JOHOR BAHRU: Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia (IMFC) di Johor yang dijangka siap pada tahun ini dilihat berpotensi untuk menarik lebih ramai pelabur baharu melabur di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pusat sehenti itu merupakan kerjasama antara Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan kerajaan negeri yang akan menjadi pencetus perubahan dan pemangkin kepada peningkatan ekonomi negeri Johor.
"Seperti dalam pertemuan dengan Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada minggu lepas, Johor bakal mewujudkan satu pusat fasilitasi pelaburan.
"Semua agensi Persekutuan dan negeri yang bersangkut paut dengan pelaburan akan ada satu pusat sendiri, ini adalah yang pertama dalam negara. Sebelum ini, di Kuala Lumpur, IMFC memang sudah diwujudkan tetapi tiada kolaborasi dengan agensi dari kerajaan negeri.
"Ini antara kerjasama khas ini dan kita sasar pada tahun ini akan siap yang akan memudahkan pelabur seperti disebut pada pengumuman penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebelum ini," katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan kerja di Pencawang Masuk Utama (PMU) Kota Masai dan Empangan Layang di Pasir Gudang di sini.
Pada bulan lepas, memorandum persefahaman (MoU) JS-SEZ antara Malaysia dan Singapura telah dimeterai yang menggariskan beberapa inisiatif dalam membina ke arah zon ekonomi.
Sementara itu, Onn Hafiz berkata konsep Johor Fast Lane yang bertujuan mengurangkan kerenah birokrasi dalam urusan perniagaan di sini turut menjadi faktor pelabur untuk melabur di negeri ini.
Menurutnya, pada tahun lepas, Johor berjaya menarik 30 pelabur di empat pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui Johor Fast Lane.
"Konsep itu bermula melalui Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) sebelum diperluaskepada PBT lain.
"Pada masa ini, empat majlis tempatan iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan MPKu telah melaksanakan konsep itu secara agresif," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Onn Hafiz menegaskan bekalan elektrik dan air di Johor yang berada pada tahap lebih daripada mencukupi akan turut meningkatkan keyakinan pelabur untuk melabur di negeri ini.
"Bekalan elektrik di seluruh Johor mempunyai kapasiti terpasang sebanyak 10,476 megawatt (mw), jauh lebih tinggi berbanding permintaan maksimum, 2,804 mw. Lebihan sebanyak 75 peratus bekalan elektrik boleh dimanfaatkan oleh pelbagai sektor ekonomi di Johor termasuk kawasan perindustrian.
"Bagi bekalan air, Ranhill SAJ memaklumkan terdapat 16 projek sedang berjalan termasuk tiga projek dalam bentuk kajian manakala 13 projek sudah mempunyai peruntukan pelaksanaan. Dari segi jangka pendek dan sederhana, permohonan perindustrian untuk air ini mencukupi.
"Satu daripada 13 projek ini telah siap, bakinya akan siap secara berperingkat pada tahun ini dan tahun depan dengan penambahan kapasiti bekalan air sebanyak 1,170 juta liter sehari. Ia akan menambah rizab air kita sebanyak 18 peratus. Ia adalah berita baik.
"Kita menggalakkan pemain industri dan pelabur untuk melihat Johor sebagai lokasi destinasi utama dalam pelaburan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (tiga, kiri) mendengar penerangan ketika melawat Pencawang Masuk Utama (PMU) pada lawatan kerja berkaitan kemampuan menyediakan bekalan tenaga elektrik ksemua sektor di PMU hari ini. - Foto Bernama

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mogok di Lapangan Terbang Munich jejaskan 80 peratus penerbangan
Syarikat penerbangan membatalkan 80 peratus penerbangan berjadual pada Khamis dan Jumaat.

Buka aib pasangan di media sosial bawa fitnah, perpecahan dalam keluarga - Mohd Na'im
Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
#AWANITonight with Faye Kwan
-Govt mulls congestion charges in major cities to ease traffic
-M’sia Education Blueprint: Assessing 12 years of progress, challenges
-Govt mulls congestion charges in major cities to ease traffic
-M’sia Education Blueprint: Assessing 12 years of progress, challenges
AWANI Ringkas 27 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 27 Februari 2025
1️⃣ Polis kejar pajero, rampas 200Kg syabu
2️⃣ SPRM reman 5 penjawat awam berkaitan kilang e-waste
3️⃣ Peguam negara perlu kemuka pertuduhan baharu terhadap Najib
#awaniringkas
1️⃣ Polis kejar pajero, rampas 200Kg syabu
2️⃣ SPRM reman 5 penjawat awam berkaitan kilang e-waste
3️⃣ Peguam negara perlu kemuka pertuduhan baharu terhadap Najib
#awaniringkas

Malaysia sokong penuh keanggotaan Timor-Leste dalam ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia telah berperanan penting dalam memasukkan beberapa negara anggota ASEAN lain menyertai blok serantau ini.
AWANI Ringkas: polis kejar pajero, rampas 200kg syabu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [27/2/2025] – Nilai kemanusian dalam dunia Islam| Rakam keterangan saksi| Mayat tersangkut pada pokok tepi sungai| Sedang rangka mekanisme
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Pemimpin Islam utama kepentingan peribadi, kepercayaan makin terhakis
-SPRM panggil lapan lagi saksi, siasatan rasuah empat bekas pegawai Ismail Sabri
-Kehilangan dan kematian ada keraguan, polis siasat ibu bapa Hud Aryan
-Sasaran subsidi petrol RON95, dijangka pertengahan tahun ini
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Pemimpin Islam utama kepentingan peribadi, kepercayaan makin terhakis
-SPRM panggil lapan lagi saksi, siasatan rasuah empat bekas pegawai Ismail Sabri
-Kehilangan dan kematian ada keraguan, polis siasat ibu bapa Hud Aryan
-Sasaran subsidi petrol RON95, dijangka pertengahan tahun ini

IMFC Johor dijangka siap tahun ini, bakal tarik lebih ramai pelabur - MB
Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor yang dijangka siap pada tahun ini dilihat berpotensi untuk menarik lebih ramai pelabur baharu.