JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor akan mencari pendekatan dan formula terbaik bagi menambah baik kemudahan dan sistem di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.
Pengarahnya Baharuddin Tahir berkata tindakan itu selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang dizahirkan baginda menerusi satu perbincangan di sini semalam.
"Tuanku bertitah untuk menambah baik kemudahan, sistem dan banyak lagi berkaitan perjalanan keluar dan masuk di CIQ BSI dan KSAB kerana kita tahu pintu masuk ini antara yang sibuk di dunia serta menyumbang dan menjana ekonomi negara.
"Sehubungan itu, saya telah mengarahkan pegawai saya untuk berbincang dan mencari pendekatan, kaedah dan formula yang terbaik," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah Tunku Mahkota Ismail dalam pertemuan itu yang turut dihadirinya semalam.
Semalam, Tunku Mahkota Ismail berkenan membincangkan pelbagai isu di dua pintu masuk laluan darat antara Malaysia dan Singapura dan perbincangan itu turut melibatkan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani.
Menurut hantaran Facebook Tunku Mahkota Ismail, perbincangan itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh serta delegasi JIM dan Kementerian Dalam Negeri.
Menurut hantaran itu, pelbagai isu terkini telah disampaikan dan dibincangkan khususnya urusan operasi imigresen, pemprosesan trafik harian, purata masa menunggu untuk pemeriksaan imigresen serta penambahbaikan yang perlu di CIQ BSI dan KSAB.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
![Imigresen Johor cari pendekatan, formula tambah baik sistem CIQ BSI dan KSAB Imigresen Johor cari pendekatan, formula tambah baik sistem CIQ BSI dan KSAB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693902236_JBSentral.jpg)
Kemudahan dan sistem di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) perlu ditambah baik. - Astro AWANI
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Srettha bertemu Anwar di wilayah selatan bincang keselamatan sempadan Srettha bertemu Anwar di wilayah selatan bincang keselamatan sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697078017_SretthaThavisin.jpg)
Srettha bertemu Anwar di wilayah selatan bincang keselamatan sempadan
Srettha akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di wilayah selatan untuk membincangkan isu keselamatan sempadan dan dwikewarganegaraan.
![Sistem kod QR akan diguna pakai di CIQ BSI, KSAB mulai 1 Jun Sistem kod QR akan diguna pakai di CIQ BSI, KSAB mulai 1 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716798556_FadillahYusof.jpg)
Sistem kod QR akan diguna pakai di CIQ BSI, KSAB mulai 1 Jun
Sistem kaedah Kod Respons Pantas (QR) akan mula diguna pakai bagi pelepasan Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KS
![Imigresen Johor cari pendekatan, formula tambah baik sistem CIQ BSI dan KSAB Imigresen Johor cari pendekatan, formula tambah baik sistem CIQ BSI dan KSAB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693902236_JBSentral.jpg)
Imigresen Johor cari pendekatan, formula tambah baik sistem CIQ BSI dan KSAB
Tindakan itu selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang dizahirkan baginda menerusi satu perbincangan pada Selasa.
![PM Anwar bertemu PM Thailand di Sadao PM Anwar bertemu PM Thailand di Sadao](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701068540_TBPMjpg.jpg)
PM Anwar bertemu PM Thailand di Sadao
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Thailand, Srettha Thavisin.
![Peruntukan RM168.70 juta bagi atasi kesesakan di pintu masuk negara - Fadillah Peruntukan RM168.70 juta bagi atasi kesesakan di pintu masuk negara - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696826499_tbPutrajayaFadilla.jpg)
Peruntukan RM168.70 juta bagi atasi kesesakan di pintu masuk negara - Fadillah
Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan kira-kira RM168.70 juta dalam usaha mengatasi kesesakan di pintu-pintu masuk negara.
![KDN teliti cadangan buka semula jalan pintas pejalan kaki di CIQ BSI KDN teliti cadangan buka semula jalan pintas pejalan kaki di CIQ BSI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691590903_SaifuddinNasutionI.jpg)
KDN teliti cadangan buka semula jalan pintas pejalan kaki di CIQ BSI
KDN meneliti cadangan membuka semula 'jalan pintas' di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru.
![PRK Pulai: 30 peratus pengundi bekerja di Singapura, beberapa kaunter akan dibuka PRK Pulai: 30 peratus pengundi bekerja di Singapura, beberapa kaunter akan dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693880504_PRKPulai.jpg)
PRK Pulai: 30 peratus pengundi bekerja di Singapura, beberapa kaunter akan dibuka
Usaha itu dilakukan bagi memastikan sekitar 30 peratus pengundi Parlimen berkenaan dapat pulang pada hari mengundi ini.
![Pengoperasian CIQ BSI, KSAB semakin cekap - MB Johor Pengoperasian CIQ BSI, KSAB semakin cekap - MB Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688485188_OnnHafizGhazi.jpg)
Pengoperasian CIQ BSI, KSAB semakin cekap - MB Johor
Pengoperasian Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri dilihat semakin cekap dan baik.
![Dua lagi warga asing ditahan kencing di tempat awam BSI Dua lagi warga asing ditahan kencing di tempat awam BSI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666069039_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Dua lagi warga asing ditahan kencing di tempat awam BSI
Dua lelaki warga asing ditahan kerana kencing di tempat awam di dalam bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Selasa lepas.
![Kerajaan negeri tidak 'hangat-hangat tahi ayam' atasi kesesakan BSI, KSAB - Onn Hafiz Kerajaan negeri tidak 'hangat-hangat tahi ayam' atasi kesesakan BSI, KSAB - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686804680_pejabatMBJohor.jpg)
Kerajaan negeri tidak 'hangat-hangat tahi ayam' atasi kesesakan BSI, KSAB - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata dia sendiri telah turun padang sebanyak 60 kali ke CIQ BSI dan 14 kali ke CIQ KSAB sehingga kini.