KLANG: Jabatan Imigresen (JIM) Selangor memeriksa kira-kira 1,700 warga asing selepas menggempur kawasan perumahan di Jalan Sultan Abdul Samad 38, Bandar Sultan Suleiman menerusi Op Bersepadu di sini hari ini.
Pengarah Imigresen Selangor Khairrul Aminus Kamaruddin berkata kawasan perumahan membabitkan warga Bangladesh, Pakistan, Myanmar dan Indonesia itu diserbu hasil risikan selama tiga bulan oleh JIM.
"Kita mendapat banyak aduan daripada penduduk setempat dan situasi berkaitan kehadiran mereka di kawasan ini turut disebarkan menerusi media sosial.
"Pemeriksaan mendapati ada dalam kalangan mereka melakukan kesalahan antaranya tidak memiliki permit atau pas yang sah untuk tinggal di negara ini, tinggal lebih masa dan melanggar syarat permit atau pas," katanya kepada pemberita pada operasi itu.
Beliau berkata operasi berkenaan disertai 298 anggota dan pegawai daripada JIM, Pasukan Gerakan Am Briged Tengah, Jabatan Pendaftaran Negara Selangor, Majlis Bandaraya Diraja Klang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Beliau berkata proses dokumentasi warga asing itu masih dijalankan dan pihaknya belum dapat memberikan jumlah penahanan atau mereka yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta kesalahan lain.
Terdahulu, ketika serbuan kira-kira 5 petang tadi kebanyakan warga asing berkenaan sedang menghabiskan cuti hujung minggu dengan bermain bola sepak dan membeli barang keperluan di pasar malam di kawasan perumahan itu.
Menyedari kehadiran pihak berkuasa, ada antara mereka bertempiaran melarikan diri termasuk sanggup bersembunyi di bawah kenderaan dan menggunakan alasan tertinggal bayi di rumah untuk mengelak ditahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024

Antara warga asing yang ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi di perumahan flat Jalan Sultan Abdul Samad di Bandar Sultan Suleiman pada Ahad. - Sinar Harian

EPL: Berkelakuan biadap terhadap pengadil, FA gantung Arne Slot dua perlawanan
Slot dan Hulshoff dihukum selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil berikutan keputusan seri 2-2 Reds menentang Everton awal bulan ini.

KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU
Ia bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.

Izzah pecah rekod Asia, raih emas kedua di ATC 2025
Dalam perlumbaan final, Izzah mencatatkan masa 1 minit 6.229 saat (1:06.229s), memadam rekod Asia sebelum ini iaitu 1:07.137s.

Hatrik Mintah julang Kuching City, Kedah tumbang di Paroi
Mintah tenang menanduk masuk bola hantaran Tchetche Kipre yang terlebih dahulu terkena palang seawal minit ketiga.

Jepun kongsi teknologi pesawat canggih, kukuh kerjasama maritim dengan Malaysia
Pesawat Gulf V akan memainkan peranan penting dalam pengawasan maritim di perairan Asia Tenggara, termasuk perairan Malaysia.

Peningkatan hasil dan ladang perlu untuk tingkat pengeluaran minyak sawit - Mielke
Minyak sawit masih merupakan peneraju harga dan minyak sayuran yang paling dominan dengan jumlah eksport mencecah 55.4 juta tan.

Aset ATM di Sabah, Sarawak perlu diperkukuh, pastikan kedaulatan negara terjamin
Keutuhan dan keamanan wilayah khususnya di Sabah dan Sarawak adalah antara faktor yang paling penting seperti terkandung dalam dasar negara.

MOSTI lancar Pusat Kercerdasan Kuantum MIMOS pertama negara
MIMOS turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan SDT Inc. dari Korea untuk menubuhkan Lembah Kuantum Malaysia, iaitu hab inovasi yang dinamik.

Presiden Prabowo lancar perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia
Pengeluaran emas Indonesia telah meningkat daripada 100 tan kepada 160 tan setahun, kata Presiden Prabowo.

Malaysia, Thailand perhebat kerjasama pertahanan dan latihan ketenteraan
Negara-negara anggota ASEAN perlu menjadi kuat dan bersatu agar lebih banyak kerjasama dapat dilihat antara negara serantau pada masa depan.

Korea Selatan perkenal sistem 'e-Arrival Card' untuk pelancong asing
Sistem baharu itu dijangka mempercepatkan proses saringan serta mengurangkan kesesakan di lapangan terbang.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

Senarai hitam peniaga sewa, jual tapak bazar Ramadan pada warga asing - Exco
Kerajaan Perak akan bertindak tegas termasuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mana-mana peniaga tempatan yang didapati menyewa atau menjual tapak jualan bazar Ramadan kepada warga asing.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.

Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI
Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan.

Pekerja, peniaga warga asing dilarang berniaga di bazar Ramadan di N.Sembilan
PBT akan menyita dan menyenarai hitam peniaga tempatan yang didapati menyewakan tapak bazar mereka kepada warga asing, termasuk mereka yang mengambil pekerja asing.

273 warga asing ditahan masuk Myanmar secara haram
Pihak berkuasa Myanmar pada Isnin menahan seramai 273 warga asing yang memasuki negara itu secara haram di perbandaran Myawaddy.