KOTA BHARU: Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan enam etnik Rohingya dalam operasi khas Sabtu lepas di sekitar Kota Bharu.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata kesemua mereka berumur lingkungan 24 hingga 35 tahun ditahan sepasukan pegawai Pasukan Taktikal Khas Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Imigresen Kelantan.
Beliau berkata berdasarkan aduan awam dan hasil risikan yang dijalankan selama tiga minggu, pasukan telah diatur gerak dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Wira dipandu suspek yang mencurigakan.
"Suspek kemudiannya memecut kenderaan setelah menyedari kehadiran pasukan operasi tetapi berjaya dipintas dan ditahan di Terminal Bas Ekspres Kota Bharu.
"Hasil pemeriksaan pasukan operasi telah menahan dua lelaki Rohingya disyaki sebagai transporter dan 'pembantu' bersama dua lagi lelaki etnik itu disyaki akan dibawa ke Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikutan itu, hasil soal siasat, pasukan operasi telah memeriksa premis kediaman di sekitar Kota Bharu dan menahan dua lagi lelaki etnik Rohingya disyaki akan dibawa ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, hasil semakan awal mendapati, empat lelaki etnik itu memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), manakala dua lagi lelaki etnik Rohingya tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.
"Modus operandi sindiket adalah dengan menyeludup masuk pendatang etnik itu ke negara ini melalui laluan haram di sempadan dan ditempatkan di rumah transit sebelum dibawa ke Kuala Lumpur menggunakan bas ekspres diiringi oleh seorang lelaki etnik itu yang datang dari ibu kota.
"Pendatang yang baru masuk akan diberikan dokumen UNHCR palsu bagi mengaburi pihak berkuasa dan mereka akan dikenakan bayaran oleh sindiket untuk penghantaran ke Kuala Lumpur sebanyak RM500 bagi setiap seorang pendatang dan RM100 dikenakan untuk penghantaran di sekitar Kota Bharu," katanya.
Susulan itu, imigresen turut merampas dua keping dokumen UNHCR palsu, wang tunai RM2,000 dan sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang dipercayai untuk mengangkut pendatang.
Ruslin berkata tiga lelaki etnik Rohingya berkenaan disiasat di bawah Seksyen 26A, Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, manakala tiga lagi lelaki etnik itu disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 dan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2024

Modus operandi sindiket adalah dengan menyeludup masuk pendatang etnik itu ke negara ini dan ditempatkan di rumah transit sebelum dibawa ke Kuala Lumpur. - Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Imigresen tahan enam warga Rohingya disyaki terlibat seludup manusia
Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan enam etnik Rohingya dalam operasi khas di sekitar Kota Bharu.