KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 13.6 peratus pada Ogos 2022 berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Dalam kenyataan hari ini, jabatan itu berkata pengembangan tersebut disumbangkan oleh masing-masing sektor pembuatan (15.2 peratus), elektrik (10.0 peratus) dan perlombongan (8.0 peratus).
"Subsektor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan sektor pembuatan pada Ogos 2022 adalah produk peralatan elektrik dan elektronik (19.2 peratus), produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (53.6 peratus) dan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam direka (13.6 peratus)," katanya.
Peningkatan dalam sektor perlombongan dipacu oleh pengembangan sebanyak 8.0 peratus masing-masing dalam indeks gas asli dan indeks minyak mentah dan kondensat, kata jabatan itu.
Pertumbuhan sektor pembuatan didorong oleh kedua-dua industri berorientasikan domestik (22.5 peratus) dan industri berorientasikan eksport (12.4 peratus).
"Bagi industri berorientasikan domestik, sumbangan utama adalah pembuatan produk tembakau dan pembuatan kenderaan bermotor, treler dan semi treler.
"Selain itu, peningkatan industri berasaskan eksport didorong oleh pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal dan pembuatan kok serta produk petroleum bertapis," katanya.
Menurutnya, prestasi sektor pembuatan ini juga selari dengan pertumbuhan eksport yang memberangsangkan.
Dalam pada itu, IPP bagi tempoh Januari hingga Ogos 2022 merekodkan pengembangan sebanyak 7.5 peratus berbanding tempoh sama pada 2021.
"Peningkatan itu disokong oleh indeks pembuatan (9.6 peratus), indeks elektrik (6.5 peratus) dan indeks perlombongan (0.2 peratus)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022

Subsektor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan sektor pembuatan pada Ogos 2022 adalah produk peralatan elektrik dan elektronik iaitu 19.2 peratus. - Bernama
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan diluluskan sehingga suku ketiga 2024
Projek infrastruktur utama termasuk LRT Laluan Mutiara dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sedang dilaksanakan untuk meningkatkan mobiliti dan kualiti hidup.

Sektor perindustrian Malaysia dijangka kekal tumbuh pada separuh kedua 2024
Sektor perindustrian Malaysia dijangka mengekalkan trajektori pertumbuhan pada separuh kedua 2024, dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh dan pemulihan beransur-ansur dalam pasaran global.

MITI terus usaha tingkat perdagangan, tarik pelaburan majukan sektor perindustrian
Ekonomi Malaysia berkembang 5.8 peratus dalam suku kedua 2024, meningkat daripada 4.2 peratus pada suku sebelumnya.

Penganalisis positif terhadap prospek pertumbuhan sektor industri tahun ini
Penganalisis masih positif terhadap prospek pertumbuhan sektor perindustrian tahun ini.

Pembangunan BKIP 3 kejayaan besar Pulau Pinang dalam sektor industri - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pembangunan Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP 3), sebagai paparan kejayaan besar Pulau Pinang dalam sektor perindustrian.

Sektor pembuatan dijangka catat pemulihan kukuh pada separuh kedua 2024
Pemulihan sektor pembuatan akan didorong kitaran teknologi pada separuh kedua 2024 dan pemulihan pascapandemik secara berperingkat di China.

Indeks Pengeluaran Perindustrian naik 13.6 peratus pada Ogos 2022
Pengembangan tersebut disumbangkan oleh masing-masing sektor pembuatan (15.2 peratus), elektrik (10.0 peratus) dan perlombongan (8.0 peratus).

Arab Saudi pelawa komuniti perniagaan Malaysia melabur dalam projek Wawasan 2030
Terdapat pelbagai peluang pelaburan yang menarik ditawarkan Arab Saudi dan syarikat Malaysia dialu-alukan untuk melabur.

Tidak perlu tergesa-gesa buka semula sektor ekonomi - Awang Tengah
Pembukaan penuh sektor ekonomi di Sarawak tidak perlu diputuskan secara tergesa-gesa.

Sektor perindustrian akan pulih daripada kelembapan ekonomi global - Pakar
Sektor perindustrian digesa memanfaatkan peluang ketika tempoh kelembapan ekonomi global bagi merancang modul perniagaan untuk masa akan datang.