KUALA LUMPUR: Ringgit mengalami sedikit peningkatan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, dengan kebanyakan peniaga tidak sabar-sabar menantikan imbuhan daripada Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
Pada 6.02 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.7255/7310 berbanding dolar AS daripada 4.7295/7335 pada penutup semalam.
Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, pasaran mata wang kini menggunakan pendekatan tunggu dan lihat.
"Pasaran pertukaran mata wang asing menjangkakan belanjawan yang akan datang tidak melibatkan rangsangan fiskal yang berlebihan. Ia sebaliknya akan menumpukan pada pengagihan semula dasar, seperti mengurangkan subsidi untuk golongan kaya dan menyediakan bantuan kewangan kepada golongan kurang berkemampuan.
"Namun begitu, peralihan hala tuju dasar ini mungkin memberi manfaat kepada ekonomi dan mungkin membuahkan hasil positif untuk ringgit apabila kebimbangan berkaitan belanjawan kembali mereda," katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding yen kepada 3.1740/1779 daripada 3.1716/1745 pada penutup Isnin, jatuh berbanding euro kepada 5.0095/0153 daripada 4.9811/9853 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.7982/8049 daripada 5.7634/7682.
Mata wang tempatan itu diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean lain.
Ia lemah berbanding baht Thailand kepada 12.8571/8773 daripada 12.7435/7588 pada penutup Isnin dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4619/4662 daripada 3.4542/4574. Ia juga susut berbanding peso Filipina kepada 8.31/8.32 berbanding 8.30/8.31 sebelum ini.
Bagaimanapun, ia naik berbanding rupiah Indonesia kepada 300.1/300.8 daripada 301.3/301.7 pada penutup semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
![Imbuhan dalam belanjawan dorong ringgit ditutup tinggi Imbuhan dalam belanjawan dorong ringgit ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671536812_TBringgitmalaysia.jpg)
Pada 6.02 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.7255/7310 berbanding dolar AS daripada 4.7295/7335 pada penutup semalam. - Gambar fail/Bernama
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729052024_ringgitduit.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4330/4465 berbanding dolar US daripada 4.4365/4400 ketika ditutup semalam.
![Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724203623_malaysiaringgitus.jpg)
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pembetulan pasaran menyokong peningkatan ringgit memandangkan peniaga menyesuaikan kedudukan mereka berikutan turun naik pasaran mata wang.
![Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7180/7210 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7200/7225 pada Selasa.
![Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705320699_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.12 pagi, ringgit turun kepada 4.7195/7230 berbanding dolar AS daripada 4.7140/7185 ketika ditutup pada Rabu.
![Imbuhan dalam belanjawan dorong ringgit ditutup tinggi Imbuhan dalam belanjawan dorong ringgit ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671536812_TBringgitmalaysia.jpg)
Imbuhan dalam belanjawan dorong ringgit ditutup tinggi
Ringgit mengalami sedikit peningkatan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, dengan kebanyakan peniaga tidak sabar-sabar menantikan imbuhan daripada Belanjawan 2024.
![Ringgit dijangka terus berada dalam aliran menurun minggu depan Ringgit dijangka terus berada dalam aliran menurun minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686738011_RINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dijangka terus berada dalam aliran menurun minggu depan
Kenaikan 50 mata asas yang mengejutkan oleh Bank of England serta pendirian menaikkan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat akan berterusan buat masa ini.
![Jepun sedia campur tangan sekali lagi dalam pasaran mata wang Jepun sedia campur tangan sekali lagi dalam pasaran mata wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664181426_TBJapanFlag.jpg)
Jepun sedia campur tangan sekali lagi dalam pasaran mata wang
Jepun bersedia untuk campur tangan sekali lagi dalam pasaran mata wang jika perlu dan terus memantau pasaran dengan lebih teliti, lapor Xinhua.