KUALA LUMPUR:Mengambil kira impak COVID-19 terhadap kaum wanita yang merupakan antara golongan rentan terjejas akibat penularan pandemik itu di negara ini, satu Pelan Tindakan Khusus Untuk Wanita dan Keluarga Semasa Pandemik perlu dibangunkan segera.
Cadangan itu disuarakan bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Jalil, yang menyatakan pelan komprehensif khas berkenaan, penting untuk survival kaum hawa - tulang belakang keluarga yang sering tersepit, dalam mengimbangi keperluan kerjaya dan keluarga.
Mengambil iktibar daripada catatan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris bertajuk 'Opinion: Kamala Harris: The exodus of women from the workforce is a national emergency' yang disiarkan menerusi @washingtonpost pada 13 Feb lepas, Shahrizat berkata inisiatif bagi membantu wanita di negara ini perlu lebih fokus.
"Wanita adalah antara golongan yang memerlukan bantuan semasa pandemik ini. Adakah kita (memiliki) pelan spesifik untuk wanita dalam masa pandemik ini. Dari segi ekonomi mereka. Kesihatan mereka. Keluarga mereka.
"Mereka memerlukan bantuan secara sistematik dalam isu ekonomi, kesihatan, pekerjaan dan lain-lain untuk survival semasa pandemik ini," menurut bekas Ketua Wanita UMNO itu menerusi catatan di laman Instagramnya pada Isnin.
Kamala dalam artikel itu menyebut bahawa penghijrahan beramai-ramai wanita daripada sektor tenaga kerja di AS adalah satu darurat kebangsaan, dan situasi tersebut perlu ditangani sebagaimana pemerintah menangani darurat kebangsaan.
Wanita pertama yang menyandang jawatan Naib Presiden itu berkata, sejak pandemik tersebut mula melanda AS, kira-kira 2.5 juta wanita telah kehilangan pekerjaan atau dibuang kerja, dan ketiadaan atau kekurangan pusat jagaan kanak-kanak dengan kos berpatutan, menjadi faktor kritikal sehingga menyebabkan ramai ibu yang bekerja terpaksa membuat pilihan mengorbankan kerjaya, demi untuk menjaga anak mereka.
"Saya gembira situasi darurat ini mendapat perhatian yang sewajarnya. Kita perlu membunyikan loceng kecemasan untuk para ibu yang bekerja, keluarga dan ekonomi kita kerana ekonomi kita tidak mampu pulih sepenuhnya melainkan wanita mengambil bahagian. Ini adalah satu krisis kebangsaan dan kita perlu bertindak sekarang," katanya.
Sementara itu, bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam kenyataan berasingan, mencadangkan beberapa perkara berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), antaranya meminta Kementerian Komunikasi dan Multimedia memainkan peranan proaktif bersama dengan Kementerian Pelajaran (KPM) dalam isu capaian Internet.
Beliau juga berkata Kementerian Pengajian Tinggi perlu bekerjasama dengan KPM, untuk menerbitkan bahan penyiaran pendidikan, dan menggunakan khidmat pakar di institut pengajian tinggi.
Maszlee berkata Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat pula mesti digerakkan secara proaktif, untuk melihat kebajikan serta pendidikan anak-anak terutama yang berkeperluan khas.
"Kementerian Perpaduan juga bertanggungjawab memastikan bahawa pendidikan Orang Asli dapat diuruskan dengan baik melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021

Kata Shahrizat, satu Pelan Tindakan Khusus Untuk Wanita dan Keluarga Semasa Pandemik perlu dibangunkan segera.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Suami Shahrizat Jalil, 2 anak berdepan tuntutan saman Maybank Singapore
Maybank Singapore, yang juga merupakan plainitif memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 19 Julai lalu.

Impak COVID-19: Wujudkan pelan tindakan khusus bantu wanita, keluarga - Shahrizat
Satu Pelan Tindakan Khusus Untuk Wanita dan Keluarga Semasa Pandemik perlu dibangunkan segera.

Kalau tak bertanding pun, menang BN menanglah saya - Shahrizat
Soal sama ada beliau bertanding atau tidak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti, katanya, adalah terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN.

Wanita UMNO mahu ubah landskap
Pergerakan itu akan mempersiapkan diri sekiranya hasrat melihat 30 peratus calon wanita bertanding dalam pilihan raya umum akan datang direalisasikan.

PRK Sungai Besar: Pakatan Harapan 'pengecut' - Shahrizat
Pendekatan yang diambil pakatan pembangkang menunjukkan mereka semakin ketandusan idea untuk menarik minat rakyat.

'Rafidah dulu kebal, kini dah terjebak dengan permainan pembangkang' - Shahrizat
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyelar tindakan Tan Sri Rafidah Aziz yang mengkritik isu penukaran Menteri Besar Kedah.

Tuntutan kesetiaan Timbalan Presiden termaktub dalam Perlembagaan UMNO
Keperluan untuk kesetiaan Timbalan Presiden kepada Presiden parti sudah terkandung dalam Perlembagaan UMNO sejak sekian lama.

Wanita UMNO perkenal 'kawan' perkasakan perpaduan dan integrasi nasional
Pergerakan Wanita UMNO Rabu melancarkan program Komunikasi Wanita Nasional (KAWAN) dalam usaha memperkasakan nilai-nilai perpaduan dan integrasi nasional.

Wanita UMNO kecam tindakan Anina saman Najib
Wanita UMNO mengecam tindakan ahlinya Anina Saaduddin yang memfailkan saman terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak.

Bersih 4.0 bakal mengundang kemarahan warga kota - Shahrizat
Wanita UMNO bimbang perhimpunan Bersih 4.0 bakal mengundang kemarahan warga kota menjelang sambutan hari kemerdekaan.