LONDON: Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) buat kali pertama menerima pakai resolusi mengutuk sekeras-kerasnya ujian peluru berpandu Korea Utara, lapor Agensi Berita Yonhap.
Resolusi yang diterima pakai pada sesi ke-107 Jawatankuasa Keselamatan Maritim (MSC) IMO di London pada Rabu (waktu tempatan) itu, mengecam pelancaran yang dilihat sebagai ancaman serius terhadap keselamatan pelayaran antarabangsa dan menggesa negara itu supaya mematuhi peraturan sewajarnya, termasuk memberi notis awal sebelum sebarang ujian peluru berpandu dijalankan.
Dalam satu kenyataan akhbar, Kementerian Luar Korea Selatan menegaskan bahawa ia kali pertama jawatankuasa yang mengendalikan isu keselamatan maritim menerima pakai resolusi mengenai provokasi peluru berpandu Korea Utara walaupun telah mengecam ujian itu sebelum ini.
Korea Utara telah meningkatkan serangan baru-baru ini dengan melancarkan apa yang didakwanya sebagai "kenderaan pelancar angkasa lepas" yang membawa satelit peninjau tentera awal minggu ini.
Menurut kementerian itu, dokumen rasmi yang diterima pakai oleh IMO diklasifikasikan sebagai resolusi, pekeliling dan keputusan, dengan resolusi dianggap sebagai cadangan paling berkuasa kepada negara anggotanya.
Sebelum ini, pada 1998, 2006 dan 2016, MSC menerima pakai pekeliling yang menyatakan kebimbangan terhadap pelancaran peluru berpandu Pyongyang yang berterusan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada IMO.
Resolusi itu tidak mengikat di sisi undang-undang tetapi menawarkan cadangan mengenai hal ehwal maritim sebagai garis panduan kepada negara anggota IMO, sekali gus meningkatkan tekanan masyarakat antarabangsa terhadap Korea Utara.
IMO yang beribu pejabat di London ialah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertanggungjawab mengawal selia laluan perkapalan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023

Foto dikeluarkan kerajaan Korea Utara menunjukkan pelancaran roket Chollima-1 yang baru dibangunkan, membawa satelit Malligyong-1 di Tapak Pelancaran Satelit Sohae, 31 Mei 2023. (Foto AP)

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Mahu bergembira? Di Nigeria ada 'Menteri Kegembiraan'
Perkara itu diumumkan governornya, Rochas Okorocha, ketika upacara angkat sumpah 26 pesuruhjaya lain.