JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 120 lelaki warga asing selepas disyaki gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa dalam operasi di kawasan kuarters pekerja di tapak perkilangan Ulu Choh, di Iskandar Puteri, awal pagi tadi.
Pengarah JIM Johor Baharuddin Tahir berkata serbuan pada 1.42 pagi itu susulan aduan awam mengenai kewujudan premis tersebut yang menempatkan pekerja asing kilang konkrit.
Beliau berkata operasi itu melibatkan 140 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasa Negeri, serta pegawai Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada 108 warga Bangladesh, Pakistan (lapan), India (dua), masing-masing satu dari Nepal dan Indonesia, dengan kesemuanya berusia lingkungan 22 hingga 50 tahun," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata lokasi serbuan yang berada jauh dari laluan utama, merupakan kawasan penempatan pekerja dan tapak perkilangan bahan binaan yang dikelilingi ladang kelapa sawit selain terdapat lebih 30 kontena dan bahan cerucuk besi membahayakan.
Dalam kes berasingan, Baharuddin berkata seorang lelaki tempatan yang juga penjaga premis dan sembilan wanita warga Vietnam berkhidmat sebagai tukang urut, ditahan kerana dipercayai bekerja tanpa permit sah dalam Ops Gegar dan Ops Sapu di dua premis pusat urutan refleksologi sekitar bandar raya ini, pada 4 petang tadi.
"Kesemua wanita Vietnam berusia 22 hingga 38 tahun itu didapati menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) serta tinggal lebih masa di Malaysia.
"Tindakan itu diambil susulan aduan awam menyatakan terdapat beberapa warga asing melakukan perbuatan tidak bermoral dan menyalahi undang-undang di negeri ini," katanya.
Baharuddin berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama, serta Peraturan 11(7)(a) dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Beliau berkata lelaki tempatan tersebut pula ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing.
"Orang ramai dan majikan di negeri ini diingatkan supaya tidak melindungi pendatang asing termasuk mengambil pendatang asing untuk bekerja dan sekiranya ia berlaku, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024
![Imigresen Johor tahan 120 warga asing disyaki tiada dokumen perjalanan sah Imigresen Johor tahan 120 warga asing disyaki tiada dokumen perjalanan sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704121202_BaharuddinTahirPe.jpg)
Baharuddin berkata lelaki tempatan tersebut pula ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing. - Gambar Bernama
Grab x GoTo: Gabungan Strategik atau Risiko Tinggi?
Penggabungan Grab dan GoTo dijangka mengubah landskap superapp di ASEAN. Adakah ini langkah strategik untuk keuntungan mampan atau sekadar usaha bertahan? Kupas cabaran, peluang, serta impaknya terhadap pengguna, pelabur, dan ekosistem digital serantau.
![Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707719807_SST.jpg)
Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF
Kerajaan sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan pihak industri bagi memuktamadkan skop dan kadar cukai yang terlibat.
Masa depan sistem kesihatan Malaysia: Dari polisi ke transformasi
Kesihatan bukan sekadar rawatan, ia tentang inovasi, polisi yang kukuh, dan akses untuk semua. Future Healthcare Asia 2025 akan menghubungkan pemimpin kesihatan untuk membincangkan cabaran terbesar dalam sektor ini, daripada kekurangan tenaga kerja hingga kepada integrasi teknologi dalam sistem perubatan. Sertai perbincangan untuk mengetahui lebih lanjut bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre for Health and Social Policy, Azrul Mohd Khalib.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
![Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738891696_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.
Malaysia Berpotensi Jadi Hab Semikonduktor Global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib.. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
![Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.
![Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695453945_PelajarUniversiti.jpg)
Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT
Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2025/2026 melalui UPUOnline dibuka mulai 10 Februari hingga 14 Mac 2025 untuk Fasa Pertama.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [7 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
![NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738889455_TBNCAA.jpg)
NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump
"Seorang atlet pelajar yang ditetapkan sebagai lelaki semasa lahir tidak dibenarkan bertanding dalam pasukan wanita."
![Imigresen Johor tahan 120 warga asing disyaki tiada dokumen perjalanan sah Imigresen Johor tahan 120 warga asing disyaki tiada dokumen perjalanan sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704121202_BaharuddinTahirPe.jpg)
Imigresen Johor tahan 120 warga asing disyaki tiada dokumen perjalanan sah
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 120 lelaki warga asing selepas disyaki gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa
![Tanah runtuh Puchong: Pemasangan cerucuk besi dijangka siap empat hari - MBSJ Tanah runtuh Puchong: Pemasangan cerucuk besi dijangka siap empat hari - MBSJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703063320_TBTANAHRUNTUHPUC.jpg)
Tanah runtuh Puchong: Pemasangan cerucuk besi dijangka siap empat hari - MBSJ
Setakat hari ini sebanyak 121 daripada 375 cerucuk telah selesai ditanam.
![Tanah runtuh Taman Wawasan: 375 cerucuk besi ditanam, kukuhkan struktur tanah Tanah runtuh Taman Wawasan: 375 cerucuk besi ditanam, kukuhkan struktur tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702789372_TBtanahruntuh.jpg)
Tanah runtuh Taman Wawasan: 375 cerucuk besi ditanam, kukuhkan struktur tanah
Kerja-kerja mitigasi susulan kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong, sedang dijalankan seawal jam 4 pagi Ahad.
![Tanah runtuh Bukit Tunku: Cerucuk besi dipasang pada Jumaat Tanah runtuh Bukit Tunku: Cerucuk besi dipasang pada Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682505427_TBTANAHRUNTUH.jpg)
Tanah runtuh Bukit Tunku: Cerucuk besi dipasang pada Jumaat
Pemasangan cerucuk besi di kawasan tanah runtuh berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) dijangka dilakukan pada Jumaat.
![Kereta dihempap cerucuk besi ketika menuruni feri, dua nyaris maut Kereta dihempap cerucuk besi ketika menuruni feri, dua nyaris maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623283070_DuaindividuProton.jpg)
Kereta dihempap cerucuk besi ketika menuruni feri, dua nyaris maut
Difahamkan cerucuk besi itu adalah untuk pembinaan laluan baharu feri di Batang Rambungan.