Inap desa di Sarawak mencatatkan kutipan hasil sewaan berjumlah RM3.63 juta dari Januari hingga September tahun ini, ketiga tertinggi selepas Pahang dan Sabah.
Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Saraya Arbi berkata kutipan itu diperoleh dari keseluruhan 43 inap desa menawarkan 950 bilik daripada 620 pengusaha yang merupakan jumlah terbanyak dalam negara.
"Kami juga menyasarkan kutipan di negeri ini akan mencecah RM4.5 juta hingga hujung tahun ini," katanya selepas merasmikan Karnival Persidangan Homestay 2019 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Plaza Merdeka, di sini, pada Jumaat.
Saraya Arbi berkata keseluruhannya seramai 7,011 pelancong asing dan seramai 40,860 pelancong domestik menginap di inap desa negeri ini pada tahun ini sehingga September lepas.
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, pihaknya tidak menetapkan sasaran dan berharap pengusaha inap desa di negeri ini memperbanyakkan lagi aktiviti yang boleh menarik pelancong menginap di inap desa mereka.
"Sarawak ada banyak etnik berlainan budaya dan ini menjadi daya tarikan kepada pelancong asing terutamanya dari Eropah dan China yang ramai berminat mengetahui dan memahami budaya terbabit," katanya.
Saraya juga mendedahkan antara masalah utama pengusaha inap desa di Sarawak yang dikenal pasti pihaknya ialah kesukaran memasarkan inap desa masing-masing melalui platform digital kerana kawasan mereka di pedalaman tiada infrastruktur komunikasi yang baik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 02 2019
![Inap desa Sarawak kutip RM3.63 juta hingga Sept Inap desa Sarawak kutip RM3.63 juta hingga Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/61461665667_KampungSungaiSarawak.jpg)
Keindahan bumi Sarawak serta tarikan sosiobudaya menjadi tarikan buat pelancong untuk berma;lam di inap desa di negeri itu. - Gambar fail
Terengganu catat kerugian lebih RM40 juta akibat 'scammer' tahun lalu
Ketua Polis Terengganu, Datuk Khairi Khairuddin berkata, meskipun pelbagai inisiatif telah diambil, kesedaran masyarakat berhubung penipuan dalam talian dilihat masih rendah.
Bomoh disyaki cabul kanak-kanak disambung reman enam hari
Tempoh tahanan reman seorang bomoh yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun disambung enam hari sehingga Jumaat depan.
JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong, George Town.
Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menunjukkan pengurangan manakala Sabah kekal, setakat pukul 8 malam Sabtu.
![2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS 2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705481095_TBTANSRIABDULAZ.jpg)
2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS
Sebanyak 2,076 individu termasuk 1,345 kanak-kanak yang terkait dengan GISB bersetuju menyertai program pemulihan kelolaan MAIS bermula 15 Feb ini.
![Pengunjung pusat beli-belah di Shah Alam cemas, dakwa ada kejadian tembakan Pengunjung pusat beli-belah di Shah Alam cemas, dakwa ada kejadian tembakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739028229_TembakSetiaCityM.jpg)
Pengunjung pusat beli-belah di Shah Alam cemas, dakwa ada kejadian tembakan
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
![Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739026624_HooChangHook.jpg)
Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol
Polis menahan 10 lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kejadian merusuh menggunakan senjata yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di Taman Acbe, Bahau, dekat Jempol semalam.
AWANI 7:45 [8/2/2025] – Sila hidup harmoni|Umum tempoh terdekat|Demi keluarga| Majikan tidak boleh halang
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Sudah lama kita hidup bersama, jangan wujud perkauman, titah Sultan Pahang
- Siapa T15? Data kena tepat, jangan terburu-buru
- Apa sahaja dalam tong sampah, rezeki bagi Pok Jani
- Tidak boleh tangguh, wajib lapor diri, PLKN 3.0
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Sudah lama kita hidup bersama, jangan wujud perkauman, titah Sultan Pahang
- Siapa T15? Data kena tepat, jangan terburu-buru
- Apa sahaja dalam tong sampah, rezeki bagi Pok Jani
- Tidak boleh tangguh, wajib lapor diri, PLKN 3.0
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
![LPPB diminta ambil tindakan tuntas selesai teguran Jabatan Audit Negara LPPB diminta ambil tindakan tuntas selesai teguran Jabatan Audit Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739010273_MasiungBanah.jpg)
LPPB diminta ambil tindakan tuntas selesai teguran Jabatan Audit Negara
Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Datuk Masiung Banah mengarahkan tadbir urus agensi itu supaya mengambil tindakan tuntas untuk menyelesaikan teguran JANM.
