BATU PAHAT: Seorang imam dan bilal di Surau Haji Taha di Kampung Sungai Lurus Darat, Senggarang, dekat sini meninggal dunia kurang 12 jam selepas isterinya kembali ke Rahmatullah pada Rabu.
Isterinya, Hafsah Ahmad, 83, menghembuskan nafas terakhir terlebih dahulu pada jam 1.45 pagi di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini kerana angin ahmar selain menghidap ketumbuhan di otak.
Muhammad Nasir, 81, atau lebih dikenali sebagai Haji Ali dalam kalangan penduduk Kampung Sungai Lurus Darat pula meninggal dunia pada jam 1.05 petang hari sama iaitu beberapa jam selepas isterinya itu selamat dikebumikan pada jam 11.30 pagi.
Menurut anak saudara kepada pasangan tersebut, Jailan Salikin, 64, dia mengetahui berkenaan perkara itu selepas beberapa jam Allahyarham Hafsah selamat dikebumikan.
"Saya mendapat panggilan memaklumkan Haji Ali pula meninggal dunia. Sebelum itu, arwah dilihat agak gelisah selepas isterinya dimasukkan ke wad.
"Sebelum pemergiannya, Haji Ali kelihatan sihat. Pada Isnin lalu, isterinya ketika itu sedang mendapat rawatan di HSNI dan arwah meminta izin mahu menziarah.
"Haji Ali risau kerana isterinya baru menjalani pembedahan. Bagaimanapun, sebaik melihat keadaan isterinya, arwah tiba-tiba pengsan.
"Haji Ali dimasukkan ke wad disebabkan tekanan darah rendah. Pagi semalam, arwah mendapat tahu isterinya sudah tiada," katanya yang turut memaklumkan pasangan berkenaan adalah pesara tentera dan guru agama.
Menurut Jailan, sepanjang hayatnya, pasangan itu sentiasa bersama termasuk ke surau.
Sementara itu, kariah Surau Haji Taha, Abdul Rahman Masrikin berkata, sepanjang hayatnya, arwah yang juga bendahari surau adalah penyumbang tetap yang sama-sama melunaskan bil elektrik dan air rumah ibadat berkenaan.
"Pasangan ini banyak memainkan peranan menghidupkan surau dengan pelbagai aktiviti hingga menarik kehadiran lebih ramai jemaah.
"Saya sudah lama mengenali mereka. Kedua-duanya cukup pemurah selain disenangi kariah dan jemaah di surau ini," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 22 2023

Muhammad Nasir meninggal dunia kurang 12 jam selepas isterinya, Hafsah Ahmad kembali ke Rahmatullah pada Rabu. - Foto Sinar Harian

Menteri New Zealand lepaskan jawatan selepas insiden letak tangan di lengan kakitangan
Andrew Bayly kesal dengan tingkah lakunya yang dianggap beliau sebagai "agak berlebihan."

Manchester United akan hentikan 150 hingga 200 lagi pekerja
Manchester United telah mengalami kerugian selama lima tahun berturut-turut dan perkara itu tidak boleh berterusan, kata CEO, Omar Berrada.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas. #AWANInews
Dewan Rakyat: isu RUU pembaharuan semula bandar, banjir antara tumpuan hari ini
Isu berkait cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar dan langkah proaktif bagi menangani banjir pada musim monsun dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Amerika tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB
Keputusan AS tolak resolusi yang disokong Ukraine itu meletakkan Washington dalam kedudukan bertentangan dengan sekutu tradisionalnya di Eropah.
Pasca perang Syria: EU gantung sebahagian sekatan terhadap Syria
Kesatuan Eropah (EU) menggantung pelbagai sekatan terhadap Syria berkuat kuasa serta-merta pada Isnin, termasuk sekatan berkaitan tenaga, perbankan, pengangkutan, dan pembinaan semula.
A.S tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB
Amerika Syarikat bergabung dengan Rusia untuk mengundi menentang resolusi Perhimpunan Agung PBB yang mengutuk perang Rusia terhadap Ukraine pada Isnin, dalam perubahan mengejut daripada dasar Amerika Syarikat selama bertahun-tahun.
Konflik di Ukraine: Trump: Putin terima cadangan eropah hantar pasukan pengaman
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin, menerima cadangan Eropah untuk menghantar pasukan pengaman ke Ukraine sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata.

Muat naik kandungan palsu Majlis Raja-Raja: Individu gagal hadir ke mahkamah ditangkap
Tangkapan terhadap individu itu dilakukan sejurus waran tangkap dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Sepang pada Isnin.

Agong zahir ucapan tahniah kepada JDT juarai Liga Super 2024-2025
Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak JDT FC atas kejayaan mereka menjuarai Liga Super 2024-2025.

Imam rebah, meninggal dunia ketika solat subuh di masjid
Imam rebah, meninggal dunia ketika solat Subuh di masjid

Imam yang ditembak di luar masjid New Jersey meninggal dunia
Imam Hassan Sharif ditembak dalam insiden yang berlaku di luar masjid Masjid Muhammad-Newark sekitar pukul 6 pagi Rabu.

'Arwah amal mengaji al-Quran setiap kali selesai solat' - Balu imam
Mengaji al-Quran setiap kali selepas selesai solat fardu lima waktu dan solat sunat menjadi amalan sepanjang hayat Allahyarham Imam Tua Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor di sini.

Imam dijemput Ilahi kurang 12 jam selepas isterinya meninggal
Seorang imam dan bilal di Surau Haji Taha di Kampung Sungai Lurus Darat, Senggarang, Batu Pahat meninggal dunia kurang 12 jam selepas isterinya kembali ke Rahmatullah pada Rabu.