KUALA LUMPUR: Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2021 jatuh ke kedudukan 62 berbanding tangga ke 57 pada 2020.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Muhammad Mohan berkata, daripada 180 negara, Malaysia mencatatkan skor 48 berbanding skor sebanyak 51 peratus pada tahun sebelumnya.
Skor dicatatkan Malaysia itu menjadikan buat pertama kalinya sejak 2012, negara kini dikelompokkan dalam dua pertiga negara dengan skor di bawah 50 daripada 100.
“Skor Malaysia adalah 48 pada 2021. Kalau dilihat pada Barometer CPI, kita bergerak ke arah markah yang lebih rendah dan itu adalah tidak bagus.
BACA: Kedudukan negara dalam CPI jatuh: Ini antara kes rasuah di Malaysia pada tahun 2020
“Sepatutnya kita bergerak ke arah lain (markah lebih tinggi). Anda boleh lihat dari 2021 (2021 hingga 2019), skor kita berkurang lima dalam masa tiga tahun.
“Mungkin ada yang kata, baru lima sahaja tapi kurang lima skor sebegitu adalah sangat serius, sangat membimbangkan bila kurang sebegitu. Ini adalah satu perkara yang kita perlu lihat dengan lebih serius,” katanya.
Beliau berkata demikian pada pembentangan Corruption Perceptions Index 2021 ''Corruption Human Rights & Democracy" yang diadakan secara maya pada Selasa.
BACA: Skor CPI: Komitmen kerajaan memerangi rasuah jelas, berterusan - Pejabat Perdana Menteri
Mengulas lanjut, beliau berkata, negara yang menduduki tangga teratas dalam CPI itu ialah Denmark, New Zealand dan Finland yang semuanya mencatatkan skor 88 daripada 100.
Manakala Venezuela, Syria, Somalia dan Sudan Selatan dan Somalia di tangga terbawah dengan markah masing-masing tidak sampai 15.
Dalam pada itu, negara jiran, Singapura terus berada dalam kedudukan 10 terbaik dengan menduduki tangga keempat dengan skor berjumlah 85, menjadikan ia satu-satunya negara dari Asia yang masuk dalam senarai tersebut.
Bagi kedudukan di Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tangga ketiga di belakang Singapura dan Brunei diikuti Indonesia di tangga keempat dan Thailand pula di kedudukan kelima.
Katanya lagi, perkara positif dilihat sepanjang 2021 ialah sikap bi-partisan yang ditunjukkan kerajaan dan pembangkang apabila mereka menandatangani MoU mengenai pelbagai pembaharuan pada September 2021.
Selain itu, beberapa perkembangan positif juga dilihat dalam perbincangan melibatkan Undi18, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Akta Lompat Parti dan menghadkan jawatan Perdana Menteri kepada hanya 10 tahun.
Skor negara ASEAN
Singapura : 85
Malaysia : 48
Indonesia : 38
Thailand : 35
Filipina : 33
Vietnam : 39
Myanmar : 28
Laos : 30
Kemboja : 23
Kedudukan negara ASEAN
Singapura : 4
Malaysia : 62
Indonesia : 96
Thailand : 110
Filipina : 117
Vietnam : 87
Myanmar : 140
Laos : 128
Kemboja : 157
Ridauddin Daud
Tue Jan 25 2022
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2021 jatuh ke kedudukan 62 berbanding tangga 57 pada 2020.
Tarif AS: 'Jangan guna sekatan perdagangan untuk pecah belah dunia' - Scholz
Scholz akui bahawa kerjasama global telah memberi manfaat kepada semua pihak.
Mesir sedia terima pesakit Palestin melalui lintasan Rafah
Lintasan Rafah kembali beroperasi, membenarkan rakyat Palestin yang cedera atau sakit memasuki Mesir untuk rawatan. Hanya kes kritikal dibenarkan keluar dari Gaza buat masa ini.
Mesir tegas Gaza dibina semula tanpa pengusiran rakyatnya
Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty menegaskan Kaherah mempunyai visi jelas membina semula Gaza tanpa pengusiran rakyat Palestin, serta menawarkan persidangan untuk usaha tersebut.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Hezbollah di Lubnan mengumumkan upacara pengebumian Hassan Nasrallah, beberapa bulan selepas beliau terbunuh dalam serangan udara Israel. Ketegangan terus memuncak di selatan Lubnan.
Turki pertahan Palestin, temui pemimpin Hamas di Qatar
Menteri Luar Turki, Hakan Fidan, bertemu pemimpin Hamas di Qatar, membincangkan gencatan senjata dan sokongan kemanusiaan, serta menentang rancangan pemindahan rakyat Palestin.
Qatar mulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel
Perdana Menteri Qatar mengesahkan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel telah bermula melalui telefon, dengan agenda utama pembebasan tebusan dan lanjutan gencatan senjata.
Gegar Vaganza 11: Ronnie Hussein tersingkir, enam finalis ke konsert akhir
Penyingkiran itu bermakna enam peserta akan ke konsert akhir minggu depan, bertema It's Final.
Qatar mulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel
Mohammed bin Abdulrahman Jassim Al Thani memberitahu rundingan telah bermula melalui telefon.
Insiden taman tema: Tunggu laporan penuh Rabu ini - Amirudin
Amirudin berkata, pihaknya sudah membaca laporan bertulis dan akan menerima laporan penuh pada mesyuarat exco kerajaan negeri, Rabu ini.
Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula 26 Februari dengan Titah Diraja oleh Sultan Ibrahim. Perbahasan usul, RUU penting, dan Kertas Putih Agenda Negara Menua turut menjadi agenda utama.
SPRM seru kerjasama semua pihak tingkatkan skor Indeks Persepsi Rasuah
SPRM dalam masa sama akan mengkaji hasil penemuan TI-M berkaitan skor CPI 2021 dan memberi cadangan dalam masa terdekat.
Ini lapan faktor penyumbang kemerosotan Malaysia dalam CPI 2021
Dalam analisis terhadap keputusan terbaharu itu, Transparency International-Malaysia (TI-M) menyenaraikan beberapa faktor punca kepada kemerosotan itu.
Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh lagi, kali ini dari 57 ke tangga 62 pada 2021
Daripada 180 negara, Malaysia mencatatkan skor 48 daripada 100, lebih rendah berbanding skor sebanyak 51 peratus pada tahun sebelumnya.