![Kelayakan Piala Asia: Pemain tempatan perlu sahut cabaran rebut tempat Harimau Malaya - Razman Kelayakan Piala Asia: Pemain tempatan perlu sahut cabaran rebut tempat Harimau Malaya - Razman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739025444_FAM.jpg)
Kelayakan Piala Asia: Pemain tempatan perlu sahut cabaran rebut tempat Harimau Malaya - Razman
Setiap pemain berpeluang mewakili negara menjelang pemilihan pemain untuk perlawanan pertama bertemu Nepal, 25 Mac depan.
![Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719157425_TBhajijiNoor.jpg)
Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar
Kerajaan Sabah akan mempergiatkan usaha menambah baik pemeliharaan warisan budaya dan pengurusan alam sekitar bagi memacu dan memperkasakan industri pelancongan di negeri ini.
![Muzium Seni Laos dibuka secara rasmi untuk lonjak pelancongan, lestarikan budaya Muzium Seni Laos dibuka secara rasmi untuk lonjak pelancongan, lestarikan budaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736161144_LaoArtMuseum.jpg)
Muzium Seni Laos dibuka secara rasmi untuk lonjak pelancongan, lestarikan budaya
Satu majlis pembukaan gilang-gemilang diadakan di ibu negara Laos, Vientiane, pada Ahad, yang turut dihadiri Perdana Menteri Laos.
![Usaha perlu diperkasa eratkan hubungan China-Jepun - Wang Yi Usaha perlu diperkasa eratkan hubungan China-Jepun - Wang Yi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735203402_TBCHINAJAPAN.jpg)
Usaha perlu diperkasa eratkan hubungan China-Jepun - Wang Yi
Wang Yi berkata, kedua-dua pihak perlu menjana impak sosial dalam suasana proaktif, terutamanya menyokong pertukaran antara kumpulan pemikir.
![Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735132400_StevenSam.jpg)
Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.
![PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734021200_AnwarIbrahim.jpg)
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
![Intercontinental World Cultures kembali sebagai hab budaya bermula 19 Nov ini Intercontinental World Cultures kembali sebagai hab budaya bermula 19 Nov ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731754394_tbcultureBudayaM.jpg)
Intercontinental World Cultures kembali sebagai hab budaya bermula 19 Nov ini
Acara itu menyatukan negara dari seluruh dunia dalam kepelbagaian perayaan dan mencetuskan hubungan dan komunikasi di luar batas sempadan.
![Permintaan manisan, muruku meningkat menjelang Deepavali Permintaan manisan, muruku meningkat menjelang Deepavali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729691650_TBDeepavali.jpg)
Permintaan manisan, muruku meningkat menjelang Deepavali
Ladu, chittu urundai, jelebi dan athirasam menjadi simbol kegembiraan selain mencerminkan kekayaan budaya masyarakat India di negara ini.
![[KOLUMNIS] Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia: Akar sama, perkembangan berbeza [KOLUMNIS] Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia: Akar sama, perkembangan berbeza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41725107297_TBKAMUS.jpg)
[KOLUMNIS] Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia: Akar sama, perkembangan berbeza
Perbezaan geografi, politik dan budaya menyebabkan kedua-dua bahasa ini berkembang mengikut alirannya yang tersendiri.
![Program Citra Nusa tingkatkan kefahaman sejarah dan budaya Malaysia-Indonesia Program Citra Nusa tingkatkan kefahaman sejarah dan budaya Malaysia-Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723620664_TBCitraNusa.jpg)
Program Citra Nusa tingkatkan kefahaman sejarah dan budaya Malaysia-Indonesia
Kementerian Perpaduan Negara, melalui Jabatan Muzium Negara, menganjurkan Program Citra Nusa @Indonesia: Kita Serumpun bagi mewujudkan kefahaman tentang hubungan budaya Malaysia-Indonesia.
![Budaya Baba dan Nyonya semakin diiktiraf masyarakat antarabangsa - Wong Budaya Baba dan Nyonya semakin diiktiraf masyarakat antarabangsa - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722762952_FestivalPeranakanM.jpg)
Budaya Baba dan Nyonya semakin diiktiraf masyarakat antarabangsa - Wong
Budaya masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka semakin diiktiraf komuniti antarabangsa khususnya pelancong dari China, kata Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai.