JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menggagalkan cubaan sepasang suami isteri memperoleh Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) melalui pemalsuan identiti di Kulai, semalam.
Pengarah JIM Johor Baharuddin Tahir berkata pegawai bertugas telah mengesan perbuatan pasangan warga tempatan itu yang menggunakan dokumen diri milik anak mereka untuk memohon PMA bagi seorang kanak-kanak lelaki warga Sri Lanka, dengan disyaki menerima sejumlah bayaran daripada seorang individu yang masih bebas.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 10 pagi di Pejabat JIM Cawangan Kulai itu, kanak-kanak lelaki warga asing itu gagal untuk menjawab beberapa pertanyaan yang dikemukakan, sekali gus menimbulkan rasa curiga kepada pegawai bertugas.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bahawa kanak-kanak itu tidak bersekolah seperti yang dinyatakan dan tidak boleh berbahasa Melayu, serta hanya menjawab soalan apabila ditanya dalam Bahasa Inggeris.
"Justeru, pasangan terbabit ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 (A) Akta Pasport 1966," katanya dalam kenyataan hari ini.
Baharuddin berkata JIM tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil untuk menjalankan urusan imigresen dan menegaskan kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan janji manis diberikan pulangan lumayan dengan menjual dokumen diri atau bakal berdepan hukuman berat.
"JIM menyeru orang ramai tampil menyalurkan maklumat sekiranya terdapat kegiatan yang menyalahi undang-undang dalam usaha memastikan keamanan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023
Beliau berkata dalam kejadian di Pejabat JIM Cawangan Kulai itu, kanak-kanak lelaki warga asing itu gagal menjawab beberapa pertanyaan, sekali gus menimbulkan rasa curiga. - Gambar fail/Bernama
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Imigresen gagalkan cubaan suami isteri mohon pasport Malaysia melalui pemalsuan identiti
Jabatan Imigresen Johor gagalkan cubaan sepasang suami isteri memperoleh pasport Malaysia melalui pemalsuan identiti di Kulai.
Tambahan pegawai Imigresen di pintu masuk Malaysia-Singapura dari 8-10 Mei
Jabatan Imigresen Negeri Johor akan menghantar pegawai dan anggota tambahan di kedua-dua pintu masuk Malaysia-Singapura bermula 8 hingga 10 Mei sempena hari mengundi nanti.