TRENT Alexander-Arnold mengakui memasang impian untuk menjadi kapten Liverpool dan tidak dapat membayangkan dirinya beraksi bersama kelab lain.
Pemain berusia 21 tahun itu akan melakukan penampilannya yang ke-100 bersama kelab berkenaan dalam perlawanan menentang Aston Villa dalam Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini -- tiga tahun selepas melakukan penampilan pertama di peringkat senior.
Dia merupakan sebahagian watak penting sepanjang era Jurgen Klopp dan tersenarai pendek untuk bersama 30 calon yang akan merebut Anugerah Ballon d'Or 2019.
Bagaimanapun, menjelang penampilan penting bersama kelab kesayangannya sejak dari zaman kanak-kanak itu, Alexander-Arnold memasang satu lagi impian yang perlu dipenuhi.
"Saya tidak malu untuk mengakuinya (menjadi kapten Liverpool) sebagai impian saya," katanya dalam BBC Radio 5 Live.
"Sama ada ia akan menjadi kenyataan atau tidak, ia bukan terletak di tangan saya -- bukan saya yang memilih kapten.
"Tetapi ia sesuatu yang mahu saya lakukan satu hari nanti.
"Mengetuai Liverpool sentiasa menjadi impian saya dan ia sesuatu yang memotivasikan saya.
"Saya sentiasa pemain Liverpool dan ia sentiasa menjadi rumah saya.
"Saya tidak pernah terfikir untuk bertukar kelab.
"Saya sentiasa fikirkan Liverpool ditakdirkan untuk menjadi kelab saya.
"Ketika saya membesar, impian saya adalah untuk beraksi bersama Liverpool.
"Sekarang, saya hidup dengan impian itu dan saya tidak nampak ia akan berubah," katanya.
Alexander-Arnold menjadi pemain termuda untuk bermula dalam dua perlawanan Liga Juara-Juara Eropah secara berturut-turut ketika Liverpool menewaskan Tottenham Hotspur 2-0, Jun lalu.
Pemain kebangsaan England itu turut berterima kasih kepada Klopp kerana menjadikannya pemain seperti hari ini.
"Dia seorang yang menjadikan saya seperti hari ini.
"Dia mendorong saya untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari.
"Dia telah memberikan saya terlalu banyak peluang, saya tidak akan dapat membalas jasanya," tambahnya.
Astro Arena
Fri Nov 01 2019

Trent Alexander-Arnold bertepuk selepas perlawanan EPL antara Manchester United dan Liverpool di Old Trafford, Manchester, Britain, 20 Okt, 2019. REUTERS

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

EPL: Aston Villa tak cukup klinikal jinakkan Ipswich
Ipswich terpaksa bermain dengan 10 pemain sejak separuh masa pertama setelah Axel Tuanzebe dilayangkan kad kuning kedua.

EPL: Asensio, Disasi ikut langkah Rashford ke Aston Villa
Aston Villa membawa masuk pemain tengah Paris Saint-Germain, Marco Asensio dan pertahanan Chelsea, Axel Disasi secara pinjaman.

Terima kasih Manchester United - Marcus Rashford dipinjamkan ke Aston Villa
Dia diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain The Villain hari ini menerusi laman rasmi Aston Villa.

UCL: Emery akui silap percaturan punca Aston Villa rebah
Wilfried Singo jaring gol tunggal pada babak pertama ketika Villa terlepas peluang untuk mengesahkan kelayakan automatik ke pusingan 16.

Aston Villa tambah derita Manchester City
Rogers sekali lagi menjadi duri dalam daging buat angkatan Guardiola apabila meledak jaringan kedua minit ke-65.

EPL: Gol Mohamed Salah pastikan Liverpool selesa di puncak liga
Salah jadi watak penting ketika membantu pasukannya menewaskan Aston Villa 2-0 di Stadium Anfield untuk mendahului dengan lima mata di puncak EPL.

EPL: Man United kempunan lagi, seri berdepan Aston Villa
Skuad kendalian Unai Emery kerap melancarkan serangan berbahaya, namun ketangkasan penjaga gol, Andre Onana, menepis segala percubaan.

UCL: Aston Villa cipta kejutan tewaskan Bayern Munich
Anak buah Vincent Kompany mendominasi perlawanan tetapi mensia-siakan beberapa peluang terbaik mereka.

Aston Villa kembali ke UCL selepas 41 tahun
Pasukan bimbingan Unai Emery itu tidak pernah bermain dalam kejohanan kelab utama Eropah berkenaan sejak musim 1982-83.