1. IMT-GT Joint Business Council Malaysia (JBC Malaysia) mengalu-alukan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negara anggota IMT-GT (Indonesia Malaysia Thailand) yang bersetuju untuk membuka sempadan negara dan memperkenalkan beberapa langkah yang memudahkan proses kemasukan pelawat asing di pintu sempadan mulai 1 April 2022. JBC Malaysia juga mengalu-alukan keputusan Kerajaan membuka dua pintu sempadan darat (Bukit Kayu Hitam-Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan).
2. JBC Malaysia turut mengalu-alukan keputusan dasar yang diambil oleh kerajaan negara anggota untuk beralih daripada fasa pandemik COVID-19 kepada fasa endemik.
3. Pandemik COVID-19 telah memberikan impak buruk bukan sahaja kepada kehidupan rakyat awam malah kepada ekonomi domestik dan global. Perintah Kawalan Pergerakan yg bermula sejak Mac 2020, telah memberikan kesan signifikan kepada perniagaan setempat khususnya perusahaan mikro, kecil dan
sederhana (PMKS) meskipun sebahagian daripadanya dikategorikan sebagai sektor perkhidmatan perlu. Tempoh ini turut memberi kesan langsung ke atas operasi perniagaan, pergerakan barangan, jumlah waktu bekerja, dan sehingga ke tahap penutupan perniagaan.
4. Oleh yang demikian, JBC Malaysia menyokong sepenuhnya langkah yang diambil oleh pihak berkuasa dan kerajaan negara anggota untuk memudahkan mudahkan prosedur pra-keberangkatan dan ketibaan pelawat asing.
Pengecualian beberapa keperluan ujian dan prosedur saringan yang lain sudah pasti melegakan ahli-ahli perniagaan kami yang berurusan di pintu masuk sempadan yang dijangka akan membantu meningkatkan kecekapan dan kepantasan proses daftar masuk.
5. Pembukaan pintu sempadan Malaysia-Thailand adalah peluang yang paling ditunggu oleh ahli perniagaan kami. Kami percaya usaha ini akan meningkatkan aktiviti rentas sempadan melibatkan tenaga kerja dan barangan. Dengan usaha ini, JBC Malaysia menjangkakan ketibaan sumber manusia dari Thailand akan
memberi impak peningkatan ke atas beberapa sektor perniagaan seperti perkhidmatan, perladangan dan perikanan. Kami juga mengharapkan impak yang besar ke atas perdagangan mikro rentas sempadan, pelancongan, hotel dan makanan.
6. JBC Malaysia adalah antara pihak yang menggerakkan cadangan pembukaan sempadan sejak dasar travel bubble diperkenalkan tahun lalu. JBC Malaysia secara komited akan terus mengutarakan idea dan cadangan kepada kerajaan dan negara anggota mengenai proses mitigasi pasca-pandemik yang akan memberi impak kepada usaha pemulihan perniagaan di wilayah IMT-GT khasnya dan negara amnya.
7. Menyedari kebanyakan perniagaan memerlukan pendekatan pemulihan segera, JBC Malaysia menegaskan kesediaannya untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi mengenalpasti dan mengetengahkan cadangan-cadangan mitigasi dan program yang membantu memulihkan sektor-sektor perniagaan. JBC Malaysia sudah pasti menyokong dan sentiasa terlibat secara aktif melalui platform Mesyuarat Kumpulan-Kumpulan Kerja IMT-GT yang dijadualkan berlangsung mulai 30 Mac hingga 25 April 2022 melibatkan sembilan kumpulan kerja (Pengangkutan dan Connectivity, Pertanian dan Industri Asas Tani, Perkhidmatan dan Produk Halal, Alam Sekitar, Fasilitasi Perdagangan dan Pelaburan, Pelancongan, Pembangunan Sumber Manusia, Transformasi Digital dan Majlis Perniagaan). JBC Malaysia mengharapkan Mesyuarat Kumpulan kerja ini akan menjadi platform terbaik bagi mengemukakan cadangan-cadangan inisiatif mitigasi dan projek berimpak tinggi yang diterima dan diperakukan oleh kerajaan negara anggota. Sudah pasti JBC Malaysia akan memberikan keutamaan kepada inisiatif dan projek yang mampu membantu memulihkan
beberapa sektor perniagaan yang terkesan teruk kerana pandemik COVID-19.
8. Dengan itu kami ingin menyeru komuniti perniagaan dalam wilayah IMT-GT untuk tampil ke hadapan bekerjasama dengan JBC Malaysia dalam mencadang serta melaksanakan program dan projek yang boleh membantu proses pemulihan perniagaan pasca-pandemik.
.
9. Adalah dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri, pada bulan Oktober 2021 yang lalu telah mengumumkan bahawa wilayah IMT-GT Malaysia telah diperluaskan meliputi seluruh Semenanjung Malaysia dengan keahlian terbaharu merangkumi negeri Terengganu, Pahang dan Johor.
TAN SRI ROZALI ISMAIL
Pengerusi IMT-GT Joint Business Council (JBC) Malaysia
Merangkap Pengerusi Semasa IMT-GT Joint Business Council 2021-2022
Kenyataan Media
Thu Mar 31 2022

IMT-GT JBC Malaysia juga mengalu-alukan keputusan Kerajaan membuka dua pintu sempadan darat iaitu Bukit Kayu Hitam-Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan. - Gambar fail/ Bernama
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

IMT-GT JBC Malaysia alu-alukan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand
IMT-GT JBC Malaysia juga mengalu-alukan keputusan Kerajaan membuka dua pintu sempadan darat iaitu Bukit Kayu Hitam-Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan.