KUALA LUMPUR: Indeks harga papan lapis mencatatkan peningkatan 1.6 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Mei 2024 berbanding bulan sebelum itu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata indeks harga seunit batu baur juga meningkat antara 0.2 peratus dan 1.7 peratus dalam tempoh yang sama bagi kebanyakan kawasan.
"Peningkatan tertinggi di Perak (1.7 peratus), diikuti dengan Pulau Pinang, Kedah danPerlis (0.8 peratus) dan Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (0.2 peratus)," katanya dalam laporan DOSM untuk kerja-kerja pembinaan dan struktur bagi Mei 2024.
Mohd Uzir berkata perbandingan bulanan mencatatkan tiada perubahan dalam indeks harga seunit bagi besi untuk kebanyakan kawasan.
"Bagaimanapun, penurunan dalam indeks harga bahan ini direkodkan bagi kawasan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis (-0.1 peratus) dan Tawau (-0.2 peratus)," katanya.
Indeks seunit harga simen pula kekal tidak berubah bagi kebanyakan kawasan pada Mei 2024, dengan sedikit peningkatan bagi kawasan Terengganu dan Kelantan (0.5 peratus) dan Perak (0.4 peratus).
Perbandingan tahunan untuk tempoh Mei 2023 dan Mei 2024 menunjukkan indeks hargaseunit simen mencatatkan peningkatan antara 0.4 peratus hingga 3.0 peratus bagi hampir semua kawasan.
"Peningkatan tertinggi bagi indeks harga seunit simen telah dicatatkan bagi kawasan Pulau Pinang,Kedah dan Perlis (3.0 peratus), diikuti oleh Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (2.6 peratus) dan Terengganu dan Kelantan (2.4 peratus).
"Perbandingan tahunan purata harga seunit keluli menunjukkan penurunan antara negatif 0.3 peratus dan negatif 5.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan sedikit peningkatan di Johor sebanyak 0.7 peratus," katanya.
Purata harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan Mycon 60 high tensile deformed bars merekodkan peningkatan kecil 0.7 peratus kepada RM3,730.46 setiap tan berbanding RM3,702.88 setiap tan pada April 2024.
Sementara itu, DOSM berkata perbandingan bulanan Indeks Kos Bahan Binaan (IKB) termasuk bar keluli bagi Mei 2024 meningkat antara 0.1 peratus hingga 1.2 peratus bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia.
Terdapat sedikit penurunan antara negatif 0.1 peratus hingga negatif 0.2 peratus bagi IKB termasuk bar keluli bagi kategori bangunan kayu dan cerucuk kayu di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan.
Di Sabah, IKB termasuk bar keluli naik antara 0.1 peratus dan 0.3 peratus bagi hampir semua kategori bangunan di Kota Kinabalu kecuali kerangka besi satu tingkat dan menara.
Sementara itu di Sarawak, IKB termasuk bar keluli meningkat 0.1 peratus hingga 0.5 peratus bagi hampir semua kategori bangunan di Kuching, manakala di Sibu dan Miri pula kekal tidak berubah.
Berdasarkan perspektif global, menurut artikel dari laman sesawang World Bank, DOSM menyatakan indeks harga logam dan mineral meningkat sembilan peratus pada April 2024 bulan ke bulan mencerminkan sentimen positif terhadap permintaan yang lebih kukuh di tengah-tengah kebimbangan gangguan bekalan.
"Harga logam asas dijangka kekal stabil pada 2024, sebelum meningkat sedikit pada 2025. Rangsangan tambahan dalam sektor hartanah di China dan gangguan bekalan merupakan risiko kenaikan utama dalam ramalan harga," kata DOSM.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024

Dr Mohd Uzir berkata indeks harga seunit batu baur juga meningkat antara 0.2 peratus dan 1.7 peratus dalam tempoh yang sama bagi kebanyakan kawasan. - Gambar fail/Bernama
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.

Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.

KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023
KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.

Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - DOSM
Guna tenaga Bumiputera mencapai 9.8 juta pada 2023 dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 67.2 peratus.

Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Malaysia mencatatkan 5.74 juta siswazah, meningkat 4.2 peratus dengan lebih dua pertiga bekerja dalam kategori Mahir pada 2023.

Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.

Gaji, upah rakyat Malaysia naik 6.9 peratus - DOSM
Jurang purata gaji dan upah antara negeri masih melebar apabila Putrajaya merekodkan purata RM4,858 manakala Kedah mencatatkan purata RM2,859.