Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan ujian untuk menentukan strain virus Zika yang menjangkiti dua adik-beradik dari Sarawak, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Seorang wanita hamil berusia 35 tahun di Miri dan kakaknya berumur 39 tahun di Setapak, Kuala Lumpur merupakan kes kelima dan keenam disahkan dijangkiti virus itu di negara ini.
Dr Subramaniam berkata IMR sedang cuba untuk menentukan sama ada strain virus berkenaan adalah virus jenis tempatan atau dari French Polynesia.
Beliau berkata wanita dari Miri itu telah ke Singapura pada Julai, tetapi adalah terlalu lama untuk dijangkiti virus itu sekarang.
Pemeriksaan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Miri menunjukkan kawasan yang diduduki wanita itu di Miri mempunyai banyak tempat pembiakan nyamuk Aedes, pembawa virus Zika dan denggi, katanya kepada pemberita di luar acara Persidangan Tahunan Dermatologi ke-41 di sini malam tadi.
"Beliau ke Singapura pada Julai. Masa di antara lawatannya dan jangkitan itu agak lama untuk Zika melainkan disebabkan beliau mengandung, jadi simptomnya berlaku kemudian. Inilah perkara yang kita perhatikan," katanya.
Dr Subramaniam berkata kakak wanita terbabit melawat adiknya di Miri pada 26 Ogos dan pulang ke Kuala Lumpur pada 6 Sept.
"Jadi, ini boleh menjadi satu faktor menyumbang kepada penyebaran virus.
Jelas sekali, nyamuk telah menggigit kakaknya kemudian menggigit yang lain, jadi kemungkinan besar inilah cara bagaimana adiknya dijangkiti virus itu," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan hujung bulan ini untuk mencapai kata sepakat berhubung keperluan mengugurkan kandungan wanita hamil yang dijangkiti virus Zika.
"Kami akan memberikan mereka (majlis itu) input perubatan dan saintifik. Mereka perlu menggunakan input itu dan membuat keputusan dalam komponen agama," katanya.
Wanita hamil yang dijangkiti virus Zika berhadapan risiko melahirkan bayi dengan microcephaly, kecacatan kelahiran yang menyebabkan kepala bayi lebih kecil berbanding bayi normal.-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2016
Pemeriksaan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Miri menunjukkan kawasan yang diduduki wanita itu di Miri mempunyai banyak tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Suspek tiada tanda-tanda sakit berkaitan agen saraf VX - Subramaniam
Dua suspek yang ditahan dalam siasatan pembunuhan Kim Jong-nam tidak mengalami kesan agen saraf VX yang diguna dalam melakukan pembunuhannya.
Punca kematian Jong Nam mungkin diketahui minggu depan - Dr Subramaniam
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berharap punca kematian Kim Jong-nam akan dapat dipastikan apabila keputusan analisis bedah siasat dikeluarkan pada minggu hadapan.
KKM ambil sampel tepung gandum dakwa ada peluntur
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa mengandungi bahan peluntur untuk dianalisa di makmal secepat mungkin.
48 hospital usia lebih 50 tahun jalani audit keselamatan - Subramaniam
Antara hospital berusia lebih 50 tahun dan masih beroperasi ialah Hospital Batu Gajah (136 tahun), Hospital Balik Pulau (136), Hospital Pulau Pinang (81) dan Hospital Perlis (97).
IMR uji strain virus Zika jangkiti dua beradik - menteri
Seorang wanita hamil berusia 35 tahun di Miri dan kakaknya berumur 39 tahun di Setapak, Kuala Lumpur merupakan kes kelima dan keenam disahkan dijangkiti virus itu di negara ini.
Risiko penyakit tidak berjangkit semakin meningkat di Malaysia - Subramaniam
Kebanyakkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan paras kolesterol dalam darah dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat.
Kementerian terus pantau produk tenusu - Dr Subramaniam
Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pemantauan akan terus dilakukan selagi perlu.
'Cadangkan kos pentadibiran pembantu rumah'
Kementerian Sumber Manusia meminta semua pihak mengemukakan cadangan secara rasmi berhubung kos pentadbiran pembantu rumah Indonesia.
PAPA diminta kemuka kos ambil amah
PAPA diminta mengemukakan kos perbelanjaannya dalam pengambilan pembantu rumah Indonesia untuk kelulusan kerajaan