Malaysia mengekalkan ranking ke-35 dalam Indeks Inovasi Global (GII) 2019 dan masih menjadi antara negara berpendapatan pertengahan yang berusaha merapatkan jurang inovasi, disokong kedudukan petunjuk pertamanya seperti eksport bersih teknologi tinggi dan eksport barangan kreatif.
Kedudukan Malaysia meningkat bagi empat daripada tujuh tonggak GII iaitu institusi (ke-40), infrastruktur (ke-42), sofistikasi perniagaan (ke-36) dan keluaran kreatif (ke-44), menurut kenyataan bersama dikeluarkan INSEAD, Pertubuhan Hartanah Intelek Dunia (WIPO) dan Cornell University.
"Dari aspek petunjuk, peningkatan paling ketara adalah kualiti universiti, dengan Malaysia di kedudukan ke-17 tahun ini, manakala Perbelanjaan Domestik Kasar bagi Penyelidikan dan Pembangunan (GERD) yang dilaksanakan perniagaan serta GERD yang dibiayai perniagaan masing-masing di ranking ke-25 dan ke-16.
"Bagi beberapa petunjuk lain, Malaysia merupakan antara 10 negara teratas dari segi graduan dalam sains dan kejuruteraan (kelapan), kerjasama penyelidikan antara universiti (kelapan), tahap pembangunan kluster (kelapan) dan beberapa pemboleh berkaitan perdagangan seperti import teknologi tinggi dan eksport bersih teknologi tinggi serta eksport produk kreatif," menurut pihak berkenaan.
GII, yang diterbitkan bersama oleh INSEAD, WIPO -- agensi khusus Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu -- dan Cornell University, merupakan kaedah penandaarasan terkemuka bagi eksekutif perniagaan, penggubal dasar dan lain-lain untuk mendapatkan perkembangan mengenai tahap inovasi di seluruh dunia. -- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2019

Malaysia meningkat bagi empat daripada tujuh tonggak GII iaitu institusi (ke-40), infrastruktur (ke-42), sofistikasi perniagaan (ke-36) dan keluaran kreatif (ke-44). - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Indeks Inovasi Global 2019: Malaysia kekalkan kedudukan di tangga ke-35
Meningkat bagi empat daripada tujuh tonggak GII iaitu institusi (ke-40), infrastruktur (ke-42), sofistikasi perniagaan (ke-36) dan keluaran kreatif (ke-44).