aqsa sebagai satu daripada tempat suci umat Islam yang mesti dipertahankan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2017

Sheikh Dr Ekrima menerima cenderahati daripada Noorazman selepas melancarkan Yayasan MyAQSA di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jumaat. Turut hadir Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Wan Zahidi Wan Teh (kiri). --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Hari Raya Aidiladha disambut meriah di seluruh negara
Di ibu negara, ribuan umat Islam dalam kalangan warga tempatan mahupun warga asing menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara.

Imam Besar Masjid Al-Aqsa puji Malaysia bantu Palestin
Beliau berkata Malaysia bukanlah sebuah negara yang 'baharu' dalam membantu dan memperjuangkan isu-isu Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Tel Aviv.

Bilik wuduk VVIP: Imam Besar Masjid Negara beri penjelasan
Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menjelaskan foto-foto itu telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak.

Mayat mangsa nahas boleh dibiarkan tenggelam dalam laut, kata Imam Besar
Jenazah mangsa nahas pesawat AirAsia yang rosak hingga tidak boleh dikenalpasti boleh dibiarkan tenggelam di dalam laut, kata Imam Besar.