NEW DELHI: Menteri Pertahanan India Rajnath Singh pada Selasa berkata negara itu akan berusaha untuk menjadikan laluan laut selamat dan terjamin untuk kapal dagang di wilayah itu selepas serangan oleh angkatan bersenjata Yaman ke atas beberapa kapal di kawasan Laut Merah.
Kerajaan India memandang serius serangan ke atas kapal MV Chem Pluto dan MV Sai Baba baru-baru ini, kata menteri itu dalam ucapan di Mumbai pada pentauliahan kapal pemusnah peluru berpandu tentera laut, Imphal.
"Kuasa ekonomi dan strategik India yang semakin meningkat telah mewujudkan perasaan cemburu dan kebencian beberapa negara," kata menteri India itu.
Beliau berkata India memain peranan sebagai "penyedia keselamatan utama di seluruh Lautan Hindi" dan akan memastikan perdagangan maritim mencapai tahap yang lebih tinggi.
"Untuk ini, bersama-sama negara sahabat, kami akan memastikan laluan laut yang selamat," kata Singh.
Tentera laut telah meningkatkan pengawasan maritimnya berikutan peningkatan ancaman terhadap perkapalan komersial di Laut Merah dan wilayah yang lebih luas.
Ketua tentera laut India Laksamana R. Hari Kumar berkata India telah menugaskan empat kapal pemusnah peluru berpandu untuk menangani serangan ke atas kapal dagang.
Tentera laut juga menggunakan pesawat peronda dan peninjau P-8I, pesawat Dornier dan helikopter untuk menangani ancaman.
Tentera Yaman yang disokong Iran, telah memberi amaran bahawa mereka akan menyerang semua kapal milik atau berkepentingan Israel yang berlayar di Laut Merah.
Kapal tangki Chem Pluto yang berbendera Liberia telah dilanggar oleh sebuah kenderaan udara tanpa pemandu di Laut Arab di luar pantai barat India pada Sabtu.
Kapal itu yang mengalami kerosakan kecil dalam serangan itu, tiba di pelabuhan Mumbai pada Isnin.
Kapal tangki minyak mentah komersial berbendera Gabon, Sai Baba dilaporkan dalam perjalanan ke India bersama 25 anak kapal India, selamat dalam serangan dron di selatan Laut Merah pada Sabtu.
"Angkatan bersenjata Yaman mengesahkan bahawa kami akan terus menghalang semua kapal yang menuju ke pelabuhan Israel daripada melalui Laut Merah dan Laut Arab, tanpa mengira asal negara mereka, melainkan lebih banyak makanan dan ubat-ubatan dibenarkan masuk ke Semenanjung Gaza," menurut jurucakap tentera Yaman. Brig. Jen. Yahya Saree pada 18 Dis.
Amerika Syarikat dan sekutunya melancarkan pakatan tentera laut yang dipanggil "Operation Prosperity Guardian" pada 19 Dis untuk menghalang ancaman tentera Yaman.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023

Rajnath Singh berkata India memain peranan sebagai "penyedia keselamatan utama di seluruh Lautan Hindi". - Gambar fail/BERNAMA/YNA/dpa
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.

Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lanun rampas kapal kargo Bangladesh di Lautan Hindi
Lanun merampas sebuah kapal kargo Bangladesh di Lautan Hindi pada Selasa dan menjadikan kesemua 23 kru sebagai tebusan.

Misteri sedekad: Pencarian berterusan MH370 dan usaha mencari penyelesaian
Sedekad sudah berlalu sejak tragedi MH370 dan misteri kehilangan pesawat membawa 239 penumpang yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 itu terus mencengkam dunia.

India akan pastikan laluan laut selamat selepas serangan di kawasan Laut Merah
Rajnath Singh berkata India memain peranan sebagai "penyedia keselamatan utama di seluruh Lautan Hindi" dan akan memastikan perdagangan maritim mencapai tahap yang lebih tinggi.

39 kru hilang selepas kapal nelayan China karam di Lautan Hindi
Kapal nelayan dimiliki oleh syarikat China, Penglai Jinglu Fishery Co Ltd karam pada kira-kira pukul 3 pagi Rabu (19:00 GMT).

Pesawat terhempas di lautan Hindi, 12 penumpang, dua juruterbang belum ditemukan
Pesawat itu dilaporkan dalam perjalanan dari Moroni ke bandar Fomboni di Pulau Mohili.

Kebakaran kapal kargo Singapura: Sri Lanka bakal saman
Siasatan jenayah turut dijalankan terhadap kebakaran di atas kapal MV X-Press Pearl itu, yang membawa 25 tan asid nitrik dan sejumlah besar bahan mentah plastik.

Roket China terhempas di Lautan Hindi
Lokasi terhempas difahamkan di barat daya India dan Sri Lanka, kata jurucakap negara China.