Malaysia perlu mengimport lebih banyak ikan bagi menstabilkan harga ikan dan makanan laut di pasaran, tegas Timbalan Presiden Persatuan Penternak Ikan Laut Malaysia (MFFAM), Mohamed Razali Mohamed.
“Majlis Penasihat Kerajaan amat gusar dengan harga ikan yang melambung tinggi dan mereka masih mendapatkan maklumat peserta industri sebelum hadir dengan penyelesaian," kata Mohamed Razali.
Beliau berkata Majlis Penasihat Kerajaan telah menyuarakan kebimbangan terhadap trend peningkatan harga ikan terutama sejak 10 tahun lepas.
“Ia melibatkan ikan kembung, selar, selar kuning dan cencaru.
“Kembung misalnya, 10 tahun dahulu berharga RM5 sekilo, kini RM12 sekilo dan lebih lagi. Ahli Majlis Penasihat Kerajaan gusar orang ramai terpaksa berbelanja lebih untuk makanan dan mereka sedang cari cara mengurangkan beban itu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas pertemuan bersama Majlis Penasihat Kerajaan di ibu negara hari ini.
Punca harga ikan berubah mendadak adalah permintaan yang melonjak melepasi bekalan, tegas Mohamed Razali.
“Baki dagangan kita adalah negatif bagi makanan laut, lebih dari RM1 bilion setiap tahun. Kita perlu lebih banyak import untuk turunkan harga," katanya sambil menambah ia masalah serantau, bukan sahaja Malaysia.
Malaysia kini mengimport sejumlah besar ikan dari Thailand dan Indonesia, namun ia dikurangkan kerana penggunaan domestik di negara itu.
“Dari segi permintaan, kita perlukan sekitar 1.7 hingga 1.8 juta tan metrik ikan boleh dimakan setahun.
“Manakala bekalan domestic pula hanya 1.4 juta tan metrik. Itu belum dikira jumlah ikan yang tidak boleh dimakan yang turut ditangkap. Jika ditolak, baki mungkin hanya 1 juta tan metrik," tambahnya,
Najib Aroff
Tue Jun 12 2018

punca harga ikan berubah mendadak adalah permintaan yang melonjak melepasi bekalan. - Foto Astro AWANI

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

LKIM jamin bekalan, harga ikan terkawal pada Ramadan dan Aidilfitri
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan harga ikan di seluruh negara secara keseluruhannya masih terkawal dan bekalan juga mencukupi sepanjang Ramadan dan Aidilfitri nanti.

Musim tengkujuh: Tiada kenaikan harga ikan di Terengganu
Tiada kenaikan harga ikan di negeri ini walaupun berdepan musim tengkujuh, kata Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Azman Ibrahim.

Ikan naik harga: KPDN tunggu laporan sebelum bertindak
Salahuddin berkata, pihak kementerian akan meneliti masalah berkenaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

KPDN pantau harga ikan susulan cuaca panas - Salahuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memantau harga ikan yang didakwa meningkat susulan kekurangan bekalan akibat cuaca panas melanda negara ketika ini.

Harga ikan dijangka pulih dua minggu lagi - Nekmat
Ketika ini nelayan tetap menangkap ikan namun hasil yang diperoleh berkurangan sehingga menyebabkan berlaku peningkatan harga.

Harga ikan naik? Pastikan anda pelihara, pulihara terumbu karang sebaiknya
Terumbu karang yang semakin berkurang menyebabkan jumlah ikan di sesuatu kawasan ikut sama berkurang.

Cuaca tidak menentu pengaruhi pendaratan serta harga ikan
Keseluruhan stok bekalan ikan masih stabil cuma perubahan cuaca di luar jangkaan memberi kesan kepada pengeluaran dan harga di pasaran.

Apakah punca kenaikan harga ikan di Malaysia?
Dua faktor utama ialah kekurangan bekalan disebabkan cuaca buruk dan jumlah pekerja yang semakin berkurang.

Bekalan ikan negara mencukupi - Jabatan Perikanan
Bekalan ikan bagi keperluan dalam negara adalah mencukupi, namun apa yang berlaku pada masa ini disebabkan peningkatan permintaan akibat pembelian panik susulan laporan mengenai krisis makanan.

Musim tengkujuh: Harga ikan naik di Terengganu
Kenaikan harga disebabkan oleh kekurangan bekalan kerana nelayan tidak keluar ke laut pada musim tengkujuh.