KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen telah menumpaskan sindiket aktiviti perlombongan wang digital (Bitcoin) yang didalangi dua lelaki warga China dalam satu Operasi Khas yang dijalankan pada 19 Jan (semalam) di kawasan rumah kedai di Cheras.
Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata operasi hasil aduan dan risikan selama sebulan, bermula pada 10 malam itu, melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya
"Pasukan operasi telah diatur gerak ke sebuah premis lot perniagaan dan berjaya menahan dua lelaki warganegara China berusia 28 dan 33 tahun yang bertindak sebagai penjaga premis dan juruteknik membaik pulih mesin Bitcoin.
"Semasa serbuan dijalankan, kedua-dua individu tersebut gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan dokumen perjalanan asal dipercayai disimpan oleh pihak ejen," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ruslin berkata pasukan operasi telah merampas wang tunai berjumlah RM12,600,30 unit mesin Bitcoin, dua unit mesin cooler Bitcoin, dua unit CPU komputer, satu unit komputer riba dan dua set peralatan testing.
"Modus operandi sindiket ini adalah dengan menjalankan aktiviti perlombongan wang digital secara haram dengan menggunakan papan tanda perniagaan tinted kenderaan bagi mengelakkan aktiviti tersebut dihidu pihak berkuasa," katanya.
Menurut Ruslin, sasaran sindiket ini adalah warga China dan penduduk tempatan selain menyediakan perkhidmatan membaiki dan servis mesin Bitcoin untuk pasaran tempatan manakala bayaran bagi perkhidmatan servis itu dianggarkan antara RM100 hingga RM200 bagi setiap mesin.
Sindiket ini telah beroperasi sejak enam bulan lepas dan mampu menjana pendapatan sekitar sehingga RM100,000 sebulan. Kedua-duanya disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut, katanya.
Sementara itu seorang lelaki Bangladesh yang dikenal pasti bertindak sebagai dalang utama menjadi orang tengah urusan pekerja asing adalah antara enam warga asing yang ditahan menerusi satu operasi jabatan itu di sebuah premis di Ampang, Selangor pada 17 Jan lepas.
Ruslin berkata dalam operasi itu, seramai 16 orang telah diperiksa dan hasilnya, enam warga asing iaitu lima lelaki warganegara Bangladesh dan seorang perempuan warganegara Indonesia berumur antara 27 hingga 56 tahun yang memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) telah tamat tempoh ditahan.
Beliau berkata dalam serbuan tersebut sejumlah 91 keping I-Kad (kad pekerja asing), 561 keping kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), 42 pasport warganegara asing, 33 unit cop pelbagai syarikat dan 27 fail berkaitan maklumat syarikat yang diurus telah dirampas dan rampasan turut melibatkan wang tunai berjumlah RM740,050.
Keenam-enam warga asing itu ditahan kerana disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963, dan mereka ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), dan ditempatkan di Depot ImigresenPutrajaya untuk tujuan siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024

Jabatan Imigresen telah menumpaskan sindiket aktiviti perlombongan wang digital (Bitcoin) yang didalangi dua lelaki warga China dalam satu Operasi Khas yang dijalankan pada 19 Jan (semalam) di kawasan rumah kedai di Cheras. - Foto FB JIM
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

13,095 pendatang tanpa izin ditahan di Johor tahun lepas - Imigresen
Sebanyak 13,095 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negeri ini bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis tahun lepas.

Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pendatang asing di kawasan flat
Jabatan Imigresen mengenal pasti kawasan perumahan khususnya di flat yang perlu pemantauan kerap dalam usaha membanteras kewujudan koloni pendatang asing.

Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas
Seorang lelaki warga Sri Lanka maut ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) selepas terjatuh dari jejantas pada Khamis.

Imigresen serbu kilang kitar semula barang elektronik, 49 warga asing ditahan
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 49 warga asing dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula peralatan elektronik di Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara.

'Port' khidmat urutan gadis di Bukit Bintang digempur
Operasi kira-kira jam 9.30 malam itu dijalankan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.

Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.

Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.

Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing
Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan
Anggota operasi menemukan peralatan elektronik antaranya komputer riba, mesin pencetak dan 246 keping kad plastik keras yang belum bercetak.