Ketua Pengarahnya Datuk Zakaria Shaaban berkata penahanan dilakukan hasil pemeriksaan terhadap 102 individu dan antara kesalahan dikesan ialah tinggal lebih masa, menyalahgunakan pas lawatan kerja sementara (PLKS) serta menjalankan perniagaan secara haram.
Beliau berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada 31 lelaki dan 10 wanita warganegara Myanmar, dua lelaki dan seorang wanita Indonesia, sembilan lelaki Bangladesh, empat lelaki India dan seorang lelaki Vietnam.
"Kesemuanya yang dianggar berusia 18 hingga 40 tahun akan ditempat di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan hari ini.
Serbuan berkenaan katanya disertai 95 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran serta Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram.
"Serbuan dijalankan selepas Jabatan Imigresen bertindak atas aduan orang awam dan intipan selama seminggu," katanya.
-- BERNAMA