Jabatan Imigresen memulakan operasi menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas berakhirnya tempoh permohonan kad sementara Enforcement Card (E-Kad), dengan menahan 51 warga asing dalam serbuan di dua asrama penginapan di Batu 7, Kapar, Klang, awal pagi tadi.
Selain sepasukan 86 pegawai dan anggota dari Jabatan Imigresen Putrajaya dan Selangor, operasi bermula kira-kira jam 12.30 tengah malam itu turut disertai Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali.
Menurut Mustafar, operasi itu dijalankan pihaknya di seluruh negara selepas tempoh pendaftaran dan permohonan E-Kad sejak 15 Februari lalu berakhir tengah malam tadi, sekali gus membuktikan pihaknya serius memburu PATI yang tidak mematuhi undang-undang negara ini.
Kata Mustafar, pihaknya tidak menerima alasan segelintir PATI mendakwa tidak mengetahui mengenai tarikh tamat tempoh permohonan E-Kad antaranya kerana tidak dimaklumkan oleh majikan mereka.
“Jangan melindungi PATI. Tetapi apabila mereka masih melindungi ataupun tidak mendaftarkan dengan peluang ini, tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil termasuk kompaun, penjara dan sebatan.
“Tetapi bukanlah Imigresen yang tetapkan hukuman itu. Setakat denda mereka boleh bayar kompaun tetapi apabila tindakan mahkamah diambil, maka mereka akan berhadapan dengan tindakan mahkamah termasuk penjara, penalti dan sebatan. Terpulang pada mereka untuk ambil yang mana,” ujar Mustafar.
Tambahnya, majikan yang menggaji PATI turut diburu.
Dalam serbuan di dua lokasi di Klang, seramai 239 warga asing diperiksa. Hasil pemeriksaan bagaimanapun mendapati hanya 51 daripada mereka melakukan kesalahan tiada dokumen perjalanan sah dan menetap lebih masa.
Mereka terdiri 38 warga Bangladesh, lima warga Nepal dan masing-masing empat Myanmar serta Indonesia.
Sementara itu, 188 warga asing lain dibebaskan kerana mempunyai dokumen lengkap dan E-Kad.
Sehingga jam 10 malam tadi, 28,375 majikan tampil mendaftarkan PATI masing-masing selain 145,571 E-Kad sudah dikeluarkan sekali gus menunjukkan program itu dianggap tidak berjaya kerana gagal mencapai sasaran 600,00 orang yang ditetapkan.
E-Kad berfungsi sebagai pengesahan sementara bagi menggantikan dokumen perjalanan sah daripada kedutaan untuk membolehkan warga asing itu terus bekerja di negara ini.
Selepas mendaftar, majikan dan warga asing tu perlu mendapatkan pasport daripada kedutaan masing-masing untuk tujuan pemutihan.
Kad itu bagaimanapun hanya sah sehingga 15 Februari 2018 dan jika majikan masih tidak membuat permohonan dokumen permit kerja serta pasport bagi pekerjanya, tindakan pengusiran akan dijalankan.
Astro Awani
Sat Jul 01 2017
MUSTAFAR: Tarikh tamat permohonan tidak akan dilanjutkan.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Imigresen tumpaskan sindiket E-Kad palsu di Sabah, didalangi 'Datuk Seri'
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket membuat E-Kad palsu di Sabah yang didalangi seorang 'Datuk Seri' selepas menahan 14 individu termasuk tiga warga Filipina.
Kerajaan tidak akan lanjutkan tempoh pendaftaran E-Kad PATI
Kerajaan tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam isu tersebut sebaliknya majikan bertanggungjawab penuh dalam melakukan pendaftaran tersebut.
Imigresen mula operasi buru PATI
Jabatan Imigresen mula melakukan operasi besar-besaran memburu PATI sebaik sahaja tempoh permohonan kad sementara Enforcement Card (E-Kad) tamat tengah malam tadi.
Majikan degil punca proses E-Kad gagal sampai sasaran - Mustafar
Kedegilan majikan untuk tampil membuat pendaftaran disifatkan sebagai punca proses permohonan E-Kad PATI tidak mencapai matlamat yang disasarkan.
E-Kad: Operasi gempur PATI besar-besaran selepas 12 malam ini
Tinjauan media di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini hari ini mendapati ia masih lagi sesak sejak semalam.