Imej negara dilihat bergantung sepenuhnya kepada cara kerajaan mengendalikan cabaran ribuan pelarian Rohingya yang kini terkandas dan berada di kapal-kapal kecil di Lautan Andaman.
Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj berkata, seandainya cara negara mengendalikan isu ini masih dilihat kurang berkemanusiaan, ia sekali gus akan menjejaskan imej negara di mata antarabangsa.
"Negara kita telah turun ke peringkat ketiga dalan isu pemerdagangan orang pada tahun lalu. Jika cara kita mengendalikan isu pelarian Rohingya dipandang kurang berperikemanusiaan, ia akan menjejaskan imej negara di kalangan antarabangsa.
"Ia adalah ajaran semua agama yang dianuti oleh rakyat negara ini bahawa kita harus menghulurkan bantuan kepada mereka yang tertindas dan dianiaya. Pelarian ini merupakan kumpulan yang amat dianiaya dan mungkin menghadapi maut jika masalah mereka tidak dikendalikan secara baik.
"Banjiran beribu-ribu pendatang asing daripada Myanmar boleh membawa penyakit berjangkit ke kalangan rakyat kita. Ia sekali gus membebankan sistem kesihatan dan mengakibatkan kos besar kepada negara," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Jeyakumar mengulas insiden ribuan pelarian Rohingya yang kini terkandas di kapal-kapal kecil dari Myanmar ke negara ASEAN yang lain.
Tegasnya, keengganan negara-negara ASEAN untuk menerima pendatang daripada Myanmar sebagai pelarian sedang menjejaskan keselamatan dan nyawa keluarga yang berada di dalam kapal kecil yang sedang belayar ke negara ini dan Sumatera.
FOTO : Pelarian Rohingya di perairan Thailand
Oleh itu jelasnya, negara harus membuat pendekatan terhadap pelarian Rohingya kepada prinsip-prinsip kemanusiaan di mana keselamatan dan kesihatan pendatang asing harus diberi keutamaan.
"Polisi menghalang mereka mendarat di negara ini adalah pendekatan yang tidak bertanggungjawab dan akan memburukkan imej negara di mata antarabangsa.
"Negara harus menganjurkan perbincangan dengan negara-negara ASEAN lain supaya beban mengendalikan krisis kemanusiaan pelarian Myanmar dapat dipikul bersama secara bertanggungjawab, selaras dengan semangat solidariti ASEAN.
"Isu disksriminasi terhadap Rohingya tidak boleh dianggap sebagai isu domestik negara Myanmar yang tidak boleh disentuh oleh negara jiran kerana isu ini telah menjadi masalah pelarian dalam skala besar. ASEAN harus berbincang dengan Myanmar untuk mengatasi masalah keganasan terhadap Rohingya," ujarnya.
BACA: Isu Rohingya: ASEAN harus panggil mesyuarat tergempar - Tun M
Katanya lagi, pihak penguatkuasa juga harus menggunakan kesempatan ini untuk menyiasat secara teliti kumpulan penyeludup manusia mencari keuntungan daripada kesengsaraan satu kaum yang menghadapi diskriminasi di negara asal nereka.
"Satu jawatankuasa bipartisan juga harus diwujudkan untuk mencari penyelesaian sama ada pendatang yang masuk ke negara ini disebabkan mencari kerja atau menjadi pelarian," jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Tue May 19 2015

JEYAKUMAR: Pihak penguatkuasa juga harus menggunakan kesempatan ini untuk menyiasat secara teliti kumpulan penyeludup manusia mencari keuntungan daripada kesengsaraan satu kaum. - Gambar Fail

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.

Imej negara bergantung cara mengendalikan isu Rohingya - Jeyakumar
Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj berkata, seandainya cara negara mengendalikan isu ini masih dilihat kurang berkemanusiaan, ia sekali gus akan menjejaskan imej negara di mata dunia